Selain daripada United Kingdom, Perancis dan Itali yang sememangnya merupakan destinasi melancong popular di Eropah, ada sebuah lagi negara yang semakin digemari oleh pelancong dari Asia Tenggara.
Jerman, negara yang terkenal dengan kepelbagaian binaan bersejarah serta bangunan pencakar langit baru semakin diminati oleh pelancong dek kerana keterbukaan masyarakat di sana untuk menerima kunjungan pelancong first timer. Antara bandar di Jerman yang dikategorikan sebagai tourist-friendly pula adalah Berlin, bandar yang dahulu terpelit dengan isu peperangan namun kini telah berubah menjadi bandar cantik!
Walaupun kita mempunyai perbezaan bahasa, namun itu tak sama sekali bermaksud korang akan berdepan dengan masalah di Berlin
Selagi korang faham mengenai 6 perkara yang perlu dilakukan di Berlin ini, mesti korang tak ada masalah untuk melancong ke sana dalam masa terdekat.
01
Jangan Lupa Stem Tiket Kereta Api

Walaupun sudah membeli tiket, jangan lupa stemkannya pada mesin ‘Bitte Entwerten’ di platform. Jika tidak, tiket tersebut akan dikira tidak valid dan korang boleh didenda, there and then.
02
Lampu Merah Bermaksud Berhenti

Jika di Malaysia korang boleh melanggar lampu trafik terutama bagi laluan pejalan kaki. Di Berlin, ia boleh dianggap sebagai kesalahan serius jika melintas jalan tanpa menekan buzzer lampu trafik dan korang boleh didenda.
03
Jangan Menggunakan Laluan Basikal

…kecuali korang menunggang basikal di sana. Jika tidak, elakkan melintasi laluan basikal kerana Berlin sememangnya dipenuhi dengan kelibat penunggang basikal. Kalau ada yang menjerit dan memaki korang, jangan salahkan mereka okay.
04
Rancang Weekend Korang Dengan Teliti

Berlin bukanlah seperti Kuala Lumpur di mana hari Ahad merupakan hari untuk netizen berkunjung ke shopping mall dan kedai makan. Di Berlin, kebanyakan daripada kedai ditutup pada hari Ahad kerana ia merupakan ‘hari berehat’ untuk mereka. Jadi, pastikan korang beli makanan secukupnya, beberapa hari sebelum hujung minggu.
05
Masyarakat Berlin Tidak ‘Membawang’

Bukan saja mereka tidak bergosip, malah mereka juga tidak gemar ‘small talks‘ yang tidak relevan. Lebih baik korang bercakap straight to the point.
06
Jangan Sesekali Terlambat
Anda mungkin berminat dengan

Budaya On-The-Way orang Malaysia tidak dipraktikkan di Berlin. Mereka adalah kelompok yang sentiasa patuh kepada masa. Jika korang terlambat tiba di platform kereta api, jangan haraplah gerabak akan menunggu korang.
* * * * *
Nampak seperti Berlin ini mempunyai banyak peraturan yang perlu dipatuhi? Hehe.
Sebenarnya Berlin sama je dengan Kuala Lumpur, cuma setiap bandaraya mempunyai cara masing-masing. Bak kata orang, masuk kandang kambing mengembek. Berlin masih merupakan antara destinasi baru Eropah yang semakin diminati oleh pelancong Asia Tenggara.
Jika tidak, takkanlah syarikat penerbangan kos rendah Singapura iaitu Scoot akan menawarkan laluan penerbangan tanpa henti (13 jam) dari Asia Tenggara ke Berlin bermula Jun ini.

Untuk penerbangan Singapura – Berlin, korang boleh pilih kelas ekonomi dari 5 bandar di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Langkawi dan Kuching dengan tambang serendah RM1,807 untuk dua hala termasuk cukai. Okay lah kan! Bagi korang yang berminat, boleh kunjungi laman web flyscoot.com.
∞
Pelakon terkenal Korea Selatan, Go Min Si baru-baru ini mendedahkan rahsia bagaimana berat badannya mampu turun sehingga mencapai 43 kilogram bagi menjayakan watak Yoo Seong Ah dalam drama bersiri ‘The Frog’ yang ditayangkan pada Ogos lalu.
Go Min Si (29) sudah pun terkenal sebagai salah seorang pelakon yang berdedikasi terhadap kerjayanya sepanjang berada dalam industri dan sejak kebelakangan ini beliau mengaku bahawa setiap hari, makanan hariannya sangat terhad ketika melakukan diet tersebut.
Menurut Min Si, setiap hari dirinya hanya mengambil secawan kopi latte ais, sehelai rumpai laut berperisa, dan dua biji telur rebus.

Katanya, transformasi melalui diet melampau ini merupakan sebahagian dari persiapannya untuk wataknya melibatkan adegan fizikal dan menunjukkan tubuh badan yang ramping.
Jelasnya lagi, penurunan berat badan yang sangat mendadak ini memang disengajakan dengan tujuan memberikan penampilan karakter yang lebih semulajadi dan ngeri kepada beberapa adegan kejam dalam drama berkenaan.
Meskipun menjalani diet ketat, Min Si justeru mengaku bahawa dirinya mampu lebih fokus ketika makan dalam kuantiti sedikit.
“Saya boleh lebih fokus kalau makan sedikit. Sejujurnya, fikiran saya lebih jelas sewaktu lapar. Kalau saya makan, saya akan cepat mengantuk tapi macam sekarang makan sikit boleh buatkan fikiran saya lebih tajam dan waspada dengan keadaan sekeliling,” katanya.

Dalam pada itu, walaupun terdahulu berat badan pelakon ‘Sweet Home’ ini pernah mengalami naik turun sehingga mencapai berat 58 kilogram semasa penggambaran ‘The Witch’. Min Si mampu menyesuaikan berat badannya dengan cepat dan kadang-kadang mampu turun sebanyak 3 kilogram dalam masa sehari.
Selain itu, dirinya juga menegaskan bahawa dia merasa lebih bersemangat dan mampu menunjukkan komitmennya dengan lebih baik dalam menjayakan wataknya dalam drama The Frog.
Sekadar info, dalam perkembangan terkini, Go Min Si bakal muncul menerusi drama romantik berjudul ‘Your Taste’ bersama Kang Ha Neul yang dijadual bakal ditayangkan pada tahun 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Aktres jelita, Anna Jobling, terus mengukir nama di persada seni apabila berjaya menembusi industri perfileman Indonesia.
Menerusi perjalanan karier seninya yang semakin berkembang, pelakon berusia 24 tahun itu menganggap pengalamannya berulang-alik antara Malaysia dan Indonesia sebagai langkah positif untuk mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.
Filem pertama lakonannya di negara seberang iaitu Lembayung, telah mendapat sambutan hangat, membuka lembaran baru dalam kembara seninya.
ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Tak Layak Jadi Juri, Anna Jobling Enggan Ambil Pusing

Menerusi laporan media tempatan, Anna meluahkan rasa syukur atas sokongan peminat dan peluang yang diterimanya.
“Setelah Lembayung, saya tidak sangka akan menerima tawaran membintangi tiga lagi filem daripada produksi berbeza di Indonesia,” katanya.
Dalam tayangan perdana Lembayung yang diadakan di Jakarta minggu lalu, Anna menzahirkan rasa terharu apabila disambut baik oleh para peminatnya di sana.
“Sambutan baik daripada peminat membuat saya rasa terharu dan teruja. Terima kasih kepada semua yang terus menyokong kerjaya seni saya,” ujarnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling Teruja Bintangi Filem Seram Indonesia ‘Lembayung’- “Saya Tidak Kisah Nampak Cantik Atau Tidak…”

Seterusnya, Anna mengungkapkan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan oleh industri perfileman Indonesia.
Selain, dia turut merakamkan penghargaan kepada aktor dan pengarah Baim Wong yang banyak membantunya dalam perjalanan ini.
“Saya anggap ini peluang besar untuk kembangkan bakat dan karier di negara itu. Baim bukan sahaja seorang pengarah berbakat tetapi juga mentor yang banyak membantu saya.
“Saya berterima kasih kepadanya kerana membuka peluang untuk terlibat dalam projek besar ini, yang telah membuka pintu rezeki saya di Indonesia.
“Saya akan terus bekerja keras untuk mencapai kejayaan lebih besar, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia,” tuturnya lagi.
Lembayung merupakan filem seram arahan Baim Wong yang dibintangi Anna, Taskya Namya, Yasamin Jasem, Arya Saloka, Daffa Wardhana, Mario Maulana dan Oka Antara.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo!
∞
Anugerah Emmy’s kembali lagi untuk tahun ini dan pelakon muda Hollywood tak mengecewakan kami.
Karpet merah bertukar warna menjadi keemasan untuk anugerah Emmy’s pagi tadi.
Bagaimanapun, ia masih kekal stylish dengan kehadiran selebriti televisyen Hollywood. Ini adalah 8 orang pelakon remaja pilihan kami!
01
Marsai Martin

Pelakon siri Black-ish berusia 14 tahun ini nampak comel di dalam dress Viktor & Rolf Soir Resort. Trend skirt tutu memang hangat untuk tahun 2018, cubalah!
02
Millie Bobby Brown

Sekali lagi, bintang Stranger Things ini memilih Calvin Klein (berwarna merah jambu cair) untuk acara karpet merah. Kali terakhir Millie memakai Calvin Klein adalah semasa acara SAGS Awards pada awal tahun ini.
03
Gaten News

How bold! Ada di antara korang yang berani memakai blazer kuning seperti sut Dolce and Gabbana kuning ini. Gaten kemudian memadankannya dengan custom made sneakers daripada Converse.
04
Madelaine Petsch

Madelaine yang memegang watak Cheryl Blossom di dalam siri Riverdale memilih gaun strapless daripada Prada. Simple tetapi menonjol, mungkin disebabkan warna hijau pada bahagian bustier.
05
Letitia Wright

Pelakon Black Panther ini tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk siri Netflix, Black Mirror. Letitia menyarung dress custom daripada Pamella Roland dan kasut tinggi Nicholas Kirkwood.
06
Noah Schnapp

Trend logo Fendi masih diminati ramai, seperti yang disarung oleh pelakon Stranger Things ini.
07
Yara Shahidi

Yayy, Gucci did it right this time! Yara kelihatan cantik dan age-appropriate dalam persalinan dress Gucci. Kami juga sukakan dandanan ringkas pada rambut dan solekannya kerana tumpuan terarah kepada bahagian tengah dress.
08
Caleb Mclaughlin

Okay, mungkin selebriti lelaki lain boleh menjadi lebih berani seperti pelakon Stranger Things, Caleb dalam persalinan all white Louis Vuitton.
Honorary Mention
Tracie Ellis Ross

Okay all hail the queen! Ramai yang boleh belajar daripada stail karpet merah oleh pelakon Black-ish, Tracee Ellis Ross. Dress couture daripada Valentino ini memang mencuri tumpuan semua orang, dan Tracee juga bijak menggayakannya.
∞