Malaysia sekali lagi mencatat sejarah apabila menjadi antara negara terawal di dunia yang menerima keluarga iPhone 17, yang mula dijual secara rasmi hari ini (19 September) di Apple Store The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
Untuk info, ini merupakan pelancaran iPhone kedua di Apple Store rasmi pertama Malaysia yang dibuka pada Jun 2024 lalu.
Menariknya, pelanggan pertama yang berjaya mendapatkan iPhone 17 ialah Danial Arif bin Abdul Halim, pelajar berusia 19 tahun dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Menurut laporan sebuah media tempatan, Danial sudah pun bersedia sejak tengah malam, sebelum kembali semula ke lokasi pada jam 3 pagi untuk mula beratur secara rasmi.
Ads
“Saya naik taraf daripada iPhone 13 Pro Max ke iPhone 17 Pro Max. Warna Cosmic Orange memang sangat cantik.
“Masa buat pra-tempahan saya agak gementar tapi pada masa yang sama teruja. Sekarang saya rasa sangat lega.
Ads
“Saya peminat Apple sejak kecil dan memang nak rasai pengalaman ini. Selalu tengok YouTuber macam iJustine beratur awal untuk dapatkan iPhone terbaru, sebab itulah saya pun nak cuba,” katanya panjang lebar.
Bukan itu saja, Danial bukan sekadar membeli iPhone 17 Pro Max dalam warna Cosmic Orange, malah turut mengenakan baju berwarna oren sempena hari bersejarahnya itu.
Sementara itu, pelanggan kedua pula ialah Mugilan A/L Vijaya Rajah, juga berusia 19 tahun dan merupakan pelajar UNITAR, yang memilih iPhone 17 Pro berwarna Silver.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Weirdkaya
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat korang yang sedang mencari telefon pintar baru, Apple telah pun mengumumkan bahawa iPhone SE sudah boleh mula ditempah melalui laman rasmi Apple bermula 11 Mei 2020.
Selain tempahan melalui lawan web Apple, korang juga boleh membuat tempahan melalui pengedar rasmi Apple dan syarikat telekomunikasi terpilih.
iPhone SE hadir dengan skrin 4.7-inci Retina HD, dilengkapi pengimbas cap jari Touch ID, dijana cip Apple A13 Bionic, dan menggunakan satu kamera dibelakang. Ia turut hadir dengan sokongan kalis air IP67.
Ha, mesti korang dah tak sabar nak tahu harga telefon pintar ini kan?
Bagi model 64Gb dijual pada harga RM1999, 128GB RM2199 dan 256Gb pada harga RM2699.
Perhatian kepada peminat setia telefon pintar iPhone, Apple baharu sahaja memperkenalkan sebuah lagi peranti terbaharu iaitu iPhone SE 2022. Sebelum ini, peminat gajet telah pun menjangkakan bahawa Apple bakal memperkenalkan iPhone SE 5G dan kini penantian mereka akhirnya terjawab.
iPhone SE 2022 hadir dengan cip Apple 15 Bionic yang pastinya menawarkan prestasi pemprosesan lebih baik. Ia turut hadir dengan sistem Touch ID pada bahagian hadapan. Paling menarik, ia disertakan dengan sokongan rangkaian 5G, sekali gus menjadikan telefon pintar ini sebagai iPhone paling mampu milik.
Hadir dengan tiga variasi warna iaitu Midnight, Starlight dan Red, pra-tempahan untuk pembelian telefon pintar ini dibuka bermula 18 Mac 2022 pada pukul 9 pagi.
So guys, ada yang berminat dengan iPhone SE 2022 ni ke? Jangan lepaskan peluang untuk menjadi yang pertama memilikinya. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Zaman internet dihujung jari ni memang banyak keyboard warrior. Tak kena di mata dan hati mereka je mula la penguna-penguna instagram ni mengeluarkan kata-kata kesat sehingga boleh dikira sebagai menghina dan memfitnah pengguna lain. Tak patut betul kan!
Tapi lepas ni korang yang selalu kena kecam tu boleh tarik nafas lega kalau up gambar dekat instagram, sebabnya tak perlu gaduh-gaduh atau sibuk nak balas segala komen. Sebabnya Instagram memperkenalkan fungsi Restrict.
Tak suka komen yang ditinggalkan just guna fungsi restrict ni je.Tapi macam mana nak menggunakan fungsi ni?
Ni hah, pengguna boleh mengakses fungsi ini melalui tiga cara muda sahaja, iaitu:
Pergi ke bahagian kiri komen pilihan dan tekan pada tanda seruan di tepi komen untuk masukkan akaun tersebut ke dalam senarai restrict.
Pergi ke akaun si peninggal komen dan klik pada butang tiga titik bucu atas dan pilihan restrict dapat dilihat.
Pergi ke bahagian tetapan privasi akaun dan pilih Restricted Account. Yang menariknya fungsi ketiga ini, pemilik akaun yang ‘terpilih’ tersebut tidak akan mengetahui bahawa komen mereka telah disorokkan dan akan terus meninggalkan komen tanpa mengetahui perbuatan mereka adalah sia-sia.
Di negara kita juga masalah pembuli sider ini juga semakin menjad-jadi apatah lagi dengan keterbukaan dan keupayaan semua orang untuk berkongsi kehidupan mereka di laman media sosial pada hari ini. So penulis harap fungsi terbaru dari instagram ini dapat la mengurangkan kes buli cyber ni kan.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.