
Kalau di dalam kampus pun boleh sakit perut, tak tahulah nak percaya makanan dari mana lagi..
Menurut laporan lewat petang semalam, seramai 110 penuntut sebuah kolej universiti di Bandar Seri Putra, Kajang telah mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah, justeru disyaki akibat keracunan makanan.
Rakan media di Astro AWANI melaporkan 90 orang penuntut wanita dan 20 orang lelaki itu merupakan pelajar yang sedang mengikuti program orientasi bagi kemasukan peringkat diploma dan ijazah.
Selepas solat Maghrib semalam, kebanyakan daripada mereka mula mengadu sakit perut dan muntah lalu menyebabkan pengurusan kolej terpaksa membawa mereka semua ke Hospital Serdang kira-kira pada jam 8.30 malam.

Pegawai di kolej universiti tersebut juga memberitahu bahawa para pelajar itu diberikan makan malam berupa nasi putih, ayam masak kurma dan sayur di dewan makan bermula jam 3 petang hingga 7 malam. Terlebih dahulu, mereka diberikan makanan tengah hari dengan lauk ayam masak kicap.
Hanya selepas solat maghrib, mereka mula diserang tanda-tanda keracunan makanan.
“Sepanjang seminggu orientasi ini berlangsung, pihak pengurusan mengambil tempahan penyediaan makanan daripada katering di luar kampus,” katanya lagi.
Salah seorang mangsa pelajar yang dikenali sebagai Mohd Aqil Adnan, 19, berkata seorang demi seorang muntah tanpa henti. Dia sendiri muntah sehingga 7 kali sebelum dibawa ke Hospital Serdang.
Tambah seorang lagi pelajar, Muhammad Iman Marzuki, mereka terpaksa beratur panjang ketika berebut menggunakan tandas akibat cirit-birit.

Hhm, bersabarlah korang.
REMAJA harap agar kes ini disiasat secepat mungkin kerana 110 bukanlah jumlah mangsa yang sedikit. Dan get well soon buat semua pelajar!

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terjumpa Tulisan Jelik & Menghina Di Media Sosial! Senyap-Senyap Report SKMM, Denda RM50K Tunggu Tukang Tulis

Media sosial hari ini boleh menjadi berfaedah dan bermanfaat jika maklumat dikongsikan mampu menaikkan nilai positif kepada pembacanya. Namun media sosial juga menjadi adakalanya menjadi medan untuk individu menyuarakan kemarahannya terhadap individu lain dengan niat sengaja ingin memalukan individu tersebut.
Banyak yang kita baca penulisan berbaur menghina, mengejek dan lain-lain hal negetif dicatatkan di media sosial seperti facebook, twitter, Instagram dan lain lagi. Mungkin ramai belum sedar, kesan dan akibat sesuatu penulisan terutama yang bersifat jelik dan menghina.
Bagi yang belum tahu, peguam terkenal Nor Zabetha dari Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co berkongsi maklumat apa yang boleh kita lakukan jika menjumpai tulisan-tulisan bersifat mengejek dan menghina orang lain yang boleh kita report terus Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi kes-kes begini.

Bacalah perkongsian beliau mengenai hal ini.
Sekiranya ada status-status yang jelik, menghina, palsu dengan niat menyakitkan hati atau menggangu orang lain. Ini kaedah yang perlu anda lakukan. Ini termasuklah tulisan yang menghina agama, bangsa, profesion atau golongan tertentu.
Sepanjang PKP, ini kita ada terbaca tulisan-tulisan tidak enak, misalnya yang memarahi polis, tentera, atau frontliners.
Tulisan-tulisan begini, tidak dinyatakan secara spesifik siapa orang yang dituduh tetapi kepada kumpulan tertentu. Persoalannya adalah kumpulan polis, tentera, frontliners atau kumpulan profesion ini menyaman fitnah kerana penyataan fitnah penulis?
Semalam ada menerima mesej berkenaan tulisan seorang wanita di Facebook, kata-katanya pada permulaan tulisan memang berlapik. Dia memuji kerajaan dan segala usaha yang dilakukan. Kemudian dia mula menyerang golongan guru, pensyarah dan pendidik. Katanya makan gaji buta tanpa bekerja.
Akibatnya diruang komen berlaku perselisihan faham. Orang jadi marah. Bagi yang menyokong kata-kata wanita ini percaya dan mengecam golongan pendidik. Bagi yang tidak menyokong, berdebat dan tidak bersetuju. Sekaligus tulisan serupa ini, mendatangkan salah faham, marah atau kebencian.
Pendapat saya dalam waktu begini, kalau tulisan yang mengajak ke arah salah faham, kemarahan, kebencian. Janganlah ditulis, kerana anda tidak dapat mengawal komen awam. Anda juga tidak boleh mengawal apabila status tersebut mula dikongsikan. Sehinggakan orang jadi marah, jadi punca fitnah, hati jadi tidak tenang.
Elemen untuk saman fitnah kepada kumpulan tentera, kumpulan cikgu, kumpulan polis agak sukar untuk dibuktikan kerana penyataan yang terlalu general atau am. Kalau dibawa ke mahkamah buktinya tidak ‘sharp’. Jadi sekiranya kumpulan guru atau polis hendak menyaman fitnah agak sukar. Melainkan jika dinyatakan secara spesifik.
Misalnya, penyataan fitnah ditujukan terhadap sekumpulan yang spesifik dan kita tahu penulis sedang merujuk kepada siapa. Contoh tulisan apabila dia merujuk polis yang bertugas di kawasan Kota Damansara, pada jam 1.00 petang, 10/4/2020 di jalan sekian dan sekian telah memukul orang sehingga cedera parah.
Sebenarnya tidak berlaku pun kejadian pukul. Ini fitnah dan kita tahu dia sedang merujuk kepada polis yang mana? Jadi kumpulan polis yang spesifik ini boleh menyaman fitnah. Jika kenyataan terlalu am misalnya “Pasukan RELA suka curi tulang” ini memang sukar untuk disaman. Tidak spesifik.
Tetapi tidak bermakna penulis boleh terlepas bebas. Jika pengadu menggunakan cara yang betul dan membuat aduan. Penulis atau pembuat kenyataan boleh dihukum denda atau penjara.
Misalnya Azwan Ali yang membuat kenyataan menghina petugas hospital, dia mengaku salah dan didenda RM17,000.00. Manakala Nursahira, 20, yang menulis perkara jelik terhadap polis. Dia dihukum denda RM10,000 dan penjara 3 bulan, kerana tidak mampu membayar denda, dia dipenjara selama 5 bulan.
Kedua-dua ini bersalah dibawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik.
Seksyen ini memperuntukkan sesiapa yang menulis apa-apa status atau komen yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik DENGAN NIAT UNTUK menyakitkan hati, MENGANIAYAI, mengugut atau MENGGANGGU ORANG LAIN, adalah bersalah. Ini antara elemennya dalam konteks tulisan saya ini.
Sekiranya disabitkan kesalahan bermaksud terbuktilah tulisan itu jelik dengan niat untuk menganiaya atau mengganggu golongan ini akan didenda maksimum RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Jadi selepas ini, sekiranya anda terbaca apa-apa sahaja status berbentuk menghina tidak kiralah, agama, bangsa, golongan lain, apa sahaja yang menyakitkan hati atau bertujuan untuk menganiaya orang lain dan tulisan penulis adalah berbentuk lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik, Anda boleh membuat aduan seperti berikut:-
Cara 1: Pergi ke laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan tekan aduan baru;
Cara 2: Pilih jenis perkhidmatan, misalnya aduan media sosial atau lain-lain dalam senarai;
Cara 3: Pilih jenis Kategori, misalnya isi kandungan Facebook atau lain-lain dalam senarai;
Cara 4: Pilih jenis subkategori misalnya palsu atau misleading atau lain-lain dalam senarai;
Cara 5: Isikan butiran anda sebagai pengadu kerana untuk memastikan ada pengadu wujud. Ingat jangan buat aduan palsu untuk mengenakan orang lain, anda berisiko menghadapi kesannya;
Cara 6: Isikan maklumat aduan seperti apa isi kandungannya, kenapa dikatakan misleading;
Cara 7: Jangan lupa screenshot segala penulisannya dan lampirkan. Kemudian tekan hantar aduan. Aduan diterima, Langkah-langkah perlu akan diambil misalnya siasatan;
Cara 8: Semak aduan sekiranya tiada maklum balas.
Mungkin proses ini akan mengambil masa tetapi sekurang-kurangnya kita telah menjalankan tanggungjawab terutama dalam kes menghina agama atau sesuatu kaum sehingga menyebabkan perbalahan.
Kalau satu tulisan itu diadukan secara beramai-ramai pasti akan ada tindakan segera oleh Suruhjaya Komunikasi untuk menyabitkan pelaku dibawah Seksyen 233 (1) ini. Denda maksimum RM50,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali.
Oleh: Nor Zabetha
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Tahu Tak Betapa Tabah Kuatnya Dia…,” – Lelaki Ini Puji Zarina Zainuddin Besarkan Dua Anak Kembar Yang Ada Autisme

Pelakon, Zarina Zainuddin merupakan salah seorang selebriti yang sentiasa berkongsi kepada umum mengenai sakit autisme ini. Boleh dikatakan dia banyak menyumbang kepada pemahaman netizen terhadap sakit yang satu itu.
Bagaimanapun, tatkala dia bersusah-payah ingin membuka mata ramai ada juga yang melahirkan rasa kurang senang terhadap usahanya itu malah meninggalkan komen menegur kepada pelakon itu.
Susulan itu, seorang individu di laman Twitter yang dikenali sebagai Muhammad Faris Nazrin meluahkan rasa kesalnya terhadap perkata itu. Dia membuat bebenang khas untuk memuji dan menyatakan kekagumannya terhadap kecekalan Zarina menjaga dua anak kembar autismenya itu.
“Aku anti gila dgnn netizen yang kecam Zarina Zainuddin. Kata diorang, sempat pula dia rekod Azal Azil masa diorg tengah tantrum. Nak cari populariti kononnya. Serious la? Kau tau tak betapa tabah kuatnya dia nak cari fon untuk rekod sebab nak educate orang-orang jahil pasal #autism?
“Tengok betul-betul insta dia. Apa yg dia selalu post? Memang anak-anak dia and bisnes pulut je kan? Kau ada ke nampak dia letak no akaun suruh bagi donation ke, mintak share ke, atau suruh like ke?
“No! Kadang-kadang dia tak sempat makeup pun untuk video-video tu. Punya gigih dia nak educate org pastu kena kecam.
“We dont know how challenging it is to raise an autistic son. Lebih- lebih lagi TWINS. Kita takde pengalaman pun. She just wants to share and give awareness. Apa yg kita dapat kalau kita kecam? She has been thru alot. Knpa nak tambah challenges dia lagi? Omg Malaysians, GROW THE HELL UP!
“Aku yg mentally ill pun tak faham keadaan Kak Zarina cemana. All I can give is support and love. I can’t do more than that. Kita tolg Kak Za spread #AutismAwareness. But i can relate sakitnya kecaman netizen bila kita dihina sebab ada #mentalillness #schizophrenia #depression.
“She spreads #autismawareness bukan sebab nak popular. Sebab nak tolong mak ayah @ siblings yang ada anak-anak autistik. She doesn’t gain anything pun kalau she wants populariti. But she gains a lottttt of pahala sbb nak bantu org lain. Kita dpt apa dari kecam? Dosa dpt, penat pun dpt. Sia-sia,” tulisnya.

Untuk pengetahuan, Zarina mempunyai dua orang anak kembar yang mempunyai autisme iaitu Muhammad Raizal Azrai atau Azal dan Muhammad Razil Azrai yang dipanggil Azil.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Texas Dilanda Ribut Salji, Pengguna Twitter Kongsi Kesejukannya Hingga Jadi Beku

Mungkin ada di antara masyarakat Malaysia yang gemar bermain salji dan jika melancong ke luar negara, mereka akan berkunjung ketika musim sejuk. Disebabkan negara kita tidak bersalji, maka tidak hairanlah mengapa kita begitu gemarkan suasana sejuk itu.
Namun begitu, kebanyakan masyarakat luar negara yang mengalami musim sejuk, mereka tidak berapa suka dengan kehadiran musim sejuk, khususnya bila dihujani salji. Ini kerana cuaca menjadi lebih sejuk dan ia juga agak menyusahkan jika mahu keluar rumah kerana terpaksa membersihkan gumpulan salji terlebih dahulu.
Di Texas, Amerika Syarikat kini mengalami ribut salji sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang selain jutaan terputus bekalan elektrik (Berita Harian).

Cuaca luar biasa yang melanda di sebahagian besar AS itu juga turut menyebabkan kesejukan melampau selain mencetuskan puting beliung di tenggara negara terbabit.
Dek kerana terlampau sejuk, ia menyebabkan barangan dan persekitaran di sekeliling pun menjadi beku. Berikut merupakan perkongsian yang telah dibuat oleh pengguna
Twitter dengan menunjukkan keadaan betapa sejuknya Texas sekarang.
1. Highway dipenuhi salji
Don’t walk on the highway. It is too dangerous. Drivers could lose control and hit you. #ATXtraffic #txdotwx pic.twitter.com/3XDSWCd0XM
— TxDOT Austin (@TxDOTAustin) February 16, 2021
This was Houston, Texas on February 15, 2021. Unreal. pic.twitter.com/QOSDIMikVI
— Daniel Gotera (@DTGoteraKHOU) February 17, 2021
2. Kipas angin beku
This is how cold it is at my Apartment.
As a Texan, yes, I’m certainly not built for this. I don’t even care. pic.twitter.com/FMt8imglJp
— 𝐓𝐇𝐎𝐌𝐀𝐒 𝐁𝐋𝐀𝐂𝐊 ☩ (@ThomasBlackGG) February 16, 2021
3. Air pili pun jadi beku
Stay safe y’all
Frozen faucet at my rental 😧😬❄️ #drip #frozenpipes #houwx #houstonfreeze #houstonpoweroutage #houstonweather pic.twitter.com/mIygHVrfu5— mb (@michaelbrom) February 17, 2021
4. Pools bertukar menjadi gelanggang luncur ais
My sister’s pool in Dallas is completely frozen over! pic.twitter.com/PEsZJQxSHB
— liberalpropaganda (@CRTCHP) February 17, 2021
5. Air dalam toilet bowl pun beku
Y’all ever seen frozen toilet water pic.twitter.com/WypZBjnMMK
— Ms. Young Professional (@MsYoungProfess) February 16, 2021
hey from me and my LITERAL FROZEN TOILET pic.twitter.com/gvu5hHjYG3
— molls! DM IF UNF (@gldencherry_) February 15, 2021
6. Akuarium pun beku juga
@ray.k13😱😱😱 literally in shock! wow. ##texaswinter ##texas ##snowstorm2021 ##twomoms ##ohno♬ Oh No – Kreepa
7. Taman permainan yang dipenuhi ais
Sympathies from Houston. It’s terrible here pic.twitter.com/JKY1jn6BIg
— 🌸Beau (@PastureSociety) February 16, 2021
8. Boleh berdiri atas swimming pool dah. Hehe!
please appreciate this photo of my dad standing on top of our frozen pool in dallas, measuring the thickness of the ice with a tape measure 😂 #DallasWeather #dfw pic.twitter.com/DanZ9fpRjc
— diana✨ (@xdianarose) February 17, 2021
9. Pantai pun dituruni salji
Oh, you know just your normal snow on the beach in Galveston, Texas. pic.twitter.com/wm9z8gZ1po
— Kevin Lighty – WCIA 3 Chief Meteorologist (@KevinLighty) February 15, 2021
10. Kaktus beku
A poor cactus in Texas today. https://t.co/BKIetSJebI pic.twitter.com/O28IN5YKWO
— Jodi (@jodotcom) February 15, 2021
Dah macam dalam filem Frozen pula. Tak dapat bayangkan betapa sejuknya tempat mereka sekarang. Rasanya masyarakat Malaysia tak tahan kalau sejuk macam ni. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

