Dalam kehidupan yang semakin mencabar hari ini, sudah pasti setiap daripada kita perlu ad acara pengurusan wang yang baik.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergaji kecil dan yang baru saja menamatkan pelajaran. Dalam keadaan ekonomi sekarang, harap-harapnya tidak ada fresh graduate yang masih nak demand gaji tinggi.
Faham, sekarang ni semua pun pakai duit. Nak masuk toilet pun kena bayar 50 sen. Tapi, kalau korang memilih sangat, takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Sebenarnya, berapa jumlah gaji yang diterima bukanlah masalah utamanya, tapi bagaimana cara kita menguruskan kewangan itu lebih penting.
Sebagai seorang pelajar tahun akhir Universiti Malaya Ijazah Sarjana Muda Kaunseling. Aidil Nor Adha berminat untuk berkongsi tip pengurusan wang khususnya untuk memberi kesedaran buat fresh graduate yang baru memulakan pekerjaan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang.
1. Jangan terburu-buru beli rumah. Belajar ilmu hartanah dulu, baru beli rumah.
2. Sebelum korang menghalalkan tulang rusuk kiri korang, sila buat perancangan kewangan selepas kahwin. Duit rumah sewa, barang dapur, perabot rumah, duit untuk bakal anak korang. Semua perlu korang rancang sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Ads
3. Pastikan bayaran bulanan takaful/insurans tidak melebihi 10% daripada gaji korang.
4. Jika ingin melabur, sila letakkan 20% daripada gaji korang di tempat pelaburan yang selamat, terjamin, dan patuh syariah.
5. Pastikan hutang bulanan (komitmen) tidak melebihi daripada 60% gaji korang. Sekiranya hutang korang terlebih, status kewangan korang sedang berada di zon merah.
6. Kalau nak enjoy pada setiap bulan, pastikan ianya tidak melebihi 10% dari gaji korang. Kalau dah terlebih, kena sedar dirilah. Nanti kawan-kawan dah ada rumah sebiji tapi korang masih lagi hanyut ditelan ‘shopping mall’.
7. Kalau memasang impian untuk membeli kereta, korang kena buat kira-kira juga. Pastikan harga bulanan kereta tidak melebihi 15% daripada gaji korang.
Ads
8. Harga kereta yang korang layak beli ialah “darabkan gaji dengan 12”, baru korang akan dapat jawapannya. RM2500 x 12=30,000. Jadi, korang layak untuk membeli kereta bawah daripada RM30,000.
9. Jangan termakan dengan hasutan rakan sekerja yang berlumba-lumba nak beli kereta import. Biar nampak miskin, tetapi bijak menguruskan duit.
10. Jika korang mempunyai hutang PTPTN, sila segerakan bayaran tersebut. Bayaran hutang PTPTN yang cantik akan mencantikkan rekod CCRIS korang. Nanti nak buat loan dengan bank pun senang.
11. Jikalau CCRIS dah terjejas teruk, korang perlu membaiki rekod 12 bulan ke hadapan. Bank akan melihat rekod CCRIS pada 12 bulan ke belakang setiap kali korang memohon pembiayaan daripada bank.
Ads
12. Jangan beli rumah impian di usia muda, korang tak pasti lagi 10 tahun akan dating apa yang akan terjadi. Sabar dulu, cari rumah flat yang murah-murah.
13. Sila cari bakal kekasih yang memahami perancangan kewangan korang. Kalau si dia nak minta korang makan di tempat hipster setiap hari, ambil saja getah dan sila lastik di kepalanya supaya dia sedar. Haha!
14. Kalau dah terlanjur dalam melakukan dosa kewangan, korang hanya mempunyai dua jalan saja untuk memperbaikinya. Pertama, cari pendapatan tambahan. Kedua, turunkan gaya hidup korang.
15. Secara keseluruhannya, korang perlu memulakan perancangan seawal gaji pertama. Sekali dah tersilap langkah, siap sedialah untuk bankrap seawal usia muda.
“Pelabur akan jatuh cinta kepada bank kerana mereka akan menanggap bank sebagai kekasih duit mereka”.
“Bank akan jatuh cinta kepada pelebur kerana mereka menanggap pelebur akan sentiasa mendatangkan keuntungan kepada mereka.”
Ingat dua perkara ni!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang K-Pop terkenal, Suga BTS baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila sempat menyentuh mengenai bulan Ramadan ketika mengadakan siaran langsung sempena sambutan hari jadinya. Momen ringkas itu segera menjadi perbualan dalam kalangan ARMY yang menghargai keprihatinannya terhadap mereka yang sedang menjalani ibadah puasa.
Menerusi sebuah siaran langsung di Weverse, Suga atau pemilik nama sebenar Min Yoongi (33) muncul secara santai untuk berinteraksi dengan peminat yang menyertai sesi tersebut. Penyanyi rap itu dilihat meluangkan masa berbual mengenai pelbagai perkara termasuk persiapan semasa, jadual latihan yang padat serta beberapa projek akan datang.
Pada masa yang sama, Suga turut menyedari terdapat komen daripada peminat yang menyebut tentang Ramadan. Dengan nada santai dan ingin tahu, beliau berkata,
“Ada yang sedang menyambut Ramadan dan berpuasa. Setahu saya, ketika Ramadan kamu boleh makan selepas matahari terbenam, betul tak? Saya juga makan pertama kali selepas matahari terbenam,” katanya
Walaupun hanya seketika, kenyataan tersebut terus tular dan mendapat perhatian ramai peminat terutama dalam kalangan ARMY beragama Islam. Ramai yang berasa dihargai apabila idola mereka mengambil maklum mengenai bulan suci yang disambut oleh jutaan peminat di seluruh dunia.
Seperti diketahui umum, BTS memiliki pengaruh global yang sangat besar dengan komuniti peminat yang luas termasuk di Timur Tengah, Asia Tenggara serta beberapa negara Asia Selatan di mana Ramadan disambut secara meluas setiap tahun.
Sementara itu, di media sosial, peminat turut berkongsi reaksi mereka terhadap momen tersebut dengan nada berseloroh. Malah ada yang bergurau mengatakan Suga seolah-olah ‘berpuasa’ bersama mereka, manakala segelintir peminat secara jenaka memanggilnya sebagai ‘Brother Yoongi’ kerana sikap umat Islam yang sinonim menghargai hubungan persaudaraan sesama muslim.
Siaran langsung berkenaan juga berlangsung dalam suasana santai apabila Suga dilihat muncul bersama beberapa kek hari jadi. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana meluangkan masa menonton sebelum sempat menyanyikan lagu “Happy Birthday” kepada dirinya sendiri bagi menyambut ulang tahun kelahirannya pada 9 Mac, semalam.
Dalam perkembangan terkini, BTS bakal melancarkan album terbaru berjudul ‘Arirang’ pada 20 Mac ini sebelum memulakan konsert jelajah dunia bermula April depan. Kumpulan sensasi K-Pop itu juga dijangka bakal memeriahkan pentas di Kuala Lumpur pada 12 dan 13 Disember ini sebagai sebahagian daripada siri jelajah berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persekitaran dalam flight kadang kala boleh membantutkan mood excited nak pergi travel disebabkan oleh beberapa perkara.
Laluan tempat duduk yang sempit atau keadaan yang terlalu sejuk menjadi salah satu faktor. Lebih-lebih lagi untuk penerbangan yang jauh, keselesaan dalam flight tu memang sangat penting.
Jadi kalau korang boleh spend duit lebih sikit, (tapi tak ada la sampai nak beli yang business class punya) korang boleh pilih seat sendiri dan ikut 7 tip yang telah dikongsi oleh pramugara dari Hawaiian Airlines, seperti yang dilaporkan oleh Insider.
1. Kalau suka tidur dalam flight, pilih seat tepi tingkap
Bagi mereka yang letak saja kepala boleh terus tidur, rasanya seat bersebelahan dengan tingkap adalah yang terbaik untuk korang. Lebih-lebih lagi untuk perjalanan jarak jauh.
Kedudukan ini paling selesa kerana kalau tak mahu terlentok pada bahu orang lain, korang boleh menyandarkan kepala di bahagian tingkap tersebut.
2. Pilih aisle seat kalau kerap ke tandas
Jika korang memang sejenis yang gemar ke tandas, pilih aisle seat kerana ia adalah tempat duduk paling hujung dari tingkap so tak ada la korang menganggu penumpang lain yang terpaksa bangun untuk beri laluan.
3. Jauhi seat yang berdekatan dengan pintu kecemasan
Untuk yang tak tahan sejuk tu, lebih baik kalau korang elakkan ambil seat yang berhampiran dengan pintu atau tingkap kecemasan sebab udara dari luar boleh masuk daripada celah-celah pintu dan membuatkan korang akan rasa lebih sejuk.
4. Nak ruang kaki yang luas tapi tak nak bayar, pilih berdekatan pintu kecemasan
Kalau ada duit lebih korang boleh je beli seat yang ada ruang kaki lebih luas, tapi kalau tak nak bayar lebih, cari seat yang berhampiran pintu kecemasan.
5. Elakkan pilih bulkhead seat kalau nak letak kaki pada tempat yang lebih selesa
Bulkhead seat ialah tempat duduk di depan sekali atau seat di bahagian depan yang memisahkan seksyen-seksyen di dalam flight. Ruang kaki memang agak luas tapi korang tak boleh lunjurkan kaki sedikit untuk lebih selesa.
6. Tak tahan turbulence, pilih seat di bahagian depan
Turbulence adalah situasi yang mungkin mencemaskan dan tidak digemari oleh sesetengah individu. Namun begitu, ia bukanlah dalam keadaan bahaya cuma berlaku sedikit gegaran akibat aliran udara bergerak dengan cepat.
So, kalau korang rasa tak selesa dengan keadaan seperti ini, pilihlah seat dibahagian depan flight.
7. Pilih seat bahagian depan kalau nak makanan yang best
Biasanya, flight attendant akan mula daripada bahagian depan untuk menghidangkan makanan dan minuman. Untuk penerbangan yang menyediakan makanan percuma, orang di hadapan terlebih dahulu boleh memilih makanan dan bila tiba je di barisan belakang, korang terpaksa la ambil apa yang tinggal kan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada usia 92 tahun, penyanyi lagenda dari India yang sinonim dengan industri perfileman Bollywood, Lata Mangeshkar telah meninggal dunia pada 6 Februari 2022 akibat jangkitan Covid-19.
Lata telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Breach Candy, Mumbai pada 11 Januari lalu setelah disahkan positif Covid-19. Menurut Dr Pratit Samdani yang merawatnya, disebabkan faktor keadaan kesihatan beliau dan faktor usia, beliau telah mengalami kegagalan organ selepas lebih 28 hari dimasukkan ke hospital.
Mendiang Lata Mangeshkar meninggal dunia pada usia 92 tahun.
Lata yang dilahirkan pada 28 Septembr 1929 di Indore, India telah mula menyanyi sejak usia 13 tahun lagi demi menjaga ibu serta empat adik-beradiknya setelah kematian bapanya. Dengan bakat dan potensi yang ada, lima tahun kemudian beliau telah berpeluang untuk menyanyikan lagu untuk filem Bollywood pertamanya bertajuk Aapki Sewa Mein. Dan bak kata orang, the rest is history.
Lata Mangeshkar bersama Kajol MukherjiMadhuri Dixit di antara pelakon yang selalu ‘dipinjamkan’ suara Lata Mangeshkar.Lata Mangeshkar ketika bersama Rani Mukherji dan Hema Malini, masing-masing pernah ‘meminjam’ suara Lata dalam filem masing-masing.
Lata tidak pernah menjadikan usia sebagai alasan untuk berhenti melakukan perkara yang dicintainya iaitu menyanyi. Atas usaha serta sumbangan beliau dalam industri Bollywood, mendiang dijadualkan untuk menerima istiadat pengebumian negara. Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah memaklumkan bahawa negara tersebut akan berkabung hingga esok dengan mengibarkan bendera separuh tiang.
Bagi generasi baharu yang mengikuti filem-filem Bollywood sejak era 90-an, pastinya korang dapat mengecam suara lunak Lata Mangeshkar terutamanya menerusi filem terbitan Yash Chopra.
REMAJA senaraikan 5 lagu paling popular dipetik dari filem-filem Bollywood yang pernah dinyanyikan oleh mendiang yang digelar sebagai ‘The Nightingale of India’ ini.
01
Mehndi Laga Ke Rakhna – Dilwale Dulhania Le Jayenge
02
Are Re Are – Dil To Pagal Hai
03
Koi Ladki Hai – Dil To Pagal Hai
04
Humko Humise Chura Lo – Mohabbatein
05
Andekhi Anjaani – Mujhse Dosti Karoge
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!