Selepas beberapa hari Kim Kardashian dan Kanye West selamat bercerai, ramai warganet yang memerhatikan cara Kim cuba untuk menenteramkan dirinya.
Buat masa ini, bintang program realiti ‘Keeping Up With The Kardashians’ ini dilaporkan sedang meluangkan masa bersama ahli keluarga dan kenalan rapat serta tidak bekerja buat sementara waktu demi meredakan emosi selepas penceraian.
Biarpun begitu, Kim masih kekal aktif di Instagram.
Contohnya semalam, Kim mengucapkan selamat hari lahir kepada mendiang ayahnya pada hari kelahiran beliau yang ke 77.
“Please come and visit me in my dream soon. So much to tell you.”
Selain itu, Kim juga dilihat masih memandu di luar apabila dia berada di Palm Spring semalam menerusi paparan Instagram Story-nya.
Ads
Apa yang menarik perhatian followers Kim adalah lagu latar yang dimainkan dalam video tersebut. Ia adalah lagu breakup popular nyanyian Olivia Rodrigo, ‘Driver’s License’.
Cuba korang dengarkan lagu ini di bawah, pasti korang boleh memahami perasaan Kim buat masa ini.
Walaupun ini merupakan episod penceraian kali kedua buat Kim, dirinya masih dilanda kesedihan. Ia turut dirasai oleh warganet sama ada mereka merupakan peminat Kim ataupun tidak.
Untuk pengetahuan, khabar angin kononnya Kim sudah enggan mempertahankan perkahwinannya dengan Kanye telah bertebaran untuk berminggu-minggu lamanya. Malah #Kimye juga dilaporkan telah berpisah dan tidak lagi duduk sebumbung untuk berbulan-bulan.
Mereka bagaimanapun tidak berbalah seperti kebanyakan pasangan Hollywood lain. Cuma punca penceraian mereka adalah apabila mereka tidak dapat mencari cara terbaik untuk mempertahankan perkahwinan.
Apa yang penting, masing-masing masih mementingkan kebahagian empat orang anak mereka sebagai ‘co-parent’ setelah bercerai.
Ibarat mengambil keberkatan penghulu segala hari, akhirnya Ernie dan Syamel seolah ingin memaklumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama. Menerusi muat naik di Instagram Ernie dan juga Syamil sebentar tadi, pasangan penyanyi bersuara lunak itu telahpun berkongsi gambar memegang buku ‘pink’ rekod ibu dan bayi.
Keduanya pasangan ini, menulis kapsyen ringkas dengan mengucap syukur ke hadrat Allah S.W.T diatas rezeki yang diberikan kepada mereka. Pasangan ini juga memohon agar segala urusan mereka dipermudahkan.
Untuk info pasangan ini selamat diijabkabul pada Mac lepas, ramai yang membuat spekulasi bahawa Erni Zakri sedang berbadan dua kerana makin nampak berseri-seri seperti seri ibu hamil.
Selepas beberapa ketika bermain teka-teki, akhirnya Ernie dan Syamel seolah ingin memaklumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi menerusi perkongsian ini.
Seperti dijangka, muat naik tersebut mendapat ucapan tahniah dan doa yang baik-baik daripada para peminat dan rakan artis.
Apa yang pasti, pasangan ini cukup sweet di mata kami dan tahniah kami ucapkan buat Ernie Zakri dan Syamel!
Minggu ini, arena politik negara ‘panas’ seketika apabila cakap-cakap mengenai peralihan jawatan Perdana Menteri.
Ada khabar angin yang mengatakan perdana menteri ketujuh Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad ingin meneruskan pemerintahan beliau selaku PM.
Ada juga yang mendakwa beliau terlibat dalam mana-mana kumpulan yang didakwa sedang berusaha untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggantikan Tun Dr Mahathir.
Bagaimanapun, kenyataan rasmi datang dari mulut Tun sendiri semalam di Langkawi.
Beliau menegaskan semua itu tidak benar dan memang benar Datuk Seri Anwar telah bertemu beliau di Putrajaya, kelmarin.
“Saya dengar cerita macam-macam. Nak suruh saya kekal sampai 20 tahun lagi.
“Saya umur dah 94 (tahun), lagi berapa bulan 95 (tahun), mana boleh tahan okay?” tambah beliau.
“Saya janji saya akan letak jawatan selepas APEC (Kerjasama Ekonomi Asia 2020 pada bulan November ini). Itu saya pegang pada janji saya. Tak terlibat dengan yang lain…cuma janji letak jawatan akan letak jawatan…” tuntas beliau.
Nampaknya, Malaysia tinggal beberapa bulan sebelum peralihan kuasa tersebut. Adakah kita sudah bersedia?
‘Chong Wei’ akan menjadi sebahagian daripada koleksi patung lilin (wax figure) di Madam Tussauds Hong Kong. Sekaligus, beliau menjadi atlet Malaysia pertama yang menerima penghargaan tersebut.
Telah banyak sumbangan yang Chong Wei telah hulurkan sebagai pemain badminton nombor satu negara.
Selain berjaya merangkul kejuaraan BWF Super Series Masters Finals sebanyak 3 tahun berturut-turut, beliau juga seorang dermawan yang berbakti semula kepada negara apabila menyumbang RM2 juta untuk pembangunan sukan badminton, tahun lalu.
Maka, tak hairanlah apabila Madame Tussauds berminat untuk menghasilkan patung lilin Chong Wei agar ramai pengunjung boleh mengambil gambar dan belajar mengenai kejayaan beliau sebagai pemain badminton unggul.
Menurut Madame Tussauds Hong Kong, Chong Wei adalah individu kedua yang diabadikan dalam muzium tersebut selepas Datuk Michelle Yeoh beberapa tahun lepas.
Lee Chong Wei semasa ditemui oleh wakil Madame Tussauds Hong Kong
Bagi korang yang merancang untuk bercuti ke Hong Kong bermula pertengahan tahun ini, jangan lupa untuk ke Madame Tussauds dan katakan hi kepada ‘Chong Wei’!
*
Jika cawangan Hong Kong menambah jumlah patung lilinnya, jumlah patung di cawangan London Madame Tussauds pula semakin berkurangan apabila patung Putera Harry dan Meghan Markle dipindahkan.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...