Hari ini kebanyakan media sosial memberikan “laluan” kepada kisah seorang lelaki bertindak diluar kewarasan apabila sanggup mengambil nyawa isteri dan anak kecilnya kerana desakan hidup.
Daripada laporan Sinar Harian, didapati dalam kejadian yang berlaku pada jam 12 tengah hari semalam, mangsa Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan bayinya Hans Mohd Thakif Amir ditemui berlumuran darah dengan kesan kelar pada leher di luar rumah teres didiami pasangan muda itu.
Tempat kejadian. Foto Via Sinar Harian
Malah, punca pemuda tersebut bertindak demikian dikatakan kerana mengalami tekanan dan desakan hidup. Pastinya membaca berita seperti ini membuatkan kita berasa kecewa dan sedih, apa lagi perasaan ahli keluarga yang berhadapan kejadian tersebut. Perasaan yang sama juga turut dirasai Ustazah Asma yang tampil meluahkan rasa, mendokan dan berkongsi amalan yang boleh dilakukan jika berhadapan kesempitan hidup di laman Facebooknya.
Malah, menurut pendakwah bebas ini ada beberapa doa dan amalan yang perlu diamalkan.
“Ada sebuah doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW supaya ALLAH SWT hilangkan segala kesedihan yang kita alami, bebanan hutang, rasa gelisah, dan lain-lain.
“Diceritakan oleh Abu Sa’id al-Khudiri R.A satu hari Baginda SAW berkata kepada Abu Umamah yang sedang dalam kesedihan, “Mahukah aku ajarkan doa yang apabila kamu ucapkan maka Allah SWT akan menghilangkan kegundahanmu dan melunaskan hutangmu?” Dia berkata, “Ya wahai Rasulullah”.
“Maksudnya: Baginda bersabda, “Apabila kamu berada di pagi dan petang hari maka ucapkanlah, “Ya ALLAH, aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan, dan aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan daripada orang lain.”
“Beliau (Abu Umamah R.A) berkata: “Maka aku pun melakukannya dan ternyata ALLAH SWT menghilangkan kegundahanku dan melunaskan hutangku.” (HR Abu Daud, hadis Hasan)
“Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Hajar Nursyahirin, khususnya buat ibu ayah atas kehilangan anak dan cucu.
“Terus kuat dan bersabar, semoga arwah ditempatkan bersama orang soleh lalu dihimpunkan di dalam Syurga tanpa hisab.
Ads
“Semoga kita semua dikurniakan Husnul Khatimah saat menghadapi kematian nanti,” doanya.
Justeru, Ustazah Asma’ berkongsi doa yang boleh diamalkan agar diberi pengakhiran yang baik;
اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة
Ads
Maksudnya: “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik dan jangan Engkau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Datuk kepada Nora Anne Quoirin, Slyvian memberitahu Irish Times bahawa kematian cucunya itu ada kaitan dengan elemen jenayah.
Katanya, dia percaya bahawa ada individu yang bertanggungjawab meletakkan mayat cucunya di tempat di ditemui serta mempertikaikan andaian bahawa Nora keluar dengan sendirinya.
“Dia tiada di situ semasa proses pencarian, ada orang meletakkannya di situ bertujuan untuk membuang mayatnya.
“Selain itu, teori bahawa Nora merayau keluar seorang diri atau mengikut orang adalah merepek. Dia adalah seorang remaja yang istimewa dan sentiasa melekat dengan ibu bapa dan adik-beradiknya dan sangat mudah takut.
“Boleh kamu bayangkan dia berjalan sejauh 2.5KM, tidak berpakaian dan tidak berkasut di batu-batu di tengah malam? Itu sangatlah mengarut,” katanya.
Susulan itu, dia menekankan bahawa pihak berkuasa perlu menyiasat insiden ini dengan lebih menyeluruh serta memasukkan kemungkinan bahawa Nora adalah mangsa jenayah.
Dalam pada itu, keluarga Nora masih lagi belum menuntut mayat remaja malang tersebut dari Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.
Memetik Bernama, difahamkan tiada kehadiran ahli keluarga Nora di pekarangan hospital malah mereka juga dikatakan belum membuat persiapan untuk menuntut mayatnya.
Sebelum ini, laporan bedah siasat Nora mendapati punca kematian remaja tersebut disebabkan kebocoran usus kerana tidak makan untuk tempoh yang panjang.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop dalam kenyataannya semasa sidang media selama berkata mangsa kemungkinan meninggal dunia dalam tempoh dua ke tiga hari sebelum mayatnya ditemui.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini Malaysia telah pun menerima arahan dari kerajaan yang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Dan ada sesetengah tempah telah di letakkan di dalam keadaan berjaga-jaga dek penularan virus yang dikatakan berasal dari China ini.
Sejak ia mula merebak, sehingga kini menurut statistik dari John Hopskins University mencatatkan jumlah kumulatif kematian peringkat global disebabkan oleh virus korona ini telah mencecah 926,019.
Negara di bawah naungan Donald Trump, Amerika Syarikat masih kekal dengan rekod kematian tertinggi dengan 194,443 kes dan diikuti Brazil di tangga ke kedua dengan 131,625 kes.
Sehingga kini masih tiada vaksin yang benar-benar mampu menyembuhkan penyakit ini walaupun sudah ada beberapa negara yang menyatakan bahawa mereka telah berjaya mencipta vaksin tersebut.
Di Malaysia setakat kelmarin seramai 9946 orang telah disahkan positif dengan 128 kes kematian. Malam ini Perdana Meter, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan perutusan khas situasi semasa Covid-19 pada pukul 8 malam di saluran berita utama RTM, Bernama, Astro Awani & TV3. Sama-sama kita nantikan.
***P/S- Negara kita antara negara yang paling cekap dalam menangangi penularan virus ini dan sama-samalah kita menjaganya. Amalkan penjarakan sosial, dan sentiasa memakai pelitup muka.
Summer: Astro Awani & Kementerian Kesihatan Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musim konvokesyen kini bukan hanya dilangsungkan di Malaysia tetapi juga di universiti seluruh dunia. Pelbagai kisah unik mengenai para graduan tempatan pernah REMAJA laporkan dan kisah terbaru ini tidak kurang menariknya.
Seorang pelajar yang berasal dari Sabah telah menggayakan busana tradisional etnik Murut Nabai sewaktu majlis konvokesyennya.
Gadis yang dikenali sebagai Nur Liyana Razali ini telahpun menerima Ijazah Sarjana Kejuruteraan dari University of Manchester di United Kingdom. Menariknya,gadis berketurunan Brunei-Murut ini menjadi tular setelah fotonya berpakaian tradisional yang bercorak ‘linangkit’ pada hari majlis tersebut telah mencuri perhatian warganet terutamanya dari Sabah.
Kongsi Nur Liyana, sebab utama dia mengenakan pakaian tradisi wanita dari suku kaum Murut itu adalah untuk mempamerkan tradisi dan kebudayaan masyarakat Sabah di negara asing.
“Sudah tentu saya gembira dapat menerima segulung Ijazah Sarjana. Namun kenangan itu lebih manis apabila saya dapat mempamerkan kebudayaan Sabah di Borneo suku Murut daripada keturunan sebelah ibu saya,” jelas anak sulung daripada tiga adik-beradik ini. Sambil itu, Liyana turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai terutama masyarakat di Sabah yang memberikan galakan kepadanya setelah dia tular.
Nur Liyana sepatutnya menerima ijazah pada 2020 tetapi ia terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemik Covid-19. Nur Liyana kini dilaporkan bertugas sebagai seorang pelatih pengurusan di syarikat Nestle Malaysia, Kuala Lumpur.
Foto Via Utusan Borneo
Untuk pengetahuan, terdapat lebih kurang 33 etnik di Sabah yang telah dikenalpasti. Selain itu, penduduk di negeri ini juga berkomunikasi dalam 50 bahasa dan 80 dialek yang berbeza. Walaupun mempunyai entik dan bahasa yang pelbagai, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan masih ditutur secara meluas di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Harian Metro/ Utusan Borneo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!