Ads
Home Hiburan V BTS Pecah Rekod, Jadi Selebriti Lelaki Korea Pertama Capai 75 Juta...

V BTS Pecah Rekod, Jadi Selebriti Lelaki Korea Pertama Capai 75 Juta Pengikut Di Instagram

Bintang K-Pop, V BTS baru-baru ini kembali mencuri perhatian peminat apabila akaun Instagram rasminya berjaya melepasi angka 75 juta pengikut. Jumlah itu sekaligus menjadikan beliau selebriti lelaki Korea pertama yang mencapai pencapaian berkenaan.

Menerusi sebuah perkongsian di media sosial, V atau nama sebenarnya Kim Taehyung (31), juga dilaporkan kini memiliki jumlah pengikut kedua tertinggi dalam kalangan bintang pop lelaki dunia, hanya di belakang Justin Bieber.

Difahamkan, sejak membuka akaun Instagram peribadinya bersama anggota BTS yang lain pada Disember 2021, pertumbuhan jumlah pengikut V berlaku pada kadar yang cukup pantas. Beliau hanya mengambil masa 43 minit untuk meraih sejuta pengikut sebelum angka itu meningkat kepada 10 juta dalam tempoh kurang lima jam.

V BTS Pecah Rekod, Jadi Selebriti Lelaki Korea Pertama Capai 75 Juta Pengikut Di Instagram

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by V (@thv)

Kepantasan tersebut melayakkan V menerima pengiktirafan daripada Guinness World Records menerusi rekod terpantas mencapai satu juta dan 10 juta pengikut di Instagram. Sehingga kini, rekod berkenaan masih belum berjaya diatasi.

Selain jumlah pengikut yang tinggi, beberapa perkongsian di akaun Instagram miliknya turut mencatatkan sambutan luar biasa. Antaranya ialah foto anjing peliharaannya, Yeontan, yang dimuat naik pada Disember 2021 dan kini telah mengumpul lebih 20.8 juta tanda suka.

BACA: Peminat V BTS Sumbang US$20,000! Wujudkan ‘V Bench’ Di Central Park, New York

Ads

V BTS Pecah Rekod, Jadi Selebriti Lelaki Korea Pertama Capai 75 Juta Pengikut Di Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by V (@thv)

Dalam perkembangan sama, sebuah laporan platform analisis media sosial HypeAuditor juga meletakkan V di kedudukan kedua individu paling berpengaruh di Instagram selepas pemain bola sepak Cristiano Ronaldo.

Ads

Malah, pelantun lagu ‘Love Me Again’ dan ‘Slow Dancing’ itu turut menduduki tangga teratas bagi kategori muzik, sekaligus mengatasi ramai artis antarabangsa lain dari segi pengaruh di platform berkenaan.

Kejayaan tersebut memperlihatkan pengaruh V yang terus berkembang bukan sahaja dalam industri muzik, malah di media sosial pada peringkat global. Dengan sokongan jutaan peminat di seluruh dunia, beliau kekal sebagai antara figura K-Pop paling berpengaruh pada masa ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads