Pada 16 November lalu, rata-rata peminat perabot dari jenama Sweden, IKEA merasa teruja dengan perkhabaran gembira. Cawangan stor ketiga mereka di Tebrau, Johor baru saja dibuka kepada orang ramai dan ribuan pengunjung sanggup beratur seawal jam 7 pagi lagi untuk menjadi antara yang pertama dapat melihat suasana di IKEA Tebrau.
Pembukaan tersebut bertukar tular menjelang tengah hari apabila gambar pengunjung beratur dalam formasi zig-zag di bawah terik matahari dimuat naik di media sosial seperti Facebook dan Instagram.
Pada pendapat REMAJA, itu adalah sesuatu yang positif bukan? Biarlah orang nak kata pengunjung tersebut jakun dengan pembukaan IKEA atau mereka ni ‘hadap’ sangat untuk mendapat free gifts. Jakun-jakun pun, itu menandakan impak positif terhadap ekonomi negara.
Maknanya, masyarakat kita masih mampu berbelanja pada zaman ini.
Namun, imej yang menyinggah di media sosial sejak semalam mengenai IKEA Tebrau bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.
Ads
Yes, pengunjung masih ramai. Namun kita seakan mempertontonkan minda kelas ketiga masyarakat Malaysia apabila ruang pameran di gedung besar itu bertukar kecah dan bersepah.
Baru dua minggu tetapi keadaannya seperti sudah dua tahun ia dibuka. Like guys, that is not how you treat someone else’s home. Ini bukannya rumah korang.
Ads
Semua sudah sedia maklum bahawa IKEA mengenakan syarat-syarat ketat yang melarang pengunjung daripada duduk atau berbaring di kawasan pameran mereka.
Pengunjung boleh bergambar dan ia adalah perkara yang biasa kita lihat tetapi itu tidak memberikan tiket untuk korang berguling dan berbaring di atas katil. Atau untuk korang mencampakkan saja barang di tempat yang tidak sepatutnya.
REMAJA sendiri tidak dapat membayangkan pandangan pengunjung dari negara luar seperti Singapura yang dikhabarkan lebih gemar untuk ke IKEA Tebrau atas faktor mata wang. Malu sekejap bila fikir mentaliti masyarakat kita yang masih ditakuk lama.
Mudah saja untuk kita berubah. Sampah seharusnya dibuang di tong yang disediakan, bukannya diikat tepi dan digantung umpama di bazar Ramadan. (Bazar Ramadan pun lebih kemas)
Barang yang disusun di ruang pameran jangan pula korang pandai-pandai ubah posisinya. Penat diorang kena susun balik, itupun kalau tahu di mana lokasi asalnya.
Tahun baru dah nak tiba, harap-haraplah kita semua boleh mengubah sikap. Perbuatan lebih mencerminkan diri masing-masing berbanding perkataan, tau!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah sekian lama peminat Apple tempatan inginkan sebuah Apple Store rasmi dibuka di Malaysia. Perasaan iri hati semakin ‘membusung’ para pengguna peranti tersebut selepas melihat Apple Store telah dibuka di negara jiran iaitu Singapura dan Thailand, sementara Malaysia seakan ‘dilupakan’.
Baru-baru ini, foto yang didakwa adalah Apple Store pertama di Malaysia yang muncul di forum Skyscrapercity telah mencuri perhatian warganet.
Menerusi media sosial, lokasi tersebut dikatakan terletak di Tun Razak Exchange (TRX). Jelas bahawa logo Apple yang bercahaya sedang diuji oleh beberapa pekerja tapak pembinaan.
Bagaimanapun, foto yang tular tersebut tidak begitu jelas kerana terdapat banyak perancah besi yang menghalang ia untuk gambar berkenaan lebih jelas ‘ditangkap’ ekoran kerja-kerja pembinaan masih giat dijalankan.
Meneliti gambar tular itu lagi, jelas sekali logo Apple berlampu sedang diuji oleh beberapa pekerja tapak pembinaan.
Ura-ura Apple Store pertama di Malaysia yang bakal dibuka di TRX sudah lama didengari malah dikatakan berlaku penangguhan pembukaan pada tahun lalu ekoran sebab-sebab tertentu. Jika gambar ini sememangnya sahih, ia bermakna Apple Store akan dibuka pada tahun 2023 kelak.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika beberapa minggu lalu viral kisah helikopter bertembung di udara hingga mengakibatkan dua kematian termasuk juruterbangnya. Hari minggu ini pila viral dengan kisah sebuah pesawat ringan kelihatan mendarat di lorong kecemasan sambil disaksikan oleh kereta yang melalui lebuh raya tersebut.
Tidak dapat dipastikan adakah pesawat mengalami kerosakan enjin atau masalah teknikal lagi tetapi menurut info dari makluman awal sebuah pesawat ringan mendarat kecemasan di lorong kecemasan KM47.9 Lebuhraya PLUS sebelum Sedenak arah Selatan.
Memang situasi luar biasa bila mendarat bukan di lokasi sepatutnya dan tabik hormat perlu diberi kepada juruterbangnya kerana elok saja pesawat ringan itu di park di lorong kecemasan dan bukannya di tengah lebuhraya yang mungkin membahayakan nyawa pemandu kenderaan lain.
KIta harapkan semuanya selamat dan pesawat ini akan ditarik keluar dari lebuhraya seberapa segera kerana dibimbangi akan membahayakan pemandu yang memandu di lebuhraya tersebut. Sumber / Gambar : Info Roadblock Polis / JPJ
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi pencinta ‘si bulus’, ‘oyen’ atau apa saja panggilan comel yang korang berikan kepada kucing peliharaan, sebagai penjaga mereka, kita memerlukan dedikasi tinggi untuk menjaga mereka.
Tidak dinafikan kucing menjadi pilihan untuk dipelihara dek kerana kemanjaan serta kecomelannya yang mencuit hati dan terkadang keletahnya menjadi penghibur terutamanya buat pencinta kucing. Malah, kucing bukan sahaja boleh menjadi tempat untuk bermain tetapi ia juga mampu menghilangkan tekanan kepada manusia.
Baru-baru si bulus dari negara Thailand mencuri perhatian dengan memiliki mata kiri yang kelihatan seperti berlian. Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @user3026088746242 memuat naik beberapa rakaman video kucing yang mempunyai mata berwarna berlian itu.
Bawa Tuah Kepada Tuannya
Menurut laporan Thaiger, ramai penduduk Thailand percaya bahawa kucing yang mempunyai mata berlian akan menyebabkan berlian-berlian diberikan kepada pemiliknya. Malah, rata-rata warganet yang membanjiri komen di video-video berkenaan dengan berkata si bulus itu akan membawa tuah kepada pemiliknya.
Dalam pada itu, terdapat juga warganet yang mengambil kesempatan untuk meramalkan nombor bertuah untuk loteri pada 1 Februari ini daripada nama akaun pengguna TikTok itu dan nombor-nombor yang dikaitkan dengan kucing seperti empat, tujuh dan lapan.
Menderita Hidap Katarak
Walau bagaimanapun, kucing itu sebenarnya menyimpan kisah yang pilu apabila ia dipercayai menghidapi katarak pada mata kirinya. Mata kiri kucing itu berwarna berlian kerana penyakit katarak dan bukannya simbol membawa tuah seperti yang didakwa.
Seorang pensyarah di Jabatan Biologi Universiti Chulalongkorn iaitu Dr. Jessada Denduangboribhand menggesa pemilik kucing itu untuk segera membawa si bulusnya bertemu doktor haiwan sebelum ia menjadi buta.
Dr. Jessada berkata kebutaan itu boleh menyebabkan kucing berkenaan cedera dalam kemalangan ataupun mengalami kesukaran untuk makan.Hmm…siannya sibulus ni walaupun matanya nampak cantik dan menarik rupanya dia menderita dalam diam.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Malaysia Book of Records iktiraf murid 7 tahun yang berjaya melafazkan 200 digit Pi daripada ingatan, satu pencapaian luar biasa yang membanggakan negara.