Peminat gajet terutamanya daripada jenama Apple sedang ternanti-nanti kehadiran model iPhone yang lebih murah dari semasa ke semasa.
Kini harga jualan promosi beberapa model iPhone telahpun diumumkan oleh stor Machines
Percaya atau tidak, korang boleh memiliki iPhone XS dengan storan 256 GB bermula harga RM3,099 saja!
Ads
Walaupun ia bukanlah model iPhone terbaru,iPhone XS masih berbaloi untuk jangka masa yang masih panjang. Malah, ia jauh lebih murah berbanding harga asal RM5,699 ketika ia mula-mula dilancarkan.
Ads
Ads
Promosi terhad ini hanya khas di stor Machines Malaysia dan secara online.
Selain iPhone XS, Machines juga menawarkan promosi untuk telefon pintar model iPhone XS 512 GB (RM5699), iPhone 7 Plus 128GB (RM1888) dan iPhone 7 128GB (RM1449)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah sekian lama menanti, Twitter akhirnya menunaikan permintaan pengguna dan bakal memperkenalkan butang ‘Edit’ sebagai ciri terbaharu mereka tidak lama lagi. Twitter menjelaskan bahawa pihak mereka akan memulakan ujian melibatkan pengguna berbayar Twitter Blue tidak lama lagi untuk ciri penyuntingan Tweet ini.
Jika sebelum ini korang tidak boleh menyunting semula setiap tweet yang telah dibuat, selepas ini khabarnya pengguna boleh memilih untuk melakukan penyuntingan tweet selepas ia diterbitkan. Terdahulu, Twitter tidak menambah butang edit kerana bimbang akan sesuatu tweet itu diubah maksud selepas ia popular dan menerima retweet yang tinggi, sekali gus membawa masksud sebenar yang berbeza.
now that everyone is asking…
yes, we’ve been working on an edit feature since last year!
no, we didn’t get the idea from a poll 😉
we’re kicking off testing within @TwitterBlue Labs in the coming months to learn what works, what doesn’t, and what’s possible.
Menurut Head of Consumer Product Twitter, Jay Sullivan berkata ciri edit menjadi salah satu feature Twitter yang paling banyak diminta oleh pengguna selama bertahun lamanya. Jay menjelaskan bila tanpa batas waktu, kawalan dan transparansi apa yang telah diubah, ciri edit tersebut dapat disalahgunakan.
Namun begitu, Twitter akhirnya akur dengan permintaan pengguna dan bakal memperkenalkan ciri terbaharu ini tidak lama lagi. So guys, sama-sama kita nantikan kemunculan ciri ‘Edit’ di laman Twitter akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
OPPO A91 menggelar dirinya sebagai telefon pintar ‘camera-oriented’. Itu bermakna mereka mengfokuskan kepada fungsi kamera hadapan dan belakang dan dilihat sesuai dengan pengguna yang selalu mengambil foto dan video.
Sekiranya benar kamera yang ditawarkan oleh OPPO A91 ini cantik kualitinya, ini bermakna ini adalah telefon berkamera baik dengan harga paling berbaloi (RM999) untuk korang dapatkan berbanding model lain dalam pasaran.
‘Quad Camera’ yang terletak di bahagian belakang telefon jelas menunjukkan 4 lensa berbeza untuk mendapatkan paparan foto dan video terbaik. Ia terdiri daripada 48MP main sensor, 8MP ultrawide sensor, 2MP mono sensor dan 2MP depth sensor.
Manakala sensor bagi kamera hadapannya (selfie camera) mempunyai kelebihan 16MP. Hmm interesting.. tinggi juga taraf megapixel-nya.
Kami cuba beberapa posisi kamera di antara mod lensa biasa dan lensa portrait untuk melakukan perbandingan mengenai kualiti gambar yang terhasil.
Mind you, keadaan bilik ini memang sengaja kami biarkan sedikit gelap tanpa membuka kesemua lampu bagi benar-benar menguji kualiti gambar.
Not bad kan walaupun ketika menggunakan lensa kamera biasa. Imej masih mempunyai efek bokeh di bahagian belakang bagi memberi impak kepada objek.
Selain daripada dua fungsi ini, OPPO A91 juga dilengkapi dengan mod panorama, night scene, time-lapse dan slow motion. Penulis juga pasti impak foto akan kelihatan berbeza jika korang mencubanya dengan sinaran matahari di luar bangunan.
Bagi kamera hadapannya pula, korang boleh memilih untuk turn on/off beautifying mode kerana kualiti kamera asalnya agak memuaskan.
Dalam bab kelajuan gajet pula, penulis merasakan korang akan berpuas hati apabila menggunakan aplikasi media sosial seperti Twitter dan Instagram. Ia bergerak lancar dengan simpanan 8GB RAM dan 128GB ROM.
Penulis juga menggemar skrin AMOLED display yang akan digemari oleh peminat video YouTube dan NETFLIX. Bagi korang yang gemarkan online-shopping, fungsi sasaran beli belah pada kameranya akan kamu hargai.
So what do you think? Pada harga pasaran RM999, korang rasakan OPPO A91 berbaloi untuk dimiliki?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg dilaporkan melakukan penjenamaan semula syarikat media sosial Facebook kepada Meta.
Terbaru, beliau mengumumkan bahawa syarikat itu bakal membuat pelancaran ciri terbaharu mereka pada minggu ini.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebook semalam, dia berkata Meta bakal membuat pengesahan atau Meta Verified dalam pelbagai aspek.
Aspek tersebut termasuk perkhidmatan langganan (subscription service) yang membolehkan pengguna mengesahkan akaun dengan ID kerajaan.
Blue Tick Di Meta
Selain itu, Mark turut memaklumkan ciri ini juga dapat memberikan lencana biru (blue badge), perlindungan penyamaran, perlindungan tambahan pada akaun pengguna dan dapat akses secara terus kepada sokongan pelanggan.
Tambah Mark, ciri terbaharu yang bakal diperkenalkan ini bertujuan untuk meningkatkan sistem keselamatan dalam Meta.
“Ciri terbaharu ini adalah mengenai peningkatan ketulenan dan keselamatan sepanjang penggunaan perkhidmatan kami.” katanya.
Buat masa ini, ciri ini diperkenalkan secara berperingkat iaitu bermula di Australia dan New Zealand. Mark Zuckerberg mengatakan ciri pengesahan ini sedia ditawarkan pada harga $11.99 (~RM53) untuk langganan menerusi web dan harga meningkat kepada $14.99 (~RM66.33) menerusi iOS.
Begitulah dunia sekarang, tiada benda yang percuma…hiks
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!