Musim pertandingan ratu cantik secara rasminya telah bermula bagi penganjuran akhir tahun ini. Terbaru, gadis bernama Breanna Myles dari Florida telahpun dinobatkan sebagai Miss Teen USA 2021 pada pagi ini.

Pemenang Miss Teen USA 2021 Hampir Terjatuh Sambut Kemenangan
Sumber Foto : Instagram Breanna Myles

Reaksi spontan Breanna yang hampir terjatuh sewaktu namanya diumumkan sebagai Miss Teen USA 2021 telah menjadi bualan ramai. Breanna yang bersaing sengit dengan wakil District of Columbia menantikan nama pemenang dengan penuh berdebar sebelum dia berteriak riang dan hampir terjatuh kerana tidak mempercayai tuah menyebelahi dirinya pada edisi kali ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MISSUUPDATES (@missuupdates)

Menariknya, ini bukanlah kali pertama Breanna ‘terjatuh’ di pentas pertandingan ratu cantik.

IKLAN

Gadis berusia 18 tahun ini terlebih dahulu pernah menyertai pertandingan Miss Florida Teen USA pada tahun 2020 dan berpuas hati di kedudukan keempat terbaik WALAUPUN di terjatuh pada waktu tersebut.

Breanna tidak mudah menyerah kalah apabila dia sekali lagi mencuba nasib di pertandingan Miss Florida Teen USA pada tahun 2021 dan berjaya menjuarainya, Julai lalu.

Pemenang Miss Teen USA 2021 Hampir Terjatuh Sambut Kemenangan
Sumber Foto : Instagram Breanna Myles

Kemenangan Breanna pada hari ini sekaligus mencipta sejarah apabila dia menjadi wakil Florida pertama untuk memenangi Miss Teen USA dalam sejarah penganjurannya. Tidak sia-sia dia memperolehi tempoh setahun untuk memperbaiki skilnya sebagai peserta!

IKLAN

Sedikit info menarik mengenai Breanna. Asalnya, dia telah dilahirkan di Kentucky dan merupakan gadis berdarah kacukan Republik Dominica daripada ibunya manakala ayahnya berdarah Afrika-Amerika.

Pemenang Miss Teen USA 2021 Hampir Terjatuh Sambut Kemenangan
Sumber Foto : Instagram Breanna Myles

Pada usia tujuh tahun, mereka berpindah ke Florida dan sejak itu, dia dibesarkan di Port St. Lucie hinggalah baru-baru ini menamatkan pengajian di Sekolah Menengah.

Breanna membuktikan dirinya bukan saja cantik malah bijak apabila dia turut menamatkan kursus ‘dual enrollment’ daripada Indian River State College sewaktu di sekolah. Untuk pengetahuan, kursus ini dikhususkan untuk pelajar di kolej atau universiti di Amerika Syarikat dan pelajar bebas untuk mengambilnya ataupun tidak.

IKLAN
Pemenang Miss Teen USA 2021 Hampir Terjatuh Sambut Kemenangan
Sumber Foto : Instagram Breanna Myles
Pemenang Miss Teen USA 2021 Hampir Terjatuh Sambut Kemenangan
Sumber Foto : Instagram Breanna Myles

Sebelum ke Oklahoma untuk menyertai pertandingan Miss Teen USA 2021, Breanna telahpun berjaya menempatkan dirinya di Florida State University dan sempat mengikuti mengambil Sains Komputer serta Persembahan Pentas Muzikal. Katanya selepas ini, dia ingin meneruskan pengajian dan mengejar cita-cita sebagai seorang jurutera perisian; pada waktu yang sama dia akan terus bersama organisasi Miss Teen USA sebagai wakil mereka untuk tempoh setahun.

Jujurnya, kami cukup kagum dengan semangat yang ditunjukkan olehnya untuk bergiat aktif dalam dunia ratu cantik biarpun jadualnya sibuk sebagai pelajar.

Tahniah Breanna Myles!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI