Terbaru, pengaruh bintang terkenal, V BTS, terus melangkaui dunia muzik apabila peminatnya sekali lagi membuktikan sokongan mereka melalui inisiatif kebajikan yang bermakna. Apabila berjaya mengumpul dana sebanyak USD 20,000 (RM 81,160) bagi memasang bangku khas yang dinamakan sebagai ‘V Bench’ di Central Park, New York.
Difahamkan, inisiatif tersebut diadakan bersempena sambutan hari jadi V atau pemilik nama sebenar Kim Taehyung (30) yang bakal disambut pada 30 Disember ini. Hal ini turut mencatat sejarah peribadi buat penyanyi itu kerana merupakan sambutan hari jadinya yang pertama selepas tamat latihan khidmat tentera, sekaligus menjadikan projek ini lebih signifikan buat para peminat.
Dalam pada itu, projek kebajikan ini digerakkan oleh THV Girls & Boys Give iaitu sebuah organisasi amal yang diasaskan oleh peminat V di Amerika Syarikat dan kumpulan ini sememangnya dikenali aktif menyokong pelbagai inisiatif kebajikan sebagai tanda penghargaan terhadap nilai positif yang sering dibawa oleh pelantun lagu ‘Slow Dancing’ dan ‘Love Me Again’ itu.
Ads
Lebih menarik lagi, Central Park yang terletak di Manhattan merupakan antara mercu tanda paling ikonik di bandar New York dan menerima kira-kira 25 juta pengunjung setiap tahun. Bangku khas tersebut ditempatkan berhampiran tasik buatan berdekatan Davis Center, sebuah fasiliti baru yang siap dibangunkan pada Mei lalu, sekaligus menawarkan suasana yang tenang serta pemandangan indah kepada pengunjung.
“Di tengah-tengah kota New York, Central Park kini mempunyai sebuah bangku yang didedikasikan khas untuk Kim Tae Hyung. Ia merupakan sebuah ruang yang tenang di mana para peminat dan pengunjung dapat merasai kehadirannya yang kekal, saling berhubung serta mengimbau kembali kenangan yang dikongsi bersama,” tulisnya.
Ads
Di samping itu, pemasangan ‘V Bench’ ini dilaksanakan menerusi program Adopt-A-Bench yang diperkenalkan oleh Central Park. Program tersebut memberi peluang kepada individu, keluarga atau organisasi untuk menderma dan meletakkan plak peribadi pada bangku terpilih di taman berkenaan, dengan segala sumbangan diuruskan oleh Central Park Conservancy.
Ads
Plak yang diukir secara khas ini hanya akan dipasang pada bangku yang tersedia dan akan dipelihara secara kekal dalam kawasan Central Park. Menurut pihak Central Park Conservancy, penyertaan dalam program ini turut membantu penyelenggaraan lebih 10,000 buah bangku di taman tersebut.
Sementara itu, inisiatif ini sekali lagi mencerminkan bagaimana pengaruh seorang selebriti mampu menggerakkan peminat untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan legasi positif. Bagi peminat BTS khususnya ARMY, ‘V Bench’ bukan sekadar simbol penghargaan, tetapi juga ruang refleksi yang menghubungkan seni, kenangan dan nilai kemanusiaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagu ‘Aku Tanpa CintaMu’ antara salah satu lagu nasyid favourite penulis ketika belajar dulu okay!
Lagu ini juga yang membawa tuah kepada kumpulan nasyid Mirwana dan Jay Jay apabila diangkat sebagai Lagu Nasyid Pilihan Anugerah Era 2005. Alunan iramanya yang merdu, di samping bait-bait liriknya yang menangkap jiwa berjaya meletakkan Mirwana sebagai antara kumpulan nasyid paling popular ketika itu.
Mirwana merupakan kumpulan nasyid legend tanah air yang banyak menghasilkan lagu-lagu cinta terhadap Yang Maha Esa. Untuk korang yang tak tahu, Faizal Tahir merupakan salah seorang anggota asal Mirwana dan keluar dari kumpulan itu pada tahun 2005.
Mungkin untuk mengubat rindu peminat, Faizal Tahir dan enam lagi anggota Nirwana termasuk tiga ahli baharu memberi bayangan seolah-olah akan mengeluarkan lagu Aku Tanpa CintaMu versi tahun 2021.
Menerusi kemaskini di Facebook Mirwana, mereka memuatnaik satu gambar yang memperlihatkan Faizal Tahir, Along, Akmal, Hafiz, Ikram, Naim dan Faiz dengan tajuk lagu tersebut.
Tanpa sebarang caption, tidak dapat dipastikan bila lagu tersebut akan diperdengarkan kepada umum dan maklumat lebih lanjut mengenai kolaborasi itu tidak didedahkan.
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di posting ini meluahkan rasa teruja dengan ‘reunion’ tersebut dan tidak sabar untuk mendengar lagu Aku Tanpa CintaMu versi 2021.
Ulang-ulang dengar lagu ni pun tak bosan. Semoga lagu Aku Tanpa Cintamu 2021 ini mengubat kerinduan para peminat kumpulan Mirwana dan semoga Ramadan ini memberi makna terhadap seluruh umat Islam. Aminn.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick, tampil berkongsi pandangannya mengenai persepsi masyarakat terhadap penampilan seseorang apabila secara terbuka mengakui dirinya sering dilabel sebagai ‘rempit’.
Menurut Janna, latar belakang keluarga dan persekitaran tempat seseorang membesar memainkan peranan besar dalam membentuk keperibadian mereka hari ini.
Menerusi satu perkongsian di platform Threads, pemilik nama penuh Nurul Jannah Muner itu berkata dia tidak melihat gelaran tersebut sebagai sesuatu yang negatif, sebaliknya menganggap ia sebahagian daripada perjalanan hidup yang membentuk dirinya.
“Saya terbaca satu hantaran tentang perempuan cantik ‘classy’ dan cantik ‘rempit’. Saya ini rempit, bukanlah minah rempit pergi berlumba malam-malam, tetapi sebab saya membesar di kampung.
“Umur 11 tahun saya sudah bawa motosikal. Pergi sekolah pun bawa motosikal sendiri bertahun-tahun. Saya juga pernah membesar di kawasan flat.
“Jadi memang tidak boleh lari daripada nampak ‘rempit’,” katanya.
Dalam pada itu, Janna turut menegaskan bahawa tidak semua individu berpeluang membesar dalam suasana serba mewah atau dianggap berkelas, sekali gus menolak stereotaip yang sering dikaitkan dengan penampilan luaran.
Jelasnya, sifat ‘classy’ bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana ia banyak dipengaruhi oleh pengalaman hidup dan latar belakang seseorang.
“Saya cuma mahu cakap, bukan semua orang bernasib baik membesar dalam persekitaran ‘classy’.
“Dan ‘classy’ itu tidak boleh dibuat-buat. Kalau ‘rempit’ itu, rempit sahaja,” ujarnya lagi.
Perkongsian Janna itu hadir susulan perbincangan hangat dalam Threads mengenai kecenderungan sesetengah pihak mengkategorikan wanita berdasarkan penampilan sama ada ‘classy’ atau ‘rempit’.
Topik tersebut kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai yang berkongsi pandangan masing-masing mengenai persepsi masyarakat terhadap imej dan personaliti seseorang.
Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pihak yang berpendapat bahawa label sebegitu tidak seharusnya dijadikan ukuran mutlak dalam menilai nilai seseorang individu, sebaliknya lebih menggambarkan persepsi dan tanggapan masyarakat semata-mata.
Hakikatnya, setiap individu mempunyai latar belakang dan perjalanan hidup yang berbeza, dan ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk meletakkan seseorang dalam kategori tertentu hanya berdasarkan penampilan luaran.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siri drama Korea popular, The Penthouse 3 yang mempunyai 12 episod khabarnya bakal menambah satu lagi episod menjadikannya 13 episod secara keseluruhan.
Baru-baru ini, OSEN melaporkan bahawa tenaga produksi dan pelakon utama siri tersebut sedang dalam perbincangan kemungkinan akan menambah lagi satu episode tambahan. Para pelakon sebelum ini telah menandatangani kontrak untuk membintangi 12 episod ‘The Penthouse 3’.
Sumber daripada pihak penyiaran memberitahu OSEN bahawa mereka mendengar khabar angin bahawa terdapat cadangan untuk memanjangkan siri 12 episod itu menjadi 13 episod, namun masih lagi dibincangkan dan pihak mereka masih lagi tidak tahu tentang pengakhiran The Penthouse 3 setakat ini.
Namun, sumber daripada drama tersebut menjelaskan kepada MyDaily, tidak ada kata putus tentang episode tambahan yang menjadikan drama 12 episod itu kepada 13 episod.
Sebelum ini, musim pertama dan kedua Penthouse dipanjangkan dengan episode tambahan masing-masing menjadi 21 episod dan 13 episod.
Menurut OSEN lagi, pelakon dan tenaga produksi drama ini hampir selesai dengan penggambaran episod 7.
Siri ‘berhantu’ ini ditayangkan setiap hari Jumaat jam 10 malam di Korea dan di Malaysia pula tayangannya adalah pada hari Sabtu. Setakat ini The Penthouse telah bersiaran sebanyak lima episode.
Namun, berita penambahan episod untuk siri ini nampaknya mendapat rungutan daripada penonton kerana mereka sudah mula ‘muak’ dengan plot twist yang dipaparkan untuk musim ketiga ini.
Malah, penonton di Malaysia juga seakan sama merasakan bahawa musim ketiga siri ini semakin ‘mengarut’ dan membosankan.
Apa-apa pun setiap orang punya pendapat masing-masing kan. What say you gaiss?
Johan Ghazali tetap menyokong Kahf walaupun jenama itu dikecam susulan kontroversi “Hati-Hati Beda Level”, selepas Kahf mengakui kesilapan dan memohon maaf.