Jika korang tergolong di kalangan mereka yang sedang berusaha mengurangkan berat badan, mungkin boleh ambil rujukan daripda selebriti popular ini.
Ketika memilih untuk berdiet, korang sebenarnya harus makan lebih kerap namun dalam kuantiti yang sedikit. Kekerapan ini bagi membolehkan perut sentiasa kenyang dan korang juga tidak perlu menahan lapar seperti 10 selebriti ini. Mereka mempunyai cara tersendiri untuk menjamu selera ‘tanpa rasa bersalah’ untuk mengekalkan badan yang kurus.
1. Hilary Duff
Foto Via deviantart.com/devilfish89/art/Hilary-Duff-2022-
Hilary Duff sentiasa mengekalkan kesihatan tubuh badan dengan menjaga pengambilan makanan. Tetapi itu tidak bermakna ibu kepada dua orang anak ini tidak gemar makan kudapan. Snek untuk diet yang sering dia makan ialah buah tembikai dengan taburan serbuk cili dan limau nipis.
2. Selena Gomez
Foto Via www.fitnesstipblog.com/
Untuk snek yang sihat, Selena Gomez lebih suka sesuatu yang ringkas. Selalunya bila rasa lapar, pelanton lagu “Love You like a Love Song” ini akan makan jeruk. Ada kalanya penyanyi berusia 29 tahun itu turut menjamah Cheetos dan coklat.
3. Jessica Alba
Foto Via gettotext.com
Bintang siri ‘Dark Angel’ ini gemar mengambil timun, brokoli dan lobak merah yang dicelup dalam hummus. Dia juga suka makan popcorn ketika lapar.
Ads
4. Jennifer Aniston
Foto Via www.healthline.com(AngelaWeiss/AFP/Getty Images)
Jennifer Aniston popular dengan diet makanan yang kaya dengan nutrien. Salah satu perkara yang membuatkan dia awet muda dan sentiasa langsing adalah snek ringan yang sihat. Makanan ringan untuk diet yang digemari bintang ‘Friends’ ialah telur rebus, anggur sejuk beku dan ayam cincang.
5. Emma Stone
Foto Via Variety
Snek kegemaran Emma Stone ialah kentang goreng Perancis. Walaupun bukan pilihan yang sihat, tetapi bintang filem ‘La La Land’ itu mengimbanginya dengan memakan lebih banyak sayur-sayuran.
6. Carrie Underwood
Ads
Carrie Underwood sentiasa menyimpan snek makanan ringan di dalam beg untuk dimakan di mana-mana sahaja. Kerana apabila gula dalam darahnya rendah, dia sukar untuk berfikir. Snek istimewa penyanyi country itu ialah mufin dengan mentega kacang, popcorn, salad dan bijirin.
7. Emilia Clarke
Bintang ‘Game of Thrones’ mengambil makanan berprotein tinggi untuk mengekalkan berat badan yang ideal. Makanan ringan kegemarannya ialah ayam atau udang dengan sayur-sayuran yang dicampur dengan badam dan avocado.
Jennifer Lopez sentiasa membawa buah-buahan dan sayur-sayuran untuk dimakan apabila dia berasa lapar di antara waktu makan.
9. Beyonce Knowles
Makanan ringan untuk diet pilihan Beyonce Knowles ialah sayur-sayuran dan makanan rendah karbohidrat. Sesekali dia juga menjamah popcorn.
10. Kourtney Kardashian
Kourtney Kardashian hanya makan makanan organik dan bebas gluten, termasuk makanan ringan. Untuk mengatasi rasa lapar di antara waktu makan, dia memilih snek berprotein tinggi seperti telur rebus dan keju. Dia juga gemar meminum smoothie hijau yang terdiri daripada campuran sayur-sayuran berdaun hijau, susu badam, pisang beku, setengah keping badam, avokado, biji chia dan serbuk kolagen.
Sedapkan semua ini? Selamat Menjamu Selera!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkhabaran menyedihkan diterima daripada kem Big Hit Entertainment pada hari ini apabila tiga daripada tujuh orang ahli kumpulan sensasi K-pop, BTS telah disahkan positif COVID-19.
Dalam kenyataan yang dimuatnaik ke platform komuniti peminat global BTS ‘Weverse’, tiga ahli tersebut terdiri daripada Suga, Jin dan RM.
RM, Jin & Suga daripada kumpulan BTS.
Difahamkan, BTS baru sahaja pulang ke Korea Selatan dari Amerika Syarikat setelah menjayakan persembahan di sana; yang pertama seakannya untuk mereka sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada Mac, tahun lalu.
Terdahulu, kesemua ahli BTS telah menerima vaksinasi COVID-19 lengkap sebanyak dua dos.
Ahli terawal yang dikesan positif ialah Suga. Ia setelah penyanyi itu melalui ujian PCR sebaik saja menjejakkan kaki di Korea pada hari Khamis. Hasil ujian pada hari Jumaat mendapati dirinya positif dan terus diminta menjalani proses kuarantin.
Mereka bernasib baik kerana Suga tidak mempunyai kontak rapat dengan ahli lain sewaktu pulang.
Berbeza dengan dua lagi ahli BTS iaitu RM dan Jin; mereka pada awalnya menerima keputusan negatif. Namun menerusi ujian PCR yang dilakukan semula pada hari berikutnya, keputusan awal itu ternyata merupakan ‘false negative’ apabila masing-masing disahkan positif.
RM dimaklumkan tidak mempunyai sebarang simptom manakala Jin pula mengalami demam ringan.
Setakat hari ini, tiga orang ahli itu masih menjalani proses kuarantin di rumah mengikut panduan kesihatan; manakala empat orang ahli BTS yang lain telah diberikan tempoh berehat setelah mereka menamatkan acara ‘BTS Permission to Dance on Stage – LA’ dan ‘2021 Jingle Ball Tour’.
Nampak gayanya, mereka terpaksalah menyambut perayaan Hari Natal pada hujung minggu lalu di rumah sahaja.
REMAJA difahamkan bahawa kumpulan BTS berkemungkinan dijadualkan untuk muncul di acara Golden Disk Awards 2022 yang bakal menemui penonton, awal Januari ini. Diharap kesemua ahli BTS akan segera pulih dan dapat berkumpul semula bagi acara tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon sensasi, Ruhainies tampil dengan sebuah perkongsian nota pendek di entri Instagram miliknya, secara tidak langsung telah mencuri perhatian netizen.
Pelakon drama hit Cukup Derita Itu memuat naik di Instagram Notes dengan coretan ‘the truth will prevail’.
Jika diterjemahkan, nota tersebut membawa maksud; ‘kebenaran pasti akan menang’.
Selain itu, adik kepada pelakon Risteena Munim itu turut menggunakan lagu berjudul Stolen yang dipopularkan oleh penyanyi antarabangsa, Jay Sean sebagai muzik latar.
Bagaimanapun, maksud sebenar yang ingin disampaikan dan kepada pihak mana yang ingin ditujukan tidak diketahui.
Pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan Wilayah (Jawi) di sebuah kondominium mewah di ibu negara.
Rentetan kejadian tersebut, isteri kepada Aliff yang juga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap suaminya secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac, namun aktor itu enggan menceraikannya.
Tidak terhenti di situ, polemik antara mereka bertambah rumit apabila tiba-tiba muncul seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine yang mengaku kekasih Aliff dan mendakwa sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bintang K-Pop, V BTS baru-baru ini kembali mencuri perhatian peminat apabila akaun Instagram rasminya berjaya melepasi angka 75 juta pengikut. Jumlah itu sekaligus menjadikan beliau selebriti lelaki Korea pertama yang mencapai pencapaian berkenaan.
Menerusi sebuah perkongsian di media sosial, V atau nama sebenarnya Kim Taehyung (31), juga dilaporkan kini memiliki jumlah pengikut kedua tertinggi dalam kalangan bintang pop lelaki dunia, hanya di belakang Justin Bieber.
Difahamkan, sejak membuka akaun Instagram peribadinya bersama anggota BTS yang lain pada Disember 2021, pertumbuhan jumlah pengikut V berlaku pada kadar yang cukup pantas. Beliau hanya mengambil masa 43 minit untuk meraih sejuta pengikut sebelum angka itu meningkat kepada 10 juta dalam tempoh kurang lima jam.
Kepantasan tersebut melayakkan V menerima pengiktirafan daripada Guinness World Records menerusi rekod terpantas mencapai satu juta dan 10 juta pengikut di Instagram. Sehingga kini, rekod berkenaan masih belum berjaya diatasi.
Selain jumlah pengikut yang tinggi, beberapa perkongsian di akaun Instagram miliknya turut mencatatkan sambutan luar biasa. Antaranya ialah foto anjing peliharaannya, Yeontan, yang dimuat naik pada Disember 2021 dan kini telah mengumpul lebih 20.8 juta tanda suka.
Dalam perkembangan sama, sebuah laporan platform analisis media sosial HypeAuditor juga meletakkan V di kedudukan kedua individu paling berpengaruh di Instagram selepas pemain bola sepak Cristiano Ronaldo.
Malah, pelantun lagu ‘Love Me Again’ dan ‘Slow Dancing’ itu turut menduduki tangga teratas bagi kategori muzik, sekaligus mengatasi ramai artis antarabangsa lain dari segi pengaruh di platform berkenaan.
Kejayaan tersebut memperlihatkan pengaruh V yang terus berkembang bukan sahaja dalam industri muzik, malah di media sosial pada peringkat global. Dengan sokongan jutaan peminat di seluruh dunia, beliau kekal sebagai antara figura K-Pop paling berpengaruh pada masa ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!