Temubual eksklusif Oprah Winfrey bersama Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle ternyata mengejutkan dunia kerana pasangan diraja ini telah mendedahkan beberapa perkara sulit dalam istana buat pertama kalinya.
Terbaru, pewaris takhta Britain, Putera William yang juga merupakan abang kepada Putera Harry membuka mulut tenang isu ini dan menafikan keluarga diraja itu mempunyai sifat rasis atau perkauman daripada kenyataan Putera Harry dan isterinya, Meghan, dalam wawancara bersama Oprah, baru-baru ini.
Bercakap ketika lawatan di London timur, Duke of Cambridge itu memaklumkan beliau belum bercakap dengan adiknya tetapi akan melakukannya dalam masa terdekat.
Ketika lawatan di Stratford bersama isterinya, Duchess of Cambridge, Putera William sempat menjawab soalan seorang wartawan: “Adakah keluarga diraja Britain rasis?”
Ads
Jawapan Putera William : “Kami bukan keluarga rasis,”
Istana Buckingham pada Selasa mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan Duke dan Duchess of Sussex itu membimbangkan dan akan ditangani secara tertutup.
Dalam satu kenyataan, istana juga memaklumkan kedua-dua mereka tetap “ahli keluarga yang sangat disayangi”.
Selain daripada isu perkauman, terdapat beberapa fakta panas dan menarik di sebalik temubual Oprah ini berdasarkan persetujuan bersama Putera Harry dan Markle.
Sumber Gambar :Harpo Productions/Joe Pugliese/Handout via REUTERS/File Photo
1. Tiada Sebarang Tapisan
Menurut Oprah, segala topik yang dibincangkan bersama dan disiarkan di seluruh dunia itu tidak mempunyai sebarang tapisan. Disebabkan itu, pendedahan seperti isu perkauman, monarki diraja dapat dikongsi buat pertama kalinya oleh pasangan diraja tersebut. Malah ia adalah permintaan mereka sendiri yang mahu tanpa sebarang suntingan.
Ads
2. Dibayar RM 5.7 Juta
Menurut laporan, stesen televisyen ITV telah membayar £1 juta (RM5.7 juta) untuk hak penyiaran program tersebut selama dua jam. Impak dari siaran tersebut, seramai 17.1 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) telah menonton rancangan itu sekaligus menjadikannya sebagai program TV khas kedua yang meraih tontonan kedua tertinggi bagi tahun ini.
Ads
3. Iklan & Sinopsis Tidak Boleh Disunting
Pasangan diraja itu juga telah menetapkan bahawa iklan dan sinopsis untuk rancangan tersebut tidak boleh disunting sama sekali.
4. Hanya Dibenarkan Menggunakan Gambar & Video Disediakan
Sepanjang ditayangkan juga, Putera Harry dan Meghan juga hanya mahu penyiar menggunakan gambar dan video yang disediakan mereka untuk mempromosikan rancangan tersebut.
Berdasarkan laporan dari media kerajaan Saudi, sebuah bas yang membawa jemaah umrah ke kota suci Mekah terbakar selepas perlanggaran di jambatan semalam yang turut mengorbankan nyawa 20 individu dan mencederakan puluhan jemaah yang lain.
Insiden di wilayah selatan Asir itu dikatakan terjadi pada minggu pertama Ramadan yang turut dikenali sebagai masa tersibuk untuk jemaah melakukan ziarah umrah, dan hanya beberapa bulan sebelum jutaan umat Islam dijangkakan akan menunaikan haji tahunan.
Bas itu dikatakan melanggar jambatan, kemudian terbalik dan terbakar.
“Menurut maklumat awal yang kini kami terima, jumlah kematian dalam kemalangan ini mencecah 20 orang, dan jumlah kecederaan adalah kira-kira 29 orang,” lapor saluran Al-Ekhbariya yang bersekutu dengan kerajaan.
Ianya turut melaporkan bahawa mangsa mempunyai kewarganegaraan yang berbeza tetapi tidak menghuraikannya secara terperinci lagi atas faktor siasatan yang masih dijalankan.
Saluran itu turut berkata bas itu mengalami “masalah teknikal”, tanpa menyatakannya secara spesifik, manakala akhbar swasta Okaz berkata kemalangan itu berpunca daripada masalah dengan brek. Sehingga kini, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: The Malaysian Reserve, Ahram Online, News Strait Times
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali tiba musim perayaan di Malaysia, masyarakat kita pasti akan menantikan pelbagai jenis promosi daripada francais. Ada sahaja idea mereka untuk menaikkan semangat kita semua sepanjang sambutan tersebut.
Sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang pada 1 Februari ini, antara promosi yang wajib korang ketahui dan rebut adalah daripada McDonalds Malaysia.
Kongsi mereka di media sosial rasmi McDonalds, pelanggan di lorong pandu lalu akan ditawarkan beberapa jenis baucar untuk menu yang ada di sana. Tapi ada syarat-syaratnya tau.
Promosi ini adalah khas untuk pemilik nombor plat kenderaan yang mempunyai nombor berikut pada bahagian belakang; termasuklah nombor 22, 38, 50, 62, 74, 86, 98, 10. Sebagai contoh, jika nombor plat kenderaan korang adalah VGJ 1722 di mana ia berakhir dengan angka 22; itu bermaksud korang layak untuk merebut promosi McDonalds ini!
Terus saja ke kawasan pandu lalu di cawangan berdekatan dengan lokasi korang dari 29 Januari hingga 2 Februari 2022 dan jeritkan ekspresi ‘ROAR!’ bak harimau kepada penjaga pandu lalu tersebut.
Mudah kan untuk dapatkan item percuma dari McDonalds ini? Tapi pastikan korang cepat ya. Ini kerana promosi ini terhad kepada 100 buah kenderaan saja pada setiap hari di setiap cawangan. Jadi jangan terkejut jika pagi-pagi lagi sudah penuh kawasan pandu lalu selama 5 hari ini, hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend yang digilai bermula minggu ini adalah wajah yang diedit menjadi lebih tua menerusi aplikasi Face App.
Seperti yang pernah berlaku kepada aplikasi SnapChat yang menukar wajah lelaki menjadi perempuan. Ataupun aplikasi wajah lelaki (dan perempuan) menjadi baby look, nampaknya trend mengubah wajah sekali lagi menjadi ikutan semua orang termasuklah selebriti lelaki tanah air.
Walaupun bertukar tua tetapi 10 selebriti pilihan kami di Instagram ini menunjukkan betapa ‘heloknya’ mereka sehinggakan wajah tua tak mendatangkan efek langsung kepada ketampanan masing-masing. Malah ada juga netizen yang nakal menggelar mereka ‘hot atuk’!
Siapa favourite korang?
Andi Bernadee
Sufian Suhaimi
Kucaimars
Hael Husaini
Sean Lee
Fendy Bakry
Ismail Izzani
Khai Bahar
Luqman Faiz
As’ad Motawh
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!