Bukan calang-calang juga penyanyi BBNU dengan jolokan ‘Oppa Malaysia’ ni…

Malam tadi menyaksikan, peserta dan penyanyi Meer Nash menjadi bintang Big Stage 2023 ketiga yang tersingkir pada konsert minggu keempat yang bersiaran secara langsung, pada Ahad. Meer Nash yang mendapat markah sebanyak 45.33% gagal meneruskan perjuangan pada minggu kelima yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanda Tanya Terjawab, Siti Nurhaliza Buka Mulut Sebab Tolak Duduki Kerusi Juri Big Stage 5

IKLAN

#BigStage2023 : Meer Nash Gugur Di Minggu Keempat, Fakta Tentang “Oppa Malaysia” Ini

Siapa sebenarnya pemilik nama Meer Nash ini?

IKLAN
  • Pemilik nama sebenar Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul ini merupakan penyanyi lelaki Malaysia yang melonjak naik selepas bertanding di rancangan realiti, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim ketiga.
  • Anak kelahiran negeri Pulau Pinang pada 20 November 1995.
  • Ada berdarah kacukan Melayu dan Cina.
  • Bekas penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam.
  • Fasih berbahasa Hokkien dan Mandarin. Mula berkomunikasi dalam bahasa Mandarin dari tahun satu berikutan menuntut di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
  • Pernah menganggotai kumpulan Votez yang popular menerusi lagu ‘Mana Dulu’ selama dua tahun, sebelum bergerak solo.

#BigStage2023 : Meer Nash Gugur Di Minggu Keempat, Fakta Tentang “Oppa Malaysia” Ini

IKLAN
  • Menyukai genre muzik K-pop kerana menganggap melodinya unik, segar dan tersendiri.
  • Pernah merangkul kemenangan tempat kedua peringkat global, sewaktu berentap di Pertandingan The 16th World Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition for Foreign College Students yang berlangsung di Changsha, China selama sebulan pada 2017. Kejayaannya itu mendapat perhatian Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, menerusi ucapan tahniah dilayangkan di laman Twitter.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI