Bagi korang yang ternanti-nanti untuk menukar telefon pintar baru, pastinya korang excited untuk melihat model terbaru Galaxy Note10 & Note10 Plus yang dikeluarkan oleh Samsung, Sabtu lalu.
Tapi sedar atau tidak, kedua-dua model tersebut mempunyai banyak persamaan. Jadi nak pilih yang mana satu?
Jom kita bandingkan..
Skrin & Rekaan Luar
Perbezaan saiz skrin.
Tentunya, Note10 Plus mempunyai skrin yang lebih besar. Pada ukuran 6.8 inci, ia lebih BESAR daripada mana-mana model Note sebelum ini.
Skrin Note10 pula sebenarnya lebih kecil daripada Note9.
Jadi kalau korang merupakan seorang gamer atau suka menyunting (edit) video dan gambar, kami sarankan Note10 Plus. Tetapi, saiznya yang besar menyukarkan pengguna untuk memegang dengan satu tapak tangan.
PEMENANG: Galaxy Note10
Resolusi Skrin
Kedua-dua model telefon dilengkapi skrin AMOLED dan diperbuat daripada skrin terbaru Gorilla Glass 6.
Namun, Note10 Plus mempunyai resolusi yang lebih sharp iaitu 1440 x 3040 pixel berbanding 1020 x 2280 untuk Note10.
Ads
Tetapi bagi REMAJA, perbezaan tersebut tidaklah terlalu ketara.
PEMENANG: Galaxy Note10
Kamera
SAMA! Kedua-duanya mempunyai lensa dan sensor yang sama bagi menjamin kamera terbaik untuk telefon pintar yang pernah Samsung tawarkan.
Ia mempunyai 3 kamera di bahagian belakang jadi korang akan mendapat ultra-wide lens (16mp), wide-angle lens (12mp) dan telephoto lens (12mp). Untuk kamera depan pula adalah 10mp.
CUMA, Galaxy Note10 Plus boleh memberikan korang foto portraitdengan sensor ekstranya.
Ads
PEMENANG: Galaxy Note10+
Storage
Storage untuk Galaxy Note10 Plus adalah faktor pertama yang membezakan kelebihannya berbanding Note10.
Ia mempunyai RAM sehebat 12GB dan ruang 256GB/512GB berbanding Note10; 8GB (RAM) dan 256GB sahaja (ruang).
Bagi korang yang mempunyai bajet lebih, Galaxy Note10 + (256GB) adalah pilihan yang lebih menguntungkan. Ia dijual pada harga RM4,199 (ya, mata kami pun terbeliak sekejap).
Jika 256GB tidak mencukupi dan inginkan storage sehebat 512GB, korang boleh mendapatkannya pada harga RM4,799.
NAMUN, rasanya Galaxy Note10 akan menjadi pilihan yang lebih popular di kalangan remaja dan mereka yang baru bekerja kerana lebih berpatutan. Pada harga RM3,699, Note10 adalah versi telefon pintar yang lebih baik berbanding model Note sebelum ini.
Baru beberapa minggu selepas pelancaran model telefon pintar yang dinantikan orang ramai, iPhone 14 Plus; syarikat Apple kini dilaporkan akan menghentikan penghasilan model tersebut disebabkan sambutan kurang memberangsangkan oleh pembelinya.
Menurut laporan yang diterima oleh The Cupertino yang diasaskan di California, sekurang-kurangnya satu pengilang di China sedang bersiap sedia untuk menghentikan penghasilan komponen iPhone 14 Plus.
Ia sekaligus bercanggah dengan pelan asal Apple untuk meningkatkan penghasilan model-model iPhone terbarunya disebabkan gagal mendapatkan kadar permintaan di kalangan pembeli.
iPhone 14 Plus merupakan salah satu model daripada barisan produk baharu yang diumumkan Apple pada 7 September. iPhone 14 Plus ini ditawarkan sebagai alternatif telefon pintar yang lebih murah berbanding model iPhone Pro dan mula dipasarkan kepada pengguna sejak 7 Oktober lalu.
Untuk pengetahuan, keputusan drastik yang diambol oleh Apple ini juga hadir sewaktu pasaran telefon pintar global diakui telah mengecil sebanyak 9 peratus berbanding suku ketiga sama tahun lalu.
Pasaran lemah ini sekaligus memaksa Apple untuk mengurangkan pengeluaran iPhone 14 sehingga enam juta unit.
Hhm, agak-agak mengapa iPhone 14 Plus ini tidak laku? Adakah ia disebabkan skrinnya yang bersaiz terlalu besar atau kerana perbezaan harganya yang ketara jika dibandingkan dengan model iPhone 14?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat pelajar universiti, guru dan pekerja kolej, Apple telah mengumumkan bahawa individu-individu ini yang membeli komputer Mac dan iPad terpilih akan menerima AirPods secara percuma. Promosi ini bermula semalam sehingga 7 Mac depan.
Tawaran ini adalah tambahan kepada diskaun yang diberikan kepada pelajar melalui Apple Edu Store. Pelajar perlu membuat pengesahan terlebih dahulu melalui penggunaan UNiDAYS sebelum menerima diskaun pelakar, serta mendapatkan promosi AirPods percuma.
Bukan itu sahaja, potongan 20 peratus untuk pelan AppleCare juga ditawarkan kepada pembeli yang layak. Pelajar yang ingin melanggan Apple Music dan Apple TV+ ditawarkan dengan harga lebih murah, iaitu RM6.90 sebulan.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web Apple Education bagi melihat tawaran berbaloi ini. Sebelum membeli, semak dahulu terma dan syarat bagi promosi ini okay?
Memang berbaloi-baloi!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Laman YouTube antara aplikasi video yang popular ditonton kerana menjadi platform oleh kebanyakan selebriti mahu individu kreatif dalam menyiarkan content menarik untuk penonton.
Kebanyakan kita juga mendengar lagu daripada YouTube, namun apa yang sukarnya apabila aplikasi tersebut perlu dibuka sentiasa jika korang sedang mendengar lagu.
Oleh yang demikian, seorang pengguna di Filipina yang dikenali sebagai Darwin Mercado Camba telah pun berkongsi tip untuk mendengar lagu di YouTube sambil membuka aplikasi lain dengan mudah.
1. Pilih search engine dalam handphone korang
2. Layari www.youtube.com
3. Pergi ke website settings
4. Kemudian, ‘Request Dekstop Website’
5. Selepas itu, pilih lagu yang korang nak dengar
6. Pergi ke ‘Home’ skrin dan lagu akan berhenti sebentar
7. Tunggu notification keluar dan tekan play. Lagu yang korang pilih akan tetap dimainkanwalaupun skrin telah dilock
Jom try buat!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adobe Certified Professional 2026 menyaksikan pelajar UPSI, Muhammad Fawwaz Haiqal, meraih tempat ketiga dunia selepas menewaskan peserta dari 45 negara.