Pelakon berdarah kacukan Malaysia-Inggeris, Henry Golding kini nyata sedang menempa nama melalui filem Crazy Rich Asians..
.. in A BIG WAY, at that.
Satu demi satu sesi temuramah yang melibatkan Henry di Amerika Syarikat membuka peluang untuknya lebih dikenali dan didekati peminat filem tersebut.

It does not hurt apabila Henry juga serba-serbi tampil dengan pakej kacak, tidak mempunyai trek rekod buruk dan sering merendah diri.
Tak kisahlah jika dia sudah berstatus suami orang, itu tak menyekat peminat barunya untuk terus menyokong dan menonton temuramahnya di YouTube!

Antara perkara yang paling kami sukakan mengenai pelako berusia 31 tahun ini juga adalah sense of fashion yang ada padanya.
Maklumlah, Henry suatu ketika dulu pernah bekerja sebagai hair stylist di London dan pengacara di Malaysia. Tentulah dia ada stail.
Jom lihat 8 stail OOTD paling kami gemari daripada Henry Golding.
01
The View

Lets start simple. Ringkas tak bermaksud membosankan terutamanya jika korang menggandingkan 3 pakaian klasik seperti ini. Baju T putih, jaket kulit hitam dan kasut tenis putih. Henry menonjol umpama a breathe of fresh air berbanding pengacara The View.
02
Build Series

Ini merupakan salah satu daripada temuramah paling lama yang dilakukan oleh para pelakon Crazy Rich Asians. 30 minit bercakap tanpa henti!
We will be honest, mata kami tertumpu pada Tan Sri Michelle Yeoh terlebih dahulu dengan sut metalik dan rambut ikal beliau.
Namun, Henry yang duduk bersebelahan nyata tak mengecewakan dalam sut tapered dari Tommy Hilfiger.
03
Entertainment Tonight, MTV Asia

Kami suspek Henry bertanya dulu tentang warna latar belakang set ini, kerana dia kelihatan cukup kacak dengan kombinasi sut hijau dan latar set berwarna keunguan.
Bertempat di Beverly Hills California, Henry ditemani Gemma Chan (kanan) dan Constance Wu (kiri). Di antara burung merak dan Henry, hhm, mungkin kami akan memilih Henry!
Sorry birdy..
BACA : Ini Gadis ‘Crazy Rich Asians’ Sebenar Kelahiran Malaysia, Kelas Weh!
04
Showcase Cinemas Screening

Masih di Los Angelas, Henry Golding meneruskan siri screening untuk Crazy Rich Asians.
Kali ini, dia tinggalkan sut formal di bilik hotel dan memilih look yang lebih santai dengan crewneck dari Paul Smith.
Ia serasi dengan personaliti Henry yang cool dan identiti pereka fesyen itu yang gemarkan corak berjalur. Win-win situation!
05
SiriusXM

Henry Golding adalah antara pelakon yang tak gentar dengan warna.
Dulu semasa zaman bujang, dia lebih selesa dengan warna hitam, but not anymore.
Jaket merah dan kemeja bercorak (kedua-duanya dari Burberry) membuat Henry hampir kelihatan lebih menonjol berbanding Awkwafina (tiga dari kiri) dalam sut merah jambunya. But ‘Paek Ling’ took this round for us.
Anda mungkin berminat dengan
06
Entertainment. IE, Radio Times, Heat World & Comedy Central UK

Sesuai sekali dengan musim luruh yang akan datang tak lama lagi, jaket velvet dan turtleneck ini adalah pilihan terbaik untuk lelaki untuk keluar pada waktu malam.
07
The Tonight Show With Jimmy Fallon

Okay guys, he killed it with this look. Henry kelihatan cukup dapper dalam persalinan mohair suit daripada Prada ini untuk bertemu dengan Jimmy Fallon. Apa yang membuatkan kami suka dengan stail Henry adalah caranya yang tak terlalu terikut-ikut dengan gaya pelakon lelaki Hollywood lain.
08
Ellen

Temuramah terawal untuk mempromosikan Crazy Rich Asians, Henry ditemani Constance Wu untuk bertemu dengan Ellen DeGeneres. Ia juga adalah temuramah yang memperkenalkan Henry kepada semua peminat filem Hollywood.
Gabungan bersahaja pada warna dan potongan pakaian Henry dan Constance membuatkan mereka berdua berjaya menyakinkan semua orang mengenai chemistry di antara mereka berdua. Love!
dan stail yang paling kami gemari daripada Henry Golding ialah…

Sut Tommy Hilfiger semasa temuramah Build Series. Stripes are his best friends dan cara Henry memilih warna dan saiz jalur pada kemejanya kali ini menjadikan look ini stail paling kami gemari.
∞
Penyanyi rap dari kumpulan terkenal Stray Kids, Changbin baru-baru ini meraikan ulang tahun ke-26 dengan satu tindakan penuh makna apabila beliau menyumbangkan 100 juta Won (lebih kurang RM305,000) kepada Samsung Medical Center di Seoul.
Menurut agensinya JYP Entertainment, sumbangan ini diberikan bersempena ulang tahun kelahiran pemilik nama sebenar Seo Changbin pada 11 Ogos lalu serta dana tersebut akan digunakan bagi membantu kos pembedahan, rawatan, dan penjagaan kesihatan mental kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.
“Saya sangat bersyukur dengan cinta daripada para peminat, dan gembira dapat berkongsi sedikit harapan dengan anak-anak pada hari lahir saya,” kata Changbin melalui satu kenyataan rasmi.
“Saya berharap usaha ini dapat membantu mereka pulih dan membesar dengan sihat,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, menurut wakil Samsung Medical Center berkata, sumbangan tersebut akan semestinya akan menjadi sumber kekuatan besar untuk para pesakit muda dan keluarga mereka. Selain itu, pihaknya akan memastikan dana tersebut digunakan dengan penuh teliti bagi menyokong rawatan dan pemulihan pesakit.
Selain sumbangan terbaru ini, Changbin sememangnya dikenali sebagai figura yang aktif dalam kerja-kerja amal. Pada tahun 2025, beliau bersama ahli Stray Kids lain telah memberi sumbangan kepada Hope Bridge Korea Disaster Relief Association dan World Vision untuk membantu mangsa kebakaran hutan di Gyeongsang Selatan dan Utara.
Pada tahun lalu, beliau turut menyalurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Turki-Syria dan dilantik sebagai ahli The Promise’s Honors Club.

Sehubungan itu, tindakan murni Changbin bukan sahaja mengangkat namanya sebagai artis berbakat, tetapi juga sebagai insan yang menggunakan pengaruhnya untuk memberi inspirasi kepada ramai, khususnya golongan muda yang memandang tinggi kepadanya.
Untuk perkembangan terkini, Stray Kids baru sahaja menamatkan jelajah dunia ‘dominATE’ yang melibatkan 54 konsert di 34 lokasi seluruh dunia. Kumpulan ini juga akan melancarkan album penuh keempat berjudul ‘Karma’ dengan lagu utama bertajuk Ceremony, dijadualkan keluar pada 22 Ogos ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Penyanyi, Najwa Latif akhirnya bersuara selepas namanya menjadi perhatian susulan isu buli siber yang tercetus menerusi sebuah hantaran di platform Threads baru-baru ini.
Isu berkenaan bermula apabila seorang individu bertindak membandingkan fizikal dan penampilan Najwa selepas bersalin dengan beberapa selebriti tempatan lain.
Bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang kecaman warganet yang menyifatkan tindakan membandingkan penampilan seseorang wanita, lebih-lebih lagi selepas melalui proses kehamilan dan melahirkan anak, sebagai sesuatu yang tidak wajar.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, pelantun lagu Carta Hati itu mengakui sudah terbiasa berdepan dengan kata-kata negatif sejak berusia 16 tahun sehingga tidak pernah mengharapkan orang lain untuk tampil mempertahankan dirinya.
“Sebagai seseorang yang sudah berdepan dengan kebencian sejak berusia 16 tahun, saya tidak pernah mengharapkan sesiapa untuk mempertahankan saya.
“Saya sentiasa percaya bahawa setiap orang berhak mempunyai pendapat masing-masing. Saya mungkin tidak menerimanya, tetapi saya tetap menghormatinya walaupun saya tidak menerima penghormatan yang sama,” tulisnya.
Luahan tersebut memperlihatkan bagaimana penyanyi berkenaan sudah berdepan dengan pandangan serta kata-kata negatif daripada orang ramai sejak usia remaja. Walaupun sudah lama melalui situasi sedemikian, sokongan yang diterimanya kali ini nyata memberi makna tersendiri buat dirinya.
Anak Bukan Beban, Tetapi Anugerah
Dalam perkongsian sama, Najwa turut menegaskan bahawa anak perempuannya tidak pernah menjadi beban dalam kehidupannya, sebaliknya merupakan satu anugerah yang cukup indah.
“Saya membaca semuanya. Ketahuilah bahawa anak perempuan saya tidak pernah menjadi beban. Dia adalah satu anugerah yang indah.”
Kenyataan itu turut menjelaskan pendiriannya mengenai kehidupan selepas bergelar ibu. Kehadiran anak perempuannya bukan sesuatu yang dianggap membebankan, malah disifatkan sebagai anugerah indah dalam kehidupannya.
Tersentuh Dengan Sokongan Orang Ramai

Najwa Latif yang jarang berkongsi mengenai perasaannya secara terbuka di media sosial turut mengakui tersentuh melihat sokongan dan kata-kata positif yang diterimanya daripada orang ramai.
“Saya jarang bercakap tentang apa yang saya rasa di media sosial, tetapi saya benar-benar tersentuh dengan kasih sayang dan kebaikan anda semua.
“Terima kasih kerana memahami, kerana mempertahankan saya walaupun ketika saya sendiri tidak melihatnya dan kerana memilih untuk berbuat baik kepada saya.
“Saya tidak tahu apa yang saya lakukan sehingga layak menerima semua ini, tetapi saya berharap segala kebaikan anda akan kembali kepada anda. Insya-Allah, amin.
“Terima kasih kerana membantu menyembuhkan sebahagian daripada diri saya yang berusia 16 tahun dahulu,” luahnya.
Kata-kata tersebut turut menunjukkan betapa sokongan yang diterimanya memberi kesan secara peribadi, khususnya apabila dikaitkan dengan pengalaman yang sudah dilaluinya sejak berusia 16 tahun.
Warganet Terus Beri Kata-Kata Semangat
Perkongsian tersebut sekali lagi mendapat perhatian warganet yang terus menitipkan kata-kata semangat buat Najwa, selain mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam memberikan komen mengenai fizikal dan perubahan tubuh seseorang.
Najwa mendirikan rumah tangga dengan Akwa Arifin pada November 2022 dan pasangan berkenaan menyambut kelahiran cahaya mata perempuan pertama mereka pada Mei lalu.
Sejak mendirikan rumah tangga, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Cinta Muka Buku itu tidak terlalu kerap berkongsi mengenai kehidupan peribadinya. Justeru, luahan mengenai sokongan yang diterimanya kali ini menjadi antara perkongsian yang memperlihatkan perasaannya secara lebih terbuka kepada orang ramai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Di Malaysia, kebiasaan untuk pelajar menghabiskan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah lebih kurang dua atau tiga tahun bergantung kepada jurusan yang diambil.
Sepanjang tempoh itu, pelajar benar-benar struggle untuk belajar bagi memastikan mereka lulus setiap mata pelajaran. Lagi tinggi peringkat pembelajaran korang, lebih stres nak habiskan setiap semester.
Betul tak?
Walau bagaimanapun, menurut laporan daripada CNN Indonesia, seorang lelaki yang dikenali sebagai Welin Kusuma telah pun memiliki 32 sijil Ijazah Sarjana Muda di usia 39 tahun.
Sejak melanjutkan pelajaran pada tahun 1999, lelaki ini telah memperoleh 11 Ijazah Sarjana Muda, 3 Ijazah Sarjana dan 18 Sijil Profesional. 32 gelaran pendidikan ini diraih selama 18 tahun dan Universiti Surabaya merupakan institusi pendidikan pertama yang menjadi tempat Welin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“Saya sangat suka belajar dan menjadikan ia sebagai hobi kerana saya yakin setiap kali saya melanjutkan pelajaran, saya akan dapat belajar banyak perkara dan ilmu pengetahuan itu akan dapat digunakan pada waktu sekarang atau pun dikemudian hari,” jelas Welin.
Korang juga boleh lihat semua sijil miliknya di laman Instagram @welinkusuma.
Ha, korang yang baru nak habiskan Diploma/Ijazah tu jangan merungut pula. Lihat sahaja kegigihan yang ada dalam diri lelaki ini. Semoga kisahnya dapat menaikkan lagi semangat korang untuk menamatkan pelajaran dengan cemerlang.
Sumber: CNN Indonesia
∞