Percaya atau tidak, kerjaya sebagai selebriti mampu menjana pendapatan paling tinggi di dunia! Dengan populariti luar biasa maka tidak hairanlah mereka menjadi jutawan.
Jom kita lihat 10 orang selebriti dan pelakon yang mendapat pendapatan tertinggi di dunia pada tahun 2023.
Memetik Business Connect, selain membintangi filem, selebriti dan pelakon-pelakon ini juga menjana pendapatan dalam pelbagai cara sehingga mereka berjaya tersenarai dalam pelakon yang paling kaya di dunia.
10 Pelakon Terkaya Di Dunia 2023
1. Jerry Seinfeld
Nilai Kekayaan: $950 Juta (RM4.28 bilion)
Foto Via ABC News
Jerry Seinfeld ialah pelakon dan pelawak Amerika yang membuat penampilannya pada tahun 1976 pada malam “Open Mic” dan “Tonight Show” pada tahun 1981. Dia mencipta komedi Seinfeld untuk NBC bersama Larry David selepas melakukan persembahan dalam rancangan khas pada tahun 1987.
Rancangan televisyennya yang diberi nama Seinfeld itu memberinya hampir semua pendapatannya musim lalu, Seinfeld berjaya memperoleh satu perempat bilion dolar.
2. Shah Rukh Khan
Nilai Kekayaan: $715 Juta (RM3.22 bilion)
Foto Via The Daily Guardian
Shah Rukh Khan atau lebih dikenali sebagai SRK merupakan seorang pelakon, penerbit filem dan personaliti televisyen India yang terkenal dengan karyanya di pawagam Hindi. SRK memulakan kerjaya lakonannya pada akhir 1980-an, muncul dalam beberapa rancangan televisyen.
Filem pertama SRK, Deewana, telah dikeluarkan pada tahun 1992. SRK mula terkenal ketika membintangi watak penjahat dalam filem seperti Baazigar (1993), Darr (1993) dan Anjaam (1993). Beliau telah menyatakan bahawa rumahnya, Mannat, berharga INR 2 bilion (RM110 juta), suatu pembelian yang paling mahal.
3. Tyler Perry
Nilai Kekayaan: $700 Juta (RM3.16 bilion)
Foto Via The list (Photo by Paras Griffin/Getty Images for ESSENCE)
Tyler Perry ialah seorang pelakon, pengarah, penerbit dan penulis skrip dari Amerika Syarikat. Menurut Forbes, pendapatan tertingginya ialah 130 juta dolar Amerika (RM586 juta) antara Mei 2010 dan Mei 2011.Beliau merupakan salah seorang pembuat filem Afrika-Amerika yang paling berjaya dari segi kewangan sepanjang zaman.
Perry mula mendapat pengikut yang ramai dari permulaannya yang sederhana sebagai penulis drama kepada filem sulungnya, Diary of A Mad Black Woman, yang dikeluarkan pada tahun 2005.
Perry terus membina empayar hiburan selepas filemnya itu memperoleh lebih 50 juta dolar Amerika (RM225 juta).
Ads
4. Tom Cruise
Nilai Kekayaan: $570 Juta (RM2.57 bilion)
Mandatory Credit: Photo by James Veysey/Shutterstock (12946411ci) Tom Cruise
Tom Cruise atau nama sebenarnya Thomas Cruise Mapother IV ialah seorang pelakon Amerika yang mula terkenal pada tahun 1980-an. Beliau merupakan salah seorang lelaki paling terkemuka dalam industri dan terkenal dengan ketampanan yang rapi dan serba boleh. Filemnya telah menjadikan Tom dalam senarai 10 pelakon terkaya di dunia dengan memperoleh lebih 4 bilion dolar Amerika (RM18 bilion) di Amerika Utara dan 10.1 bilion dolar Amerika (RM45.5 bilion) di seluruh dunia.
Beliau memulakan kariernya pada awal 1980-an dan menjadi terkenal dalam komedi Risky Business (1983) dan Top Gun (1986).
5. George Clooney
Nilai Kekayaan: $550 Juta (RM2.48 bilion)
Foto Via Biography.com
George telah memenangi tiga Anugerah Golden Globe dan dua Anugerah Akademi, satu untuk membintangi Syriana dan satu lagi untuk penerbitan bersama Argo. Beliau juga menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat AFI. George merupakan seorang pelakon dan pengarah filem terkenal Amerika.
Difahamkan, George mula terkenal pada tahun 1990-an sebagai seorang lelaki terkemuka yang terkenal dengan ketampanan sebelum menjadi pengarah dan penulis skrip terkenal.
6. Robert De Niro
Nilai Kekayaan: $500 Juta (RM2.25 bilion)
Ads
Foto Via International Business Times
Robert Anthony De Niro Jr. ialah pelakon, penerbit dan pengarah dari Amerika Syarikat. Robert De Niro terkenal apabila bekerjasama dengan sembilan pengarah filem Martin Scorsese, yang mana beliau telah menerima beberapa anugerah.
Beliau diiktiraf kerana penggambarannya yang tidak berkompromi tentang watak-watak ganas dan kasar serta penggambaran komedinya tentang lelaki tua yang garang.
Selain itu, beliau menerima pencalinan dalam Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Terbaik dalam Silver Linings Playbook arahan David O.Russell.
Pada 2017, beliau tampil dalam filem psikologi Joker dan epik jenayah The Irishman.
7. Adam Sandler
Nilai Kekayaan: $420 Juta (RM1.89 bilion)
Foto Via The Success Bug
Adam Richard Sandler ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi, penulis skrip dan penerbit filem dari Amerika Syarikat. Dari 1990 hingga 1995, beliau adalah ahli pelakon Saturday Night Live sebelum muncul dalam beberapa filem blockbuster Hollywood yang telah mengutip lebih 2 bilion dolar Amerika (RM9 bilion) di box office.
Sandler paling terkenal dengan karya komedinya tetapi karya dramatiknya juga mendapat pujian.
8. Mel Gibson
Nilai Kekayaan: $425 Juta (RM1.9 bilion)
Foto Via Marca
Mel Gibson atau Mel Columcille Gerard Gibson ialah seorang pelakon Amerika kelahiran Australia yang menjadi terkenal di seluruh dunia pada tahun 1980-an. Beliau mula terkenal dengan siri filem aksi pengembaraan sebelum menjadi pengarah dan penerbit.
Ads
Gibson memulakan debut sinematiknya di Summer City pada tahun 1977, yang mana dia dibayar sebanyak 400 dolar Amerika (RM1,803).
Pada tahun berikutnya, Gibson membintangi filem Mad Max sebagai watak utama. Kini, beliau memperoleh purata 20 juta dolar Amerika (RM90 juta) setiap filem dengan 57 filem atas namanya.
9. Amitabh Bachchan
Nilai Kekayaan: $455 Juta (RM2 bilion)
Amitabh Bachchan ialah pelakon, penerbit dan hos televisyen dari India. Dia dianggap sebagai salah seorang pelakon terpenting dalam sejarah filem India.
Filem Jubli Emas Amitabh Bachchan menjangkau tahun 1973 hingga 1984. Keajaiban Amitabh yang mempunyai suara yang bercirikan khas telah mendorongnya menjadi bintang terkenal. Selain itu, imej Amitabh sebagai seorang lelaki muda berwajah bengis menjadikannya semakin terkenal.
10. Jack Nicholson
Nilai Kekayaan: $400 Juta (RM1.8 bilion)
Foto Via Marca
John Joseph Nicholson ialah seorang pelakon dan pengarah filem di Amerika Syarikat yang bekerja selama lebih daripada 50 tahun, dia terkenal dengan watak komedi, pelakon romantik, anti-wira dan penjahat.
Jack Nicholson mempunyai nilai bersih sebanyak 400 juta dolar Amerika (RM1.8 bilion), menjadikannya sebagai salah seorang pelakon terkaya di dunia.
Dia adalah pelakon lelaki yang paling banyak dicalonkan dalam sejarah Anugerah Akademi, dengan dua belas pencalonan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah berita pemergian Duke of Edinburgh, Putera Philip minggu lalu, ramai beranggapan momen menyedihkan ini membuatkan hubungan keluarga diraja Britain bertaut semula.
Ini setelah Putera Harry dan isteri, Meghan Markle melucutkan segala jawatan dan gelaran diraja yang pernah dipegang lantas membawa diri berkelana di California, Amerika Syarikat.
Retak dalam keluarga diraja itu semakin jelas apabila pasangan diraja muda itu menjayakan temubual eksklusif bersama Oprah Winfrey. Beberapa informasi sensitif seperti isu perkauman terhadap Meghan oleh ahli Istana Buckingham kini diketahui seluruh dunia.
Ramai yang berbelah bahagi sama ada untuk menyokong Harry dan Meghan ataupun keluarga diraja.
Putera William dan Harry dilaporkan enggan berdiri bersebelahan semasa memberikan penghormatan dan berjalan di belakang kereta jenazah nanti.
Perkara itu disahkan oleh Istana Buckingham semalam dan ia telah mengecewakan rakyat Britain yang beranggapan perbalahan di antara adik-beradik diraja itu bersifat ‘keanak-anakan’.
Kalau korang masih ingat, semasa acara penghormatan untuk mendiang ibu mereka iaitu Puteri Diana, Putera William berjalan bersama-sama Harry, Putera Philip, Putera Charles dan pakcik mereka, Charles Specer (adik kepada Puteri Diana).
Bagaimanapun, di acara penghormatan untuk Putera Philip yang dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang waktu Britain (kira-kira jam 10 malam waktu Malaysia), Putera William dan Harry akan dipisahkan oleh saudara mereka, Peter Phillips.
Setelah kenderaan jenazah jenis Land Rover itu tiba di gereja St. George’s, Putera William akan berjalan di hadapan Harry semasa memasuki gereja.
Hanya 30 jemputan eksklusif saja dibenarkan terlibat dalam upacara selama 50 minit itu; bersesuaian dengan musim pandemik sekarang.
Selain Putera William dan Harry, di antara jemputan lain yang dinanti-nantikan termasuklah Ratu Elizabeth II, Putera Charles, Camilla Parker Bowles, tiga lagi adik-beradik Putera Charles dan lapan cucu Putera Philip serta pasangan masing-masing.
Turut diundang ialah anakanda Puteri Margaret, tiga saudara Putera Philip dari Jerman dan rakan karib Putera Philip iaitu Countess Mountbattern, Penelope Knatchbull.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memilih untuk tidak menghadiri demi memberikan ruang kepada ahli keluarga diraja dan kenalan rapat mereka menghadirinya.
Besar kemungkinan, acara rasmi ini akan diadakan secara ringkas atas kehendak Putera Philip sendiri sebelum baginda mangkat.
Namun, elemen ketenteraan pasti akan disertakan memandangkan latar belakang mendiang dalam bidang itu.
Dulu korang aim sangat nak beli kereta kan? Sekarang mesti ramai nak bertukar kepada motosikal kerana…
Pemilik motosikal berkapasiti enjin 125cc akan menikmati subsidi petrol RON95 30 sen seliter selepas Belanjawan 2019 dibentangkan semalam oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Subsidi petrol ini bagaimanapun terhad kepada 40 liter bagi pemilik motosikal dan ia akan bermula pada suku kedua 2019.
Kalau nak ikutkan jumlah penunggang motosikal di Malaysia ni, hampir 2.6 juta orang akan menikmati subsidi ini. Kuranglah sikit beban mereka yang memiliki motosikal terutamanya di kalangan pelajar kolej dan universiti.
Cuma, masih ada pendapat ramai yang berharap agar inisiatif kerajaan ini boleh diubah serba sedikit. Contohnya, jumlah liter petrol itu dilihat terlalu sedikit dan hanya sesuai bagi perjalanan jarak dekat. Bagaimana dengan penunggang motosikal yang selalu terpaksa berulang-alik dari luar Kuala Lumpur ke ibu negara.
Tengok betul-betul siapa yang dapat..
Ada juga yang berpendapat agar pihak berkuasa dapat mengenal pasti terlebih dahulu mereka yang memperolehi subsidi ini sebelum memberikan kepada mereka.
Alasannya, ada golongan berada yang memiliki kenderaan jenama mewah yang mempunyai cc rendah. Tak adil lah pula kalau mereka yang menikmatinya. Ada juga yang takut sekiranya ramai pendatang asing yang semakin selesa untuk memiliki motosikal – sama ada secara sah atau tidak.
*****
Sementara itu, kita pun boleh menarik nafas lega apabila kenaikan semua tol pada tahun hadapan diumumkan dibeku. Walaupun langkah tersebut akan memberi kesa kewangan RM700 juta kepada kerajaan, tetapi ia dapat meringankan beban rakyat – termasuklah ahli kerajaan sendiri.
Selain itu, tol motosikal di jambatan pertama dan kedua di Pulau Pinang serta di Lebuhraya Laluan Kedua di Johor pun akan dimansuhkan. Alhamdulillah!
Ini berita baik kepada kebanyakan penunggang motosikal yang berpendapatan rendah.
So, korang akan bertukar menjadi penunggang motosikal atau masih nak naik kereta?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas sedekad, kumpulan Pop Rock terkenal, 5 Seconds of Summer kini kembali mengesahkan kehadiran mereka menerusi konsert jelajah ‘EVERYONE’S A STAR! 2026 World Tour’ yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur. Khabar ini sekaligus telah mengubat kerinduan peminat tempatan yang sudah lama menantikan kemunculan semula band popular dari Australia itu.
Menerusi perkongsian di media sosial, 5 Seconds of Summer yang dianggotai oleh Luke Hemmings, Michael Clifford, Calum Hood, dan Ashton Irwin difahamkan bakal memeriahkan pentas di Kuala Lumpur pada 17 November ini di Unifi Arena, yang sebelum ini dikenali sebagai Axiata Arena.
Menurut pengajur, GoLive Asia yang mengesahkan lagi pemilihan Malaysia sebagai salah satu destinasi jelajah dunia. Pengumuman ini menerima reaksi positif dalam kalangan peminat tempatan yang teruja dengan kepulangan band tersebut selepas kali terakhir tampil pada tahun 2016.
Dari segi penjualan tiket, sesi ‘presale’ akan dibuka pada 4 Mei ini, diikuti jualan secara umum sehari selepas itu pada waktu yang sama. Bagi peminat yang ingin mendapatkan akses awal perlu mendaftar melalui pautan rasmi yang disediakan oleh pihak penganjur.
Harga tiket yang ditawarkan adalah antara RM298 hingga RM598 bagi kategori standard, bergantung kepada lokasi tempat duduk atau berdiri. Selain itu, dua pakej VIP turut diperkenalkan, termasuk pakej “No.1 Obsession” menawarkan pengalaman eksklusif kepada peminat dengan harga mencecah RM1,118.
Lebih menarik lagi, bagi pemegang tiket VIP berpeluang menikmati akses ke sesi ‘soundcheck’ sebelum persembahan berlangsung, selain menghadiri sidang media khas bersama band tersebut. Mereka juga diberi peluang untuk berinteraksi secara langsung termasuk mengemukakan soalan, di samping menerima beberapa barangan eksklusif.
Konsert jelajah ‘EVERYONE’S A STAR! 2026 World Tour’ sebenarnya telah dimulakan lebih awal pada Mac lalu di Belfast, Ireland Utara, sebelum menjelajah ke beberapa bandar utama dunia. Untuk siri Asia, Kuala Lumpur menjadi antara hentian penting selepas Bangkok, Manila, Jakarta dan Singapura, sebelum kumpulan ini meneruskan persembahan ke Seoul dan menutup jelajah di Tokyo.
Untuk info, 5 Seconds of Summer mula meraih populariti menerusi lagu-lagu hit seperti She Looks So Perfect, Youngblood, Amnesia dan Want You Back yang mendapat perhatian global. Sepanjang kerjaya mereka, kumpulan ini juga pernah meraih pelbagai anugerah termasuk American Music Awards dan MTV Europe Music Awards yang mengukuhkan lagi status mereka sebagai antara band pop rock paling berpengaruh dalam generasi mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!