Diam tak diam, kita sudah pun memasuki bulan terakhir dalam tahun 2020. Tinggal lebih kurang lagi sebulan sebelum masuk ke tahun baru, jadi sempat lagi jika korang nak menyempurnakan impian tahun ini.
Bagi yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Disember, Happy Birthday kami ucapkan. Antara selebriti popular yang meraikan hari lahir pada bulan ini termasuklah Tylor Swift, Christina Aguilera, Minho SHINee dan Seungri Bigbag.
Agak-agaknya macam mana karakter mereka yang lahir pada bulan Disember ya? Jom kita lihat antara kajian dan pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan personaliti mereka.
1. Sangat setia dan pemurah
2. Bersifat patriotik
3. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Ads
4. Bercita-cita tinggi
.
5. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
13. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
14. Benci pada kongkongan
15. Suka berlawak
Namun begitu, ini adalah sekadar berdasarkan kajian yang telah dibuat. Janganlah pula korang percaya 100 peratus pula ya. Hiks! Apa-apa pun ia terpulang kepada sikap individu itu sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lama tidak mendengar perkhabaran daripada sutradara tempatan disegani, Nik Amir Mustapha.
Setelah menghasilkan filem-filem prolifik seperti KIL (2013), Terbaik Dari Langit (2014) dan filem arahan bersama, Rise: Ini Kalilah (2018), beliau kini kembali semula ke layar perak menerusi buah tangan bergenre cinta Sci-Fi, Imaginur.
Filem yang dibintangi oleh barisan pelakon berbakat seperti Beto Kusyairy, Diana Danielle, Datuk Afdlin Shauki, Datuk Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Nadiya Nisaa, Mior Hashim Manap, Ruzana Ibrahim dan Pekin Ibrahim ini khabarnya mengajak penonton Malaysia untuk menguji minda mereka dengan plot cerita di luar kotak malah penuh teka-teki.
Lalu, ia membuatkan pengalaman di pawagam kali ini berbeza.
REMAJA berpeluang untuk menyaksikan sendiri apa yang dimaksudkan dengan pujian yang digembar-gemburkan penonton di timeline Instagram dan Twitter kami.
Ternyata, Imaginur tidak mengecewakan!
Tanpa mendedahkan spoiler, Imaginur mengisahkan mengenai Zuhal (Beto Kusyairy) yang berada di satu medium dan dapat membezakan antara realiti atau fantasi. Pada masa yang sama, seorang wanita misteri (Diana Danielle) muncul dalam bayangannya.
Apa yang pasti, tatkala menelurusi jalan cerita Zuhal ini, penonton pasti akan merasai bermacam-macam emosi yang hadir sejenak. Air mata pasti mengalir, debaran pasti bergoncang dalam dada.
Sepanjang filem Imaginur berdurasi sejam 30 minit ini, penonton akan dibawa seketika ke satu ‘alam’ yang membuai jiwa gara-gara sinematografi yang memaparkan keindahan negeri Perlis.
Ditambah pula dengan suntingan warna mengasyikkan (tiada perkataan lain yang boleh menggambarkannya), filem yang ditulis skripnya oleh Nik Amir Mustapha sendiri bersama Redza Minhat ini memiliki kisah menarik di sebalik pemilihan lokasi di Perlis.
Difahamkan, negara Jepun merupakan idea lokasi asal pengarahnya bagi mendapatkan impak ‘ethereal’ bagi babak tersebut.
Bagaimanapun, perancangan asal itu terpaksa diolah setelah Malaysia dilanda pandemik COVID-19 dan diletakkan di bawah fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.
Lantas, mereka memilih untuk menukar lokasi ke Perlis yang memiliki pemandangan indah yang jarang disedari oleh orang ramai. Antara lokasi penggambaran Imaginur termasuklah Tasoh Lake Resort.
Menurut akaun Twitter @OhMyPerlis yang selalu memaparkan lokasi tarikan di sekitar negeri Perlis, kawasan ini khabarnya akan ditenggelami air dalam masa beberapa tahun dari sekarang.
Kalau korang masih ingat, kawasan ini juga pernah dijadikan lokasi penggambaran video muzik Forevermore nyanyian Yuna yang diarahkan oleh suami penyanyi itu, Adam Yousof.
Rata-rata respon warganet di hantaran yang dimuat naik oleh @OhMyPerlis itu memuji keindahan negeri Perlis dan ingin melawat negeri utara itu satu hari nanti.
“Cantiknya negeri Perlis, Beto pula tu berlakon. Okay, letak dalam list untuk tengok cerita ini,” ciap @nadissahaja.
“Next cuti, rasa nak ronda dekat Perlis. Cantik betul suasana,” catat @Anne_____n.
@UzaerR pula berkata, “Patut la dalam poster dia ada Bukit Cabang. Ingatkan bukit tu di tempat lain.”
Sementara itu, @theregoesmyluck berharap agar pengarah lain juga mendapat ilham daripada lokasi di sekitar Malaysia bagi projek masing-masing. “Best decision ever!! Please continue shooting in Malaysia.”
Imaginur telah ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia sejak 23 Februari lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mengharumkan Malaysia apabila pencapaian seni beliau diiktiraf hingga dijadikan bahan pembelajaran di sekolah Filipina.
Baru-baru ini, seorang pelajar dari negara tersebut berkongsi penemuan menarik apabila menemui bab khas mengenai penyanyi nombor satu negara ini dalam sebuah buku teks. Biografi itu diberi tajuk “Siti Nurhaliza: Golden Voice and Heart of Asia”, menggambarkan betapa besar pengaruh beliau dalam dunia muzik serantau.
Dalam buku itu, perjalanan seni Siti dikisahkan sejak mula menapak di pentas Malaysia, kejayaan menjuarai pertandingan Voice of Asia di Kazakhstan pada tahun 1996, sehinggalah beliau diangkat sebagai ikon muzik yang dihormati di seluruh Asia.
Pendedahan ini sekali gus mencetuskan rasa bangga rakyat Malaysia apabila nama dan kejayaan Siti Nurhaliza bukan sahaja diiktiraf di peringkat antarabangsa, malah dijadikan contoh teladan buat pelajar di luar negara.
Di media sosial, ramai netizen menyifatkan perkara ini sebagai bukti bahawa Siti Nurhaliza bukan sekadar penyanyi legenda tempatan, sebaliknya ikon budaya Asia Tenggara. Malah, ada yang menyebut beliau sebagai ‘warisan negara’ yang sewajarnya dihargai sepanjang zaman.
Dengan pencapaian cemerlang yang diraih lebih dua dekad, Siti Nurhaliza terus membuktikan bahawa bakat, kerja keras dan dedikasi mampu menjulang nama Malaysia di mata dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabar gembira buat peminat apabila aktor tampan, Ikmal Amry berkongsi berita bahagia mengenai keluarga kecilnya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, dia mengumumkan isterinya kini sedang hamil anak ketiga, dengan usia kandungan sudah mencecah lima bulan.
Menurut Ikmal, sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini cukup bermakna kerana ia merupakan raya terakhir mereka sebagai keluarga berempat sebelum kehadiran ahli baharu tahun hadapan.
“Tahun ini, macam-macam Allah kurniakan. Baru 4 bulan berlalu, tapi percaturan-Nya cukup indah, lebih dari yang kita sangka, cukup seadanya.
“Salam Aidilfitri dari kami, tahun ini berempat. InsyaAllah, tahun hadapan bertambah lagi seorang ahli keluarga.” tulisnya.
Perkongsian tersebut sekali gus mencuri perhatian ramai apabila ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti yang turut mendoakan kesejahteraan keluarga mereka.
Sebelum ini, media melaporkan Ikmal dan isterinya merancang untuk menambah cahaya mata selepas anak kedua mereka berusia tiga tahun.
Katanya, walaupun pada awalnya mereka merancang untuk memiliki tiga orang anak, namun tetap terbuka sekiranya dikurniakan rezeki tambahan.
Untuk rekod, bekas peserta Hero Remaja itu mendirikan rumah tangga bersama Najla pada 19 Disember 2020. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Cailie, 5, dan Gibran yang kini berusia tiga tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi penyanyi muda Hussain Jamilul Hayat, soal memilih pasangan hidup bukan sekadar berkaitan penampilan fizikal mahupun gaya seseorang wanita.
Sebaliknya, pelantun lagu Takkan Pernah itu...