Kita biasa mendengar insiden di luar negara di mana pelajar menembak secara rambang di sekolah mahupun universiti akibat tekanan.

Dalam beberapa insiden yang pernah menggemparkan dunia, kebanyakan alasan pelajar yang menyerang menggunakan senjata api dan menembak ke arah rakan-rakan kerana kemurungan dan kes buli.

Dalam banyak kes dilaporkan ada pelajar dan guru maut kerana tembakan dilepaskan secara rambang sebelum penyerang ditembak mati atau ditangkap oleh pihak berkuasa yang dihubungi.

Berlainan dengan insiden sebelum ini, ternyata kuasa pelukan dan kasih sayang seorang guru, Keanon Lowe berjaya melembutkan hati seorang pelajar, Angel Granadoz-Diaz dari melepaskan tembakan meskipun di tangannya terdapat pump gun selain sepucuk pistol.

“Kuasa Pelukan Guru”, Selamatkan Pelajar Mengamuk Di Sekolah Bawa Pump Gun

Dilihat sebagai hero dalam kejadian yang menerima pujian dunia ini yang berlaku di Parkrose High School, Oregon dilihat Lowe yang juga seorang jurulatih bolasepak bertindak memeluk Granadoz sambil menyuruh pelajar itu melepaskan pump gun tanpa melepaskan pelukan terhadap pelajar terbabit.

IKLAN

Meskipun pelajar itu dilihat cuba melawan tapi ternyata dengan kasih sayang dan pelukan mampu meredakan kemarahan hatinya sebelum pump gun di tangannya diambil oleh guru lain. Sebelum pump gun itu diambil, sepucuk pistol turut terjatuh. Dalam video tersebut, jelas kelihatan Lowe langsung tidak melepaskan pelukan sehingga keadaan benar-benar reda.

“Kuasa Pelukan Guru”, Selamatkan Pelajar Mengamuk Di Sekolah Bawa Pump Gun

Pihak polis yang tiba tidak lama kemudian menahan pelajar terbabit.

IKLAN

Dalam satu kenyataannya, Lowe berkata, semasa kejadian getir itu, dia nekad bertindak.

“Saya lihat mukanya. Saya pandang tepat ke dalam matanya. Masa yang sama saya melihat pump gun di tangannya. Ia senapang yang betul dan bukan mainan. Saat itu saya tahu, saya harus bertindak dengan betul menurut naluri saya,” katanya selepas insiden berlaku.

IKLAN

Malah pihak polis turut menyifatkan tindakan Lowe sebagai berani.

“Ia juga satu momen yang cukup baik. Lowe melakukan tugas dengan sangat baik dan berjaya menyelamatkan nyawa orang lain dan keselamatan pelajar itu sendiri,” kata Sarjan Brad Yakots dari Portland Police.

Hebatkan kuasa pelukan dan kata-kata yang lembut, mampu meredakan hati orang yang marah dan apa yang pasti mampu menyelamatkan dari orang lain menjadi mangsa tembakan.
Sumber : New York Post

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI