Bukan mudah ya untuk berdepan dengan saingan hebat seluruh dunia sebelum berjaya dipilih masuk ke universiti berstatuskan Ivy League di Amerika Syarikat.

Namun, itu tidak bermakna impian itu mustahil buat dua orang remaja Malaysia ini. #proud!

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Harvard Club in Malaysia, dua orang pelajar yang dikenali sebagai Mohamed Aqil bin Azmi dari Shah Alam Selangor dan Zad Chin Qi Qi dari Ipoh Perak telah berjaya diterima masuk ke Harvard College untuk mengikuti jurusan sarjana muda.

2 Remaja Malaysia Sebahagian Daripada 1,980 Pelajar Dipilih Masuk Ke Harvard, Congrats!

Kedua-dua pelajar pintar ini kini sedang mengikuti program A-level sebagai persediaan ke sana di Kolej Yayasan UEM Banting di mana masing-masing menerima biasiswa daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Yayasan Khazanah.

Aqil terlebih dahulu menerima pendidikan di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam manakala Zad mula merupakan pelajar SMJK Ave Maria Convent di Ipoh.

IKLAN

*

Sesiapa saja akan bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke Harvard College. Iyalah, institusi tersebut sentiasa berada dalam kedudukan 10 universiti terbaik dunia dalam mana-mana carta antarabangsa.

Untuk kemasukan batch 2024 ini, seramai 40,248 orang calon menghantar permohanan mereka dan hanya 1,980 orang pelajar saja dari seluruh dunia yang berjaya menempatkan diri.

IKLAN

Daripada jumlah itu pula, hanya 10.8 peratus saja merupakan pelajar antarabangsa (bukan warganegara Amerika Syarikat). Jadi bayangkan sajalah saingan yang perlu dilalui oleh Aqil dan Zad.

2 Remaja Malaysia Sebahagian Daripada 1,980 Pelajar Dipilih Masuk Ke Harvard, Congrats! 2 Remaja Malaysia Sebahagian Daripada 1,980 Pelajar Dipilih Masuk Ke Harvard, Congrats!

Menurut alumni Malaysia daripada institusi tersebut iaitu Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob, Aqil dan Zad telah membuatkannya kagum semasa sesi temuduga. 2 remaja tersebut dilihat bijak, matang dan mempunyai semangat yang hebat untuk menyumbang semula kepada masyarakat kelak.

Aqil bersiap sedia untuk mengambil jurusan Matematik dan Falsafah. Manakala Zad pula lebih meminati bidang Sains Komputer dan Pengajian Sosial. Kedua-duanya juga sangat aktif dengan aktiviti di luar kelas dan itu merupakan antara bonus kepada permohonan mereka.

IKLAN
2 Remaja Malaysia Sebahagian Daripada 1,980 Pelajar Dipilih Masuk Ke Harvard, Congrats!

Kali terakhir pelajar dari Malaysia diterima masuk adalah pada tahun 2017. Jadi ini merupakan satu perkembangan positif buat sektor pendidikan negara.

Sekali lagi, REMAJA ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kalian!

Mereka telah membuktikan bahawa ramai sebenarnya remaja Malaysia yang bijak dan berbakat.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI