
Kandungan digital Korea sering kali mendapat perhatian oleh pengguna media sosial seluruh negara. Sama ada muzik, filem atau drama, apa-apa yang berkaitan dengan dunia hiburan Korea pastinya menjadi trending.
Terbaharu, Twitter telah mendedahkan drama dan filem Korea yang paling banyak disebut dalam masa tiga tahun ini.
Head of Global K-Pop and K-content Partnerships telah pun berkongsi laporan rasmi Twitter berkenaan dengan k-drama dan filem Korea yang mendapat sebutan paling banyak di seluruh dunia dari 1 Julai 2018 hingga 30 Jun 2021.
Jom kita lihat drama Korea mana yang tersenarai sebagai k-drama paling banyak menjadi sebutan oleh ‘dak-dak’ Twitter.
1. Kingdom
2. Itaewon Class
3. True Beauty
4. Vincenzo
5. Sky Castle
6. Hotel Del Luna
7. Start Up
8. Hospital Playlist
9. Goblin
10. The Penthouse
11. Vagabond
12. Sweet Home
13. Crash Landing On You
14. Voice
15. Love Alarm
16. It’s Okay to Not Be Okay
17. Kairos
18. Arthdal Chronicles
19. Extracurricular
20. Forest of Secrets (Stranger)
Daripada 20 k-drama popular ini, berapa banyak yang korang dah tonton? Kalau semua pun korang dah tengok, korang peminat peminat k-drama sejati. Hiks!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siti Nurhaliza Dilantik Sebagai Profesor Adjung UiTM

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, sekali lagi mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Profesor Adjung UiTM di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Pelantikan ini bukan sahaja mengangkat nama beliau sebagai ikon seni, tetapi turut membuktikan bahawa kejayaan dalam bidang hiburan boleh bergerak seiring dengan dunia akademik dan keilmuan.

Peranan dan Amanah Sebagai Profesor Adjung UiTM
Dalam satu kenyataan rasmi, penyanyi tersohor berusia 46 tahun itu menyifatkan pelantikan tersebut sebagai satu amanah besar untuk menyumbang semula kepada masyarakat melalui perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang seni serta keusahawanan.
“Saya amat bersyukur dan berasa kerdil atas kepercayaan ini. Walaupun saya bukan ahli perniagaan yang hebat, pengalaman dalam dunia seni banyak mengajar saya tentang ketekunan, strategi dan daya saing. Saya ingin manfaatkan peluang ini untuk memberi inspirasi kepada generasi muda,” ujar Siti dengan penuh rendah diri.
Inspirasi Kepada Generasi Muda UiTM
Menurut beliau, tanggungjawab yang diberikan bukan sekadar pengiktirafan terhadap pencapaiannya, tetapi juga platform untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda yang beretika, kreatif dan berdaya saing dalam dunia sebenar.
“Saya menerima pelawaan ini selepas melihat potensi besar anak-anak UiTM. Saya percaya mereka mempunyai bakat dan semangat luar biasa, hanya perlu diberi bimbingan dan peluang. Diharap perkongsian saya nanti dapat membuka ruang untuk mereka lebih yakin meneroka dunia keusahawanan,” tambahnya lagi.
Pengiktirafan UiTM dan Harapan Masa Depan
UiTM dalam kenyataan rasmi turut menzahirkan rasa bangga atas kesudian Siti menerima pelantikan tersebut. Pihak universiti mengiktiraf keupayaan beliau dalam menggabungkan kreativiti, integriti dan inovasi untuk membina empayar seni dan perniagaan yang diiktiraf hingga ke peringkat antarabangsa.
Sebagai Profesor Adjung UiTM, Siti Nurhaliza bakal terlibat dalam pelbagai program pembangunan pelajar seperti bengkel industri, sesi ‘masterclass’ serta forum inspirasi yang memberi peluang kepada pelajar mendalami ilmu keusahawanan dan strategi membina jenama. Majlis penyerahan watikah pelantikan diadakan di UiTM Shah Alam dan disaksikan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, serta Dekan FPP, Profesor Ts Dr. Shafinar Ismail.

Ikon Seni dan Pendidik Negara
Dengan pelantikan ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza bukan sahaja terus mengharumkan nama Malaysia dalam dunia seni, malah membuktikan bahawa kejayaan sebenar datang daripada kesungguhan untuk terus belajar dan berkongsi ilmu.
Beliau kini bukan hanya seorang penyanyi lagenda, tetapi juga pendidik dan inspirasi buat generasi muda yang ingin berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Pelantikan sebagai Profesor Adjung UiTM ini menjadi bukti bahawa dunia akademik dan seni boleh saling melengkapi untuk membentuk insan yang seimbang dan berjaya.
Sumber: Kosmo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
6 Perbezaan Raya Zaman 90s Dengan Zaman Sekarang, Dulu Lagi Best?

Setiap tahun, sambutan Hari Raya mesti terasa perbezaannya berbanding tahun-tahun lalu.
Korang akan lebih terasa kalau korang berasal dari zaman budak 90s. Serius! Walaupun tak sampai 2 dekad kita telah tinggalkan zaman tersebut, tapi rasa rindu tu memang mendalam.
Tambahan lagi apabila kita terpaksa beraya pada tahun ini dalam keadaan berjaga-jaga akibat merebaknya wabak Covid-19.
Jom kita throwback sikit pengalaman beraya semasa kecil dulu.
01
Kad Raya

Okay, ini terutamanya untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Korang sempat tak hantarkan kad raya?
Hehe, dulu bukan setakat bertanding siapa dapat paling banyak kad raya. Mereka juga akan berebut nak gantung kad raya masing-masing di tempat paling strategik dalam rumah tu. Barulah ‘riak sikit’ bila orang datang ke rumah.
Sekarang, nak dapat 2 kad raya pun lamberttt lagi tau. Semua ucapan menjadi semudah ctrl C ctrl V ( tukar nama penerima bagi nampak custom sikit ) dan hantar melalui WhatsApp.
02
Malam Raya

Tak kiralah dulu atau sekarang, masing-masing akan balik kampung 2-3 hari sebelum Hari Raya untuk bersama-sama dengan keluarga.
Tapi zaman dulu, daripada budak-budak hinggalah ‘mak budak’ rajin betul join program takbir keliling kampung pada malam raya.
Budak-budak nak kutip duit rayalah, of course. Mak budak pulak nak membawang sambil bertakbir ( kena seimbang sis). Sekarang, masing-masing akan kuncikan diri di dalam bilik dan layan Mobile Legends.
03
Santan

Dulu, cuculah yang terlebih rajin nak tolong kukurkan kelapa untuk dapatkan santan. Sambil tu, boleh fight lagi santan siapa lagi banyak. Sekarang, semua guna santan kotak. Sedap tu sedap, tapi tak thrill lah.
04
Lampu Hias

Dulu, kalau satu badan tak berbau minyak tanah tak sah! Semuanya gara-gara nak hidupkan pelita dan lampu panjut untuk main bunga api.
Sekarang, fuhhh canggih, guna lampu hiasan LED beb. Dah serupa i-City rumah tu aku tengok.
05
Kena Capai KPI

Dulu, selagi tak capai target jumlah duit raya yang nak dikumpul pada tahun itu, selagi itulah budak-budak akan heret parents masing-masing untuk terus beraya.
Sekarang, dapat je duit raya diorang terus buka sampul! Siap boleh complain lagi kalau duit warna biru. Amboiii…
06
Semua Seragam


Dulu, satu dewan lelaki dekat masjid tu akan berpakaian baju Melayu lengkap. Berpinar mata nak tengok calon jodoh Lelaki Melayu Terakhir sis!
Sekarang, mereka boleh memilih untuk mamakai baju Melayu atau Kurta atau Jubah atau Jubah Sado. Hhm, tak ada feel Raya lah. Macam pergi solat Jumaat je.
So, betul kan raya zaman 90s lebih best?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rahsia Slide Presentation Cantik, Gadis Ini Share Tiga Website Yang Mudah Dan Percuma

Sejak pandemik muncul diserata dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh pihak kerajaan pada beberapa bulan lalu telah mengubah sistem pembelajaran di Malaysia.
Rata-rata pihak sekolah dan universiti bukan hanya di Malaysia malah seluruh dunia menggunakan keadah pembelajaran secara digital melalui sidang video. Ada pensyarah yang memberikan tugasan kepada pelajar untuk menyediakan video presentation dan disebabkan itu seorang pengguna tiktok berkongsi website video yang berguna buat para pelajar mahupun korang yang sudah berkerja.
Video tiktok berdurasi 1 minit itu mendapat tanda suka sebanyak 51.3K dan 272.3 K tontonan.
Jom kita ikuti video tiktok yang dikongsi.
@ayunindirahSemoga bermanfaat ❤️ ##malaysia ##fypシ ##fypppppppppppppp
Menurut gadis ini, kita boleh edit presentation mengunakan tiga website ini secara percuma.
Tip 1: Slidesgo.com

.
Tip 2 : Canva

.
Tip 3 : Slidescarnival.com

.
Rata-rata netizen teruja dan berterima kasih dengan perkongsian yang berguna ini.

.
Diharap perkongsian ini dapat membantu memudahkan kerja korang, disamping buat video presentation korang lebih gempak.
Selamat mencuba!
Sumber: Tiktok @ayuni.ndrah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

