
Siapa yang tak nak muka yang flawless kan?
Namun, semua orang mempunyai fikiran bahawa jika ingin memiliki wajah cantik dan licin, kita perlu berbelanja sakan untuk membeli 1001 satu jenis produk kecantikan.
Sebenarnya, tindakan tersebut boleh membawa lebih mudarat kepada wajah berjerawat kerana korang mencampur adukkan pelbagai jenis bahan kimia yang ada di dalam produk. Besar kemungkinan, ada di antara bahan kandungan itu tak bersesuaian dengan masalah yang korang hadapi.
So, apa kata korang hentikan masalah jerawat dan kesan jerawat pada wajah dengan menukar cara pemakanan dulu. Cuba ambil 4 jenis makanan penghapus jerawat ini dan tengok kesannya!
* * * * *
01
Bayam

Sayur bayam mengandungi vitamin A dan vitamin C yang mempunyai aktioksidan untuk mencegah bakteria. Ini kerana bakterialah punca utama kepada masalah jerawat.
* * * * *
02

Lobak
Khasiat lobak lebih kurang sama dengan bayam. Ia turut mengandungi vitamin A yang bagus untuk mengatasi masalah kulit, termasuklah jerawat.
* * * * *
03
Ikan Salmon

Mahal sedikit tapi berbaloi! Salmon bukan saja baik untuk kesihatan badan korang tetapi juga baik untuk kulit. Kandungan lemak Omega 3 di dalam Salmon dapat mengatasi masalah jerawat di samping meningkatkan kolagen.
* * * * *
04
Kunyit

Kunyit bukan sebarang kunyit tau! Ramai yang tidak tahu, kunyit yang biasa menjadi bahan masakan kita mempunyai kandungan anti inflamasi (keradangan dan kemerahan) bagi mencegah jerawat daripada menimbul, berketul dan mendatangkan luka serta kesan pada wajah.
* * * * *
Bolehlah korang cuba amalkan 4 jenis makanan ini. Dah cantik nanti, jangan lupa tag REMAJA dekat foto selfie korang okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Elak 5 Bahan Ini Dalam Syampu Untuk Kesihatan Jangka Panjang

Syampu sangat mudah didapati dan banyak alternatif yang murah ditawarkan di pasaran. Namun tahukah anda kebanyakan syampu memiliki bahan berkualiti rendah dan sintetik yang boleh menimbulkan risiko serius kepada kesihatan dalam jangka masa panjang.
Berikut adalah 5 bahan utama yang perlu anda kenal pasti dalam syampu dan cuba elakkan menggunanya jika mampu.
- Sulfat
Sulfat adalah salah satu bahan yang paling biasa digunakan dalam produk penjagaan diri. Nama itu ialah istilah luas yang merangkumi pelbagai bahan kimia yang sering anda temui dalam produk seperti syampu atau ubat gigi.
Sulfat ialah agen berbuih dan pembersih yang keras yang menghilangkan minyak semula jadi pada rambut menjadikannya kering, rapuh dan sangat terdedah kepada patah. Sulfat juga membawa kepada kerengsaan kulit kepala dan memburukkan keadaan seperti psoriasis dan ekzema.
- Paraben
Paraben adalah pengawet sintetik yang digunakan untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat. Pemeliharaan adalah aspek yang sangat penting bagi syampu yang baik kerana tiada siapa yang mahu produk penjagaan diri mereka tumbuh acuan!
Walau bagaimanapun, banyak paraben diklasifikasikan sebagai karsinogen dan merupakan pengganggu endokrin yang kuat kerana ia meniru estrogen walaupun pada kepekatan yang sangat rendah. Disebabkan oleh gangguan endokrin ini, ia boleh menyebabkan keguguran rambut.
Apabila memilih syampu, cari perkataan yang berakhir dengan “-paraben” dan cuba elakkannya. Bentuk yang paling biasa ialah: butylparaben, ethylparaben, methylparaben, propylparaben dan isobutylparaben.
- Phthalates
Phthalates paling terkenal dengan kebolehan untuk membuat plastik. Walau bagaimanapun, ia biasanya ditemui syampu yang membuang sampah dan produk penjagaan diri yang lain kerana ia menambah bau yang menyenangkan dan kerana ia bertanggungjawab untuk kebanyakan konsistensi gel tandatangan syampu.
Phthalates sering dikaitkan dengan gangguan sistem reproduksi dan endokrin, kanser, diabetes tahap, asma, alahan dan banyak lagi. Bahan ini tiada faedah untuk mengekalkan kulit kepala yang sihat dan mendedahkan pengguna kepada potensi risiko kesihatan.
Apabila membeli syampu lihat pada bahan yang memiliki singkatan: DEP (diethyl phthalate), MEP (monoethyl phthalate), DBP (dibutyl phthalate), dan DMP (dimethyl phthalate).
- Pewangi tiruan
Wangian sintetik merupakan satu isu besar dalam pasaran produk penjagaan diri. Secara sah ia adalah ‘rahsia perdagangan’ dan oleh itu boleh ditetapkan pada label ramuan sebagai “haruman” semata-mata.
Pada hakikatnya “haruman” boleh terdiri daripada berpuluh-puluh bahan kimia yang masih tidak didedahkan kepada pengguna dan ia boleh membentuk 20% atau lebih daripada keseluruhan formula produk.
Biasanya wangian sintetik diperbuat daripada petrokimia yang dikenali sebagai pengganggu endokrin. Selain itu, ia cenderung mudah tersejat supaya ia biasanya melekat pada phthalates, paraben, atau formaldehid.
- Agen pewarna sintetik
Ejen pewarna sintetik banyak terdapat dalam makanan dan minuman yang diproses dan dikaitkan dengan pelbagai gangguan neurologi, alahan, keradangan asma, dan kadangkala kanser.
Warna sintetik biasanya merupakan gabungan tar arang batu dan bahan kimia lain untuk mendapatkan warna tertentu. Ia biasanya mengandungi logam berat, aseton dan petroleum.
Pada label syampu, cari pewarna berhampiran penghujung senarai ramuan. Pewarna biasa ialah Biru 1 Tasik dan Hijau 3. Cari juga pelabelan FD&C atau D&C yang digunakan untuk menetapkan warna tiruan.
Sumber: X Jessica Genetics
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Miss Universe Thailand Drama! Guru Tidak Layak Masuk, Diganti Peserta Kegemaran Ramai

Pemilihan 30 finalis pertandingan ratu cantik Miss Universe Thailand (MUT) yang berlangsung hujung minggu lalu bertukar dramatik setelah berlakunya pertukaran peserta.
Terdahulu, organisasi MUT telahpun melangsungkan pusingan uji bakat melibatkan 45 peserta. Menerusinya, mereka hanya memilih 30 peserta untuk dijadikan sebagai finalis akhir. Pusingan tersebut memerlukan setiap peserta memberikan pandangan bernas mereka terhadap satu kata kunci yang dipilih secara rawak.
Di bahagian panel jurinya pula, ia terdiri daripada kelompok profesional serta empat bekas juara MUT termasuklah Anchilee Scott-Kemmis (MUT 2021), Amanda Obdam (MUT 2020), Maria Poonlertlarp (MUT 2017) dan Chalita Suansane (MUT 2016).
Lalu, 30 finalis yang dipilih bagi edisi MUT 2022 ini diyakini bijak, mempunyai skil komunikasi yang baik dan mampu ‘beraksi’ di bawah tekanan.
Begitupun, peminat dunia ratu cantik dikejutkan dengan ketiadaan salah seorang peserta kegemaran mereka yang gagal meloloskan diri ke kelompok Top 30. Peserta dimaksudkan ialah ‘First’ Patraporn Wang yang merupakan juara Miss Intercontinental 2014 dan pernah melayakkan diri sebagai finalis Top 5 Miss Universe Thailand 2019.




Biarpun kegagalan Patraporn menyertai kelompok Top 30 ini mencetuskan perdebatan, jelas gadis berketinggian 180cm ini agak cemas semasa berdepan pusingan uji bakat yang disiarkan secara langsung di akaun YouTube MUT itu.
Menurut penonton dari Thailand lagi, Patraporn turut melakukan kesilapan mendedahkan namanya sewaktu berada di belakang tirai; peraturan yang diberikan organisasi adalah untuk menjawab tanpa mendedahkan identiti diri agar juri boleh menilai kecerdasan pemikiran peserta dan mengenepikan rupa fizikal terlebih dahulu.
Patraporn menerusi akaun Instagram-nya meluahkan kesedihan dek kerana impiannya yang berkecai di peringkat awal. Namun, dia segera menerima nasibnya ini malah kelihatan telah ‘move on’ dengan melibatkan diri dalam sebuah projek berasaskan kecantikan.

Tidak sampai sehari keputusan Top 30 diumumkan, MUT kembali dengan kejutan dan mengumumkan peserta bernombor MUT06 yang dikenali sebagai Kanokwan Chusuk terpaksa disingkirkan disebabkan statusnya sebagai seorang guru. Sebagai info, Thailand menerapkan satu peraturan sejak tahun 1961 di mana seorang guru tidak dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik.

Justeru lewat malam tadi, Patroporn diumumkan sebagai peserta MUT31 dan diserap masuk untuk mengenapkan jumlah finalis menjadi 30 orang.
ARTIKEL BERKAITAN : Baru Berusia 18 Tahun, Pelajar Jurusan Pemasaran Dinobat Miss World Puerto Rico 2022 – REMAJA
Tinjauan REMAJA pada bahagian komen dan halaman pencinta dunia ratu cantik mendapati tidak semua orang bersetuju dengan penyerapan semula ini.
Mereka mempersoalkan mengapa identiti Kanokwan Chusuk tidak dikenal pasti terlebih dahulu sebelum sesi uji bakat. Malah, ada juga inginkan kepastian sama ada Patraporn Wang benar-benar menduduki tangga peserta ke-31 terbaik ataupun ini sekadar stun publisti semata. DRAMA!

Biarpun begitu, masih ramai menyokong penyerapan Patraporn ini kerana beranggapan gadis tersebut mampu mengubah landskap dunia ratu cantik di Thailand.
Berbekalkan pengalaman, skil persembahan di atas pentas dan kecantikan yang dimilikinya, tidak dinafikan Patraporn kini membayangi kehadiran 29 finalis MUT 2022 yang lain dan tidak mustahil juga untuknya menebus kekecewaan awal ini dengan memenangi gelaran Miss Universe Thailand 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Camila Cabello Berhijab Di Masjid Kerana… Lihat 7 Selebriti Lain Cantik Berhijab

Selalunya, trend berhijab hangat diperkatakan di kalangan social influencer dan selebriti daripada negara majoriti beragama Islam.
Di Malaysia sendiri, kita mempunyai ramai gadis influencer yang menggayakan hijab pelbagai warna, bentuk dan gaya.
Antaranya termasuklah Nabila Razali dengan gaya hijab kemas, Yuna dengan gaya selendang dengan aksesori topi beanie, Neelofa yang baru berniqab serta Hanis Zalikha dengan gaya hijab on point walaupun bersahaja.
Bagaimana pula apabila selebriti Hollywood pula yang berhijab?
Mereka menyarung hijab bukanlah kerana tuntutan agama, tetapi sekadar ingin menghormati agama dan budaya di negara majoriti Islam yang mereka kunjungi.

Contohnya seperti penyanyi Camila Cabello yang memuat naik 2 foto dirinya berhijab semasa berkunjung ke Masjid Agung Sheikh Zayed di Abu Dhabi. Serious sister nampak cantik!
Camila berada di sana semasa siri festival muzik RedFest DXB 2019 tetapi penyanyi berusia 24 tahun ini sempat melawat masjid tersebut.
“Saya merasa lebih rendah diri apabila melawat ke negara orang dan melihat budaya mereka. Ia menyedarkan saya bahawa kita tidaklah jauh berbeza. Seorang kanak-kanak perempuan membantu saya memakai hijab. Kami tidak bertutur bahasa yang sama tetapi dia membantu saya sambil tersenyum.
“She felt like a close friend..”
Sebelum ini, ada beberapa lagi orang selebriti yang menyarung hijab. Antaranya ialah..
Lady Gaga

Lady Gaga sedang melawat kejiranan Nisantasi di Istanbul, Turki ketika rangka lawatan konsert di Turki untuk artRave: The ARTPOP Ball Tour.
Kate Middleton

Masih ingat lawatan Putera Williams dan Kate Middleton ke Kuala Lumpur pada tahun 2012? Semasa melawat Masjid As Syaqerien di KLCC, mereka berdua mengenakan pakaian sopan.
Kate turut mengenakan hijab yang kelihatan seakan sama dengan pakaian serta hijab yang disarung oleh Princess Diana dulu.
Kendal Jenner & Gigi Hadid

Kendall, Gigi dan beberapa model lain menangkap gambar selfie semasa melawat Sheikh Zayed Grand Mosque di Abu Dhabi. Mereka mengenakan abaya dan tudung polos.
Kendall juga mengenakan ikatan skaf singkat untuk digayakan dengan sut lengkap daripada Versace.

Dua Lipa

Turut mengambil kesempatan untuk melawat masjid yang sama ialah penyanyi British, Dua Lipa.
Rihanna

Turut tak ketinggalan ialah Rihanna, juga di masjid yang sama!
Angelina Jolie

Melalui tugas beliau selaku wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, Angelina Jolie selalu melawat negara Islam yang memerlukan perhatian dunia.
Antaranya termasuklah di Pakistan, Iran dan Arganifstan. Di sinilah lokasi beliau menyarung hijab.
*
Cantik bukan!
Bagi remaja berhijab di luar sana, kami ingin mengucapkan Happy World Hijab Day kepada kalian semua. Semoga sentiasa istikhomah dan yakin dengan imej sebagai perempuan berhijab.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

