Dikenali sebagai Blank Ji, Ace dan Gold Jihyo, Song Ji Hyo bukan lagi nama asing dalam kalangan peminat di Malaysia. Aktres versatil yang turut dikenali sebagai salah seorang ahli rancangan realiti, Running Man ini amat diminati peminat di seluruh pelusuk dunia dek kerana sifatnya yang merendah diri, tak cover ayu dan santai.
Namun baru-baru ini, netizen Korea Selatan telah mengkritik peranan pelakon tersebut dalam episod terbaru Running Man.
Pada episod 25 Jun tersebut, penonton menyaksikan Song Ji Hyo hanya menonton dari sisi tanpa sebarang dialog ketika ahli rancangan itu, Jeon So Min, Kim Jong Kook, Haha dan Yang Se Chan, membuat improvisasi drama komedi.
Ads
Penonton kemudian melihat Song Ji Hyo hanya tersenyum sendirian semasa adegan di mana ahli-ahli rancangan tersebut sedang makan dan berbual.
Malang sekali apabila sebaik sahaja episod itu disiarkan, netizen negara tersebut mula mengkritik reaksi pasif dari pelakon itu, dengan beberapa menyatakan, “Dia lebih pasif daripada biasa” dan bahawa “Dia hanya muncul di satu rancangan setiap minggu. Adakah ianya terlalu sukar baginya untuk turut serta membuat penonton terhibur?”
Kritikan itu turut diikuti rentetan episod di mana penonton merasakan bintang terkenal itu kelihatan tidak berminat untuk turut serta bergaul sesame ahli yang lain.
Ads
Episod di mana Song Ji Hyo mula dikenali sebagai ‘Ace’ dek kerana kekuatan fizikalnya.
Selain itu, ramai penonton menzahirkan kekecewaan mereka terhadap ahli yang suatu masa dahulu pernah menghiburkan penonton dengan kecerdasan dan jenakanya sehinggakan diberi gelaran seperti ‘Ace’ dan ‘MongJi’.
Namun, terdapat segelintir warganet yang mempertahankannya dengan memetik pertelingkahan pelakon tersebut dengan label agensinya baru-baru ini. Dikatakan bahawa masalah peribadi beliau mungkin menjadi punca dirinya kelihatan pasif di dalam rancangan tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: SBS, Dispatch, AllKpop
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demi menyempurnakan watak sebagai ‘budak nakal’, pelakon dan penyanyi, Naim Daniel sanggup mengorbankan rambutnya.
Menurut penyanyi lagu popular Sembah itu, imej ini merupakan tuntutan menerusi drama bersiri terbaharu berjudul Project: Exit, iaitu karakternya yang menjual bahan terlarang demi mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan.
“Drama ini saya memegang watak sebagai Ucop iaitu antara budak yang masuk sekolah pemulihan akhlak sebab sebelum ini dia jual dadah.
“Kerana itu juga saya memilih untuk membotakkan kepala ini sebab sebelum ini rambut saya dah panjang dah, dan pihak produksi meminta saya untuk botakkan kepala jadi saya buat lah.
“Untuk kali ini memang saya nak bawakkan kelainan juga supaya orang boleh membezakan watak saya disebabkan itu juga saya buat keputusan untuk tukar penampilan kepada rambut botak,” katanya kepada Remaja.
Naim berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media lawatan ke set pengambaraan Projek: Exit di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Projek Exit merupakan sebuah drama bersiri terbitan Astro Shaw di bawah jenama Astro Originals yang bakal ditayangkan September ini.
Antara barisan pelakon hebat yang lain termasuk, Shasha Aebdul, Naim Daniel, Nabila Huda, Kimberly Chuah dan ramai lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika benar apa yang diperkatakan, perumpamaan jangan menilai sebiji buku hanya dari kulitnya.
Perumpamaan ini sesuai ditujukan buat para pekerja yang memilih ‘bulu’ dalam melayani pelanggan yang berkunjung ke sesetengah premis jual beli barangan berjenama.
Isu ini bukan seorang dua yang pernah mengalaminya, baru-baru ini, tular di laman sosial penyanyi Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari meluahkan rasa kesal terhadap layanan buruk yang diterimanya daripada pekerja dari premis Machine di KLCC.
Memetik perkongsian video yang dimuat naik oleh @yanaothmannn di laman TikToknya, Bunga memaklumkan dia telah pergi ke premis tersebut untuk bertanya mengenai adapter yang ingin dibeli boleh digunakan pada telefon bimbit serta iPad jenama Apple kepada seorang pekerja.
Namun, pekerja tersebut memberi jawapan yang tidak sewajarnya kepada Bunga memandangkan pada ketika itu dia hanya memakai pakaian biasa iaitu t-shirt serta sweatpants biasa apabila memasuki premis itu.
Katanya lagi, dia menggunakan nada suara yang sopan ketika berurusan bersama pekerja tersebut namun, pekerja itu masih tidak memberi layanan yang sepatutnya kepada Bunga sebagai seorang pelanggan.
Susulan kejadian itu, penyanyi kelahiran Perak itu berharap agar pekerja di luar sana memberikan layanan yang terbaik kepada pelanggan yang datang tanpa menghakimi seseorang daripada luaran sahaja.
Netizen turut berkongsi pengalaman yang sama
Sementara itu, rata-rata netizen turut mendedahkan mereka juga mengalami pengalaman yang sama ketika membeli peralatan elektronik di premis tersebut.
Hmm…Respect each other okey! Korang pernah tak alami pengalaman sebegini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Coway, yang juga berasal dari Korea Selatan sememangnya menumpukan kepada sasaran pelanggan di kalangan keluarga muda, pemilik rumah kali pertama dan golongan bujang yang ingin menambah baik kualiti kehidupan di rumah dengan kelengkapan yang berkualiti.
Banyak juga produk mereka yang menjadi pilihan pengguna dari tahun ke tahun seperti penulen udara, peralatan bilik mandi dan tilam.
Sudah semestinya, produk paling popular yang membuatkan jenama Coway menjadi sebutan ramai adalah alat penulen airnya.
Coway memilih BTS sebagai duta jenama global.
Kerjasama di antara Coway dan BTS ini pada hemat REMAJA sudah semestinya akan membawakan lebih banyak tumpuan orang ramai terhadap Coway sendiri dan kelebihan produk mereka. Untuk pengetahuan korang, sehingga kini lebih daripada tujuh juta rajyat Malaysia telahpun memiliki produk Coway dan bergantung kepadanya bagi menyempurnakan lagi kehidupan masing-masing.
Selepas ini, entah-entah jumlah itu mampu mencapai angka 10 juta hasil promosi melibatkan BTS pula.
Menurut Pengarah Urusan Coway Malaysia iaitu Kyle Choi, mereka memahami citarasa anak muda sekarang yang mengikuti perkembangan BTS dan K-pop secara amnya. Mereka turut mengakui kuasa muzik yang mampu mendekatkan masyarakat.
Encik Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan, Coway Malaysia.
Lantas tidak lama lagi, BTS akan dipaparkan secara meluas dalam kempen yang dibawakan oleh Coway seperti di televisyen dan platform digital.
Hhm, agaknya akan ada lagu khas nyanyian BTS tak untuk jenama ini seperti yang pernah dilakukan oleh beberapa grup K-pop lain sebelum ini seperti Girl’s Generation dan Big Bang. Tak sabar!