Desas-desus mengenai perkahwinan bintang pop terkenal, Taylor Swift bersama pemain Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL), Travis Kelce semakin hangat diperkatakan apabila laluan menuju ke Madison Square Garden di New York dilaporkan ditutup selama tiga hari bagi persiapan acara berkenaan.
Menurut laporan, pasangan sensasi itu dijangka memulakan sambutan dengan majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 100 tetamu pada esok (waktu tempatan), sebelum diteruskan dengan resepsi berskala besar pada 3 Julai yang dijangka menghimpunkan sekitar 1,000 jemputan. Tarikh itu juga jatuh sehari sebelum sambutan Hari Kebangsaan Amerika Syarikat yang ke-250.
Barisan Selebriti Dijangka Hadir
Majlis yang dikatakan antara acara selebriti paling dinantikan tahun ini itu dijangka dihadiri beberapa nama besar Hollywood termasuk Gigi Hadid, Cara Delevingne, Selena Gomez dan Zoe Kravitz.
Selain itu, rakan sepasukan Travis Kelce daripada Kansas City Chiefs turut dilaporkan bakal memeriahkan majlis berkenaan.
Lebih mencuri perhatian apabila timbul khabar angin bahawa Stevie Nicks, Tim McGraw, Ed Sheeran dan Paul McCartney mungkin akan membuat persembahan istimewa sepanjang acara berlangsung.
Tetamu Perlu Tandatangani Perjanjian Kerahsiaan
Dalam pada itu, semua tetamu yang hadir dikatakan perlu menandatangani perjanjian kerahsiaan (NDA) dan tidak dibenarkan membawa telefon bimbit sepanjang majlis berlangsung.
Ads
Pemenang Anugerah Grammy itu juga dilaporkan memilih untuk merakam detik bersejarah tersebut hanya sebagai simpanan peribadi.
Malah, Swift didakwa menolak beberapa tawaran bernilai jutaan dolar daripada stesen televisyen yang mahu menyiarkan majlis itu secara langsung serta mendapatkan hak penyiaran eksklusif.
Perbelanjaan Didakwa Cecah Lebih RM40 Juta
Portal hiburan TMZ turut mendakwa arena ikonik di tengah Manhattan itu dihias secara mewah termasuk pembinaan sebuah replika istana khas bagi memeriahkan suasana majlis.
Ads
Sejak beberapa hari lalu, kawasan sekitar Madison Square Garden turut dipenuhi orang ramai dan petugas media selepas beberapa trak membawa masuk pelbagai kelengkapan untuk persiapan acara tersebut.
Menurut sumber, keseluruhan majlis selama dua hari itu dipercayai menelan kos melebihi RM40 juta.
Tempahan venue bertaraf dunia itu sahaja didakwa mencecah RM1 juta sehari, tidak termasuk kos makanan, logistik serta pelbagai perbelanjaan lain termasuk busana pengantin.
Pihak Wakil Masih Berdiam Diri
Bagaimanapun, Pengerusi Metropolitan Transport Authority, Janno Lieber memaklumkan beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai dakwaan majlis perkahwinan berkenaan.
Ads
Namun, beliau menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam memandangkan kesesakan dijangka berlaku selepas permit penutupan jalan menuju ke gelanggang NBA itu diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.
Sehingga kini, wakil kedua-dua personaliti terkenal itu masih belum mengesahkan sebarang laporan mengenai majlis berkenaan meskipun spekulasi terus hangat diperkatakan di media sosial.
Kehadiran Jet Peribadi & Video Datuk Bandar Tambah Spekulasi
Dalam perkembangan sama, jet peribadi Swift yang kini berusia 36 tahun dilaporkan sudah mendarat berhampiran New York, manakala Kelce pula beberapa kali dilihat berjoging di sekitar Manhattan.
Lebih menguatkan spekulasi, Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani turut mencuri perhatian apabila memuat naik video di media sosial dengan nada berseloroh yang menyebut terdapat “seseorang menyewa Madison Square Garden untuk berkahwin.”
Untuk rekod, Taylor Swift dan Travis Kelce mula menjalinkan hubungan cinta pada September 2023 sebelum mengumumkan pertunangan mereka pada Ogos tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila pergi temuduga kerja, ramai yang takut nak bertanya soalan kepada bakal majikan. Iye la, takut pula nanti kalau mereka anggap yang kita ni belum apa-apa lagi dah banyak soalan.
Nope guys. Sebenarnya korang memang ada hak untuk bertanya sekiranya ingin tahu tentang syarikat dan lebih-lebih lagi mengenai jobscope korang nanti.
Jangan terlalu asyik mendengar saja, korang juga boleh bersuara, contohnya dengan memberi soalan-soalan yang berkaitan dengan tawaran pekerjaan yang diberi.
Walau bagaimanapun, elakkan bertanya soalan-soalan yang tidak berkaitan dan boleh membawa kepada pandangan negatif bakal majikan terhadap diri korang.
Jadi, berikut seperti apa yang dikongsi oleh MauKerja, ini adalah antara soalan-soalan yang korang boleh tanya selepas interview.
Perkara paling penting untuk korang tanya adalah tentang jobscope tawaran pekerjaan tersebut. Mestilah penting untuk korang tahu apa yang perlu dibuat sepanjang bekerja nanti.
Selain itu, tanya pihak syarikat berkaitan dengan kualiti pekerja yang bagaimana mereka cari. Bolehlah korang berusaha untuk menjadi yang terbaik jika dipanggil bekerja.
KPI juga adalah yang korang wajib tahu. Apa yang perlu dicapai dalam masa 30 hari, 60 hari dan setahun sebagai penilaian prestasi kerjaya korang.
Selain daripada jobscope, korang juga boleh tanya berkaitan dengan environment yang diterapkan dalam syarikat dan misi syarikat dalam 5 tahun kehadapan. Tanya interviewer tentang apa yang membuatkan mereka suka untuk bekerja di syarikat berkenaan. Jangan tak tahu, ini pun info yang boleh korang tanya dan dari sini, korang boleh lihat bagaimana persekitaran tempat kerja itu nanti.
Sebagai seorang bakal tenaga pekerja, korang juga layak untuk bertanya sekiranya ada sesi training yang diberikan untuk menggalas tanggungjawab bekerja. Akhir sekali, selepas sesi interview ini, adakah prosedur-prosedur lain yang perlu korang lalui sebelum diterima bekerja.
Okay got it? Yang penting korang jangan tinggalkan bilik temuduga tanpa sebarang soalan. Ramai calon yang gagal kerana disebabkan ini. Jadi, ringan-ringankanlah sedikit mulut tu untuk bersoal jawab bersama bakal majikan korang.
Good luck gaiss!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengambilan vaksin dilihat sebagai salah satu langkah untuk mengekang penularan virus tersebut sekaligus mampu menurunkan tahap jangkitan dalam kalangan masyarakat diseluruh dunia.
Semalam, melalui perkongsian di laman Instagram penyanyi terkenal dari negara jiran Indonesia, Agnez Mo yang dahulunya dikenali sebagai Agnez Monica berkongsi sebuah video dimana beliau telah membangunkan sebuah klinik khusus untuk memberi vaksin secara percuma kepada masyarakat setempat.
Siap dengan #hashtag AG PEDULI, Agnez Mo menyatakan bahawa program vaksinasi secara percuma di klinik itu merupakan salah satu usahanya dalam membantu mempercepatkan proses pemberian vaksin kebangsaan di negara itu.
Penyanyi terkenal itu menyarankan masyarakat setempat untuk segera mendapatkan vaksin secara percuma.
Tambahnya lagi, klinik tersebut bukan sahaja tempat untuk menerima suntikan vaksin tetapi juga telah disediakan dengan pelbagai jenis kemudahan seperti ambulans, ruang kecemasan, makmal dan lain-lain.
Klinik vaksin itu ditubuhkan dengan kerjasama Pusat Kesihatan Pademanga yang dibantu oleh 60 orang staf kesihatan termasuk sukarelawan.
Selain daripada memberi vaksin secara percuma, Agnez Mo juga melakukan amal kebajikan dengan membahagi-bahagikan makanan secara percuma kepada penerima vaksin.
Untuk info, Indonesia kini bersedia untuk membuka beberapa destinasi hangat mereka termasuk Bali, mulai Julai 2021 bagi melonjakkan semula sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik.
Bagus inisiatif yang dilakukan oleh pelantun yang popular lagu ‘matahariku’ ini.
Sumber : Instagram Agnes Mo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Teringin nak pakai iPhone tapi selalu gigit jari sebab price tag? Nah, kini mungkin dah sampai masanya untuk korang join Team Apple. #finally
Model iPhone mampu milik, iPhone 6 32GB, kini semakin mampu dimiliki selepas penurunan harga kali kedua kepada RM1499 sejak dilancarkan pada pertengahan Mac 2017. Dengan harga asal RM1999, iPhone 6 32GB merupakan model Special Edition oleh Apple untuk tahun ini, dan hadir dengan skrin lebih besar (4.7 inci) berbanding iPhone SE.
Dari segi specs, iPhone 6 32GB mempunyai perkakasan yang sama dengan iPhone 6 iaitu skrin 4.7 inci (1334 x 750px), dan dikuasakan chip A8 Apple dengan RAM 1GB. Ia juga mempunyai kamera belakang 8MP dan kamera selfie 1.2MP. Berminat? Boleh beli di sini
Model iPhone 5s yang sudah berusia 4 tahun pula kini dijual pada harga RM999. Model ini mempunyai skrin Retina 4 inci, kamera 8MP chip A7 Apple dengan RAM 1GB. Korang boleh dapatkan model ini di Machines
Amacam? Korang rasa berbaloi tak untuk jadi pengguna iPhone dengan harga terbaru ni?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemergian pencipta kandungan yang juga seorang pramugara, Hafeez Al-Bukhary Zulkefly, nyata meninggalkan kesan mendalam buat ramai pengikut dan warga maya.
Walaupun kebanyakan mereka hanya mengenali...