Bila sebut sambal belacan pasti terbayang keenakan rasanya. Sambal belacan sering kali menjadi penyedap rasa kepada makanan kita ambil malah tanpa sambal belacan, rasa masakan tidak sedap. Rupanya sambal belacan bukan sekadar penyedap rasa, ia baik untuk usus kerana ada probiotik. Perkongsian dari Dr Norman Norawi ini pasti buat penggemar belacan tersenyum gembira. Baca perkongsiannya.
BELACAN DAN PROBIOTIK
Belacan adalah makanan yang tidak asing dalam masyarakat Melayu. Ia adalah sebahagian daripada bahan yang digunakan secara meluas dalam masakan masyarakat Melayu dan Baba Nyonya. Ia di letakkan dalam sambal untuk menambahkan perisa dan aromanya. Ia juga di buat sambal dengan mencampurkannya dengan cili api yang di tumbuk atau di kisar dan di perah asam limau.
Ia di buat daripada udang geragau atau udang kecil yang ditumbuk halus dengan garam dan dibiarkan untuk di peram atau proses fermentasi sebelum di gunakan. Ia juga di bakar sedikit sebelum di gunakan untuk menaikkan aromanya dalam masakan atau sambal.
Kajian , menunjukkan belacan juga mengandungi kuman baik probiotik daripada jenis asid laktik bacilli (LAB). Kajian menunjukkan terdapat 219 jenis bakteria yang berjaya dikenali daripada 27 sampel belacan yang di uji dan 166 adalah jenis LAB dan 13 adalah jenis bakteria baik probiotik yang tahan asid perut dan boleh sampai ke usus contohnya lactobacillus casei.
Ads
Pengambilan belacan asli adalah baik untuk kesihatan usus kerana kandungan probiotiknya boleh tahan proses penghadaman dan akan sampai ke dalam usus besar.
Ads
Tetapi pengguna harus berhati-hati dengan belacan yang diletakkan dengan bahan perwarna Rhodamine B yang boleh menyebabkan kanser . Selalunya belacan yang diletakkan bahan ini mempunyai warna kemerahan yang cantik dan sekata.
Belacan juga boleh menyebabkan masalah allergy dan alahan, oleh itu pengguna yang ada masalah allergi kepada udang dan belacan mesti mengelakkan pengambilannya.
Ads
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS,MSc(UCSI),MNM(ACNEM), FAGE
Rujukan: 1. Mohd Adnan, A.F. & I.K.P. Tan. 2007. “Isolation of Lactic Acid Bacteria from Malaysian Foods Assessment of the Isolates for Industrial Potential”. Bioresour Technol. Vol. 98. p. 1380-138 2. Tesfaye, A., T. Mehari & M. Ashenafi. 2011. “Evaluation of The In VitroProbiotics Qualities of Lactic Acid Bacteria (LAB) Recovered From Locally Fermented Product”. Int J Probiotics Prebiotics. Vol. 6. p. 101-108. 3. Haitham Ar, Zaiton H, Norrakiah As, Huda-Faujan N. Assessment Of Potential Probiotic Properties Lactic Acid Bacteria From Shrimp Paste Or Belacan. Proceedings of 52ndThe IRES International Conference, Kuala Lumpur, Malaysia,5th-6thNovember 2016, ISBN: 978-93-86291-27-1. 4. [http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=322969 Larangan Penggunaan Bahan Pewarna Rhodamine B Dalam Belacan
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah didapati bersalah atas satu pertuduhan menyalahguna kuasa berhubung dana RM42 juta daripada SRC International.
Terbaharu, Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.
Tidak hanya Najib dan berlaku di Malaysia sahaja, skandal rasuah melibatkan pemimpin dunia sudah biasa dipaparkan di media massa dan ada pemimpin yang sudah dijatuhkan hukuman.
Ini kerana dunia dan politik tidak pernah terpisah namun sejarah juga tidak pernah menipu. Sudah ramai pemimpin dunia di penjarakan akibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa sepanjang pemerintahan.
Ada bekas pemimpin mengutip ribuan juta semasa berkuasa dan akhirnya semuanya terbongkar selepas disingkirkan.
REMAJA senaraikan 14 pemimpin dunia korup dan sudah didakwa atas salah laku dilakukan mereka.
Bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo
Nampaknya Presiden Filipina tidak dapat lari dari isu dan kontroversi. Kali ini melibatkan Presiden ke-14 iaitu Gloria Macapagal Arroyo yang didakwa berkomplot dengan seorang Ketua Turus Angkatan Tentera untuk menipu dalam pilihanraya. Jika sabit salah, boleh dipenjarakan seumur hidup.
Beliau ditangkap selepas dihalang dari keluar dari Filipina bagi menjalani rawaran sakit tulang belakang. Penggantinya, Benigno Aquino semasa berkempen mendakwa Arroyo mengamalkan rasuah. Arroyo juga melanggar banyak akta rasuah dan penipuan pilihan raya semasa era pemerintahan beliau dari 2001 hingga pertengahan tahun 2015.
Beliau beberapa kali menggagalkan usaha Parlimen untuk memecatnya ekoran dakwaan melakukan penipuan dalam pilihan raya semasa memerintah Filipina. Malah semasa sudah dilantik, memang benar Arroyo didakwa kerana rasuah. Ternyata bila berada di atas, Aquino juga menyalahguna kuasanya sebagai Presiden.
Bekas Presiden Filipina – Ferdinand Marcos
Berjuta-juta dollar Amerika ditemui di simpan di bank Swiss selepas bekas diktator Ferdinand Marcos digulingkan oleh rakyat Filipina. Memerintah hampir 20 tahun, sudah banyak harta negara disonglapnya dan masa yang sama rakyat begitu menderita. Masa yang sama bekas Presiden ini dan isterinya, Imelda Marcos berseronok, membeli barangan mewah seperti berlian, kasut dan simpanan lebih dari USD712 juta. Bekas Presiden ini mati dalam buangan di Hawaii dan mayatnya tersimpan lama di luar negara kerana rakyat begitu benci kepadanya dan menolak untuknya dikebumikan di sini sebelum diberi kebenaran oleh Duterte.
Bekas Presiden Korea Selatan – Park Geun-Hye
Tidak hanya Filipina, bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye juga didakwa terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa selain membocorkan rahsia negara semasa menduduki kerusi tertinggi negara. Turut terlibat dalam skandal rasuah ini ialah bekas Presiden Samsung, Lee Jae-yong yang dikatakan turut bersubahat.
Bekas Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak
Bekas Presiden ini telah didakwa atas tuduhan rasuah. Tidak hanya rasuah tetapi Lee Myung-Bak turut didakwa atas tuduhan salah guna kuasa, mengambil dana kerajaan dan mengelak cukai. Pertuduhan itu dikemukakan beberapa hari selepas pengganti Lee, Park Geun-hye dihukum penjara 24 tahun juga kerana rasuah.
“Kami akan mengumpul hasil aktiviti jenayah Lee yang diraih menerusi cara yang salah dengan teliti,” kata Pendakwa raya Han Dong-hoon. Dia berdepan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan, lapor agensi berita Yonhap.
Bekas Presiden Brazil – Dilma Rousseff & Luiz Inacio Lula da Silva
Dua bekas presiden Brazil, Dilma Rousseff dan Luiz Inacio Lula da Silva didakwa atas tuduhan rasuah membabitkan Petrobras, syarikat minyak gergasi milik negara itu. Tuduhan berkenaan sekali gus memberi kesan buruk kepada Lula yang ingin bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2018. Dilma adalah pengganti pilihan Lula dan presiden wanita pertama Brazil.
Dipercayai Dilma menerima USD475 juta atau kira-kira RM2.02 bilion dalam bentuk rasuah, menggunakan kemudahan awam Petrobras, Bank Pembangunan Nasional (BNDES) dan Kementerian Perancangan.
Bekas Presiden Brazil – Michel Temer
Bekas Presiden, Michel Temer atas dakwaan terlibat dalam kegiatan haram dan menghalang proses keadilan. Dia dituduh bersama enam pemimpin kanan dari parti politiknya, tiga daripada mereka kini meringkuk di dalam penjara. Semua mereka berdepan tuduhan yang sama, lapor The Guardian. Temer didakwa menerima rasuah sebagai ganjaran membuat keputusan-keputusan politik tertentu dan bersubahat menyuap saksi yang boleh mensabitkan kesalahannya.
Bekas Perdana Menteri Thailand – Yingluck Shinawatra
Bekas Presiden dalam pelarian ini terlibat dalam rasuah berhubung skim subsidi padi yang penuh kontroversi. Pihak kerajaan mengalami kerugian berbilion bath kerana banyak lebihan selain membeli pada harga lebih tinggi dari pasaran. Malah kes Yingluck juga agak kontroversi kerana dia berjaya melarikan diri mengikut jalan laut dan khabarnya kini berada di London kerana kelibatnya pernah kelihatan.
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra
Merupakan abang kepada Yingluck dan jutawan telekomunikasi sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri. Thaksin digulingkan dari tampuk pemerintahan atas dakwaan rasuah. Thaksin ditumbangkan dalam rampasan kuasa 2006 dan sejak itu hidup dalam buangan bagi mengelak disabitkan dengan tuduhan rasuah yang didakwanya bersifat politik.
Bekas Presiden Perancis – Nicolas Sarkozy
BekasPresiden Perancis, Nicolas Sarkozy didakwa terbabit dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa sekaligus menjadi pemimpin pertama negara itu menghadapi pertuduhan jenayah. Jika didapati bersalah, beliau berhadapan hukuman penjara maksimum 10 tahun. Kesnya bermula apabila bekas pemimpin Libya, Muamar Gaddafi membiayai kempen politiknya dengan memberikan sebanyak 50 juta euro selain dari wanita terkaya Perancis iaitu pewaris L’oreal, Liliane Betencourt. Ada juga dakwaan dia menerima RM13.6 juta untuk kempen pilihanrayanya.
Bekas Perdana Menteri Bangladesh – Khaleda Zia
Bekas pemimpin ini telah didapati bersalah telah didapati bersalah atas satu kesalahan rasuah dan dihukum penjara lima tahun. Turut terkena anak lelakinya, Tarique Rahman. Zia dan lima yang lain termasuk anak lelakinya, Tarique, telah didakwa menggelapkan lebih 20 juta taka (AS$253,164) sumbangan asing untuk Tabung Amanah Anak-Anak Yatim Zia dari tahun 2001 hingga 2006, ketika beliau menjadi perdana menteri.
Bekas Presiden Afrika Selatan – Jacob Zuma
Ini lagi pemimpin yang terlibat dengan rasuah. Biar negaranya mengalami kemelesetan ekonomi tetapi Jacob Zuma begitu tegar memakan rasuah lebih dari 9 tahun pemerintahannya.
Bekas Presiden Taiwan – Chen Shui-bian
Bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-bian yang sering membangkitkan kemarahan China dengan pendirian prokemerdekaan beliau, hari ini mula didakwa atas beberapa tuduhan rasuah. Beliau yang pernah berjanji untuk membersihkan politik Taiwan merupakan bekas pemimpin pertama negara ini yang didakwa. Beliau dan isterinya Wu Shu-chen didakwa menggelapkan dana awam berjumlah berjuta-juta dolar selain menerima rasuah yang besar dalam satu urus niaga pembelian tanah. Anak lelaki dan menantu mereka juga didakwa melakukan penggubahan wang haram.
Bekas Perdana Menteri Isreal – Ehud Olmert
Rupanya bekas Perdana Menteri Israel Ehud Olmert pernah didakwa akibat rasuah dan menerima hukuman penjara 27 bulan sekaligus menjadi pemimpin pertama negara Israel yang dijatuhkan hukuman penjara.
Bekas Presiden Peru – Alejandro Toledo
Jabatan kehakiman Peru meminta Amerika Syarikat mengekstradisi bekas pemimpinnya, Alejandro Toledo yang didakwa melakukan rasuah. Toledo berdepan pertuduhan menerima rasuah sebanyak US$20 juta daripada gergasi pembinaan Brazil, Odebrecht, sebagai pertukaran untuk kontrak kerja-kerja awam yang menguntungkan. Presiden Peru dari 2001 hingga 2006 itu juga didakwa melakukan kesalahan menjaja pengaruh dan pengubahan wang haram.
Sepatutnya apabila menjadi pemimpin, harus amanah semasa mentadbir negara tetapi nampaknya ada pemimpin mengambil peluang untuk kepentingan diri sendiri semasa memegang tampuk pemerintahan. Semoga kisah mereka ini dijadikan pengajaran buat semua.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan bintang realiti televisyen yang popular dengan kisah adik-beradik, The Kardashian.
Memilki empayar bisnesnya sendiri iaitu Kylie Cosmetics, jenama pakaian dan banyak lagi, kesemuanya bernilai $900 juta di usia 21 tahun, secara tak langsung menjadikan Kylie wanita terkaya di Amerika Syarikat.
Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Majalah Forbes, dianggarkan syarikat milik remaja ini bernilai sekurang-kurangnya USD$900 juta iaitu bersamaan dengan RM3.678 bilion. Pergh, muda-muda lagi dah jadi jutawan.
Lebih hebat lagi apabila Kylie berjaya menewaskan pengasas Facebook Mark Zuckerberg yang menjadi bilionair termuda pada usia 23 tahun. Malah, dia berada di ranking ke 2,057 sebagai orang paling kaya di dunia ketika ini.
Tahniah kami ucapkan kepada adik tiri Kim, Khloe dan Kourtney Kardashian ini kerana telah berjaya mencipta nama menerusi jenama kosmetiknya sendiri, sekaligus menjadi antara remaja paling kaya di dunia.
Semoga kejayaan selebriti Hollywood ini menjadi inspirasi buat anak muda di Malaysia untuk terus berusaha dan berjaya dalam hidup.
Fenomena drama Sweet Dreams memang tidak dinafikan sangat meletup apatah lagi boleh dikatakan saban malam drama tersebut trending di laman media sosial.
Selain itu, teraju utama drama tersebut iaitu Qash, Karl dan Putri yang dilakonkan oleh Ben Amir, Sean Lee dan juga Mira Filzah juga turut trending.
Minggu hadapan pula merupakan minggu akhir drama tersebut ditayangkan membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah pengakhiran kisah cinta antara Qash dan Putri.
Di saat orang ramai sedang berspekulasi, Ben Amir yang melakonkan watak Qash memuat naik status seperti bagi hint pengakhiran drama tersebut.
“If I die tonight, you know it’ll be alright, just smile for me, reminisce the fond memories,” tulisnya.
If I die tonight You know it'll be alright Just smile for me Reminisce the fond memories
Aktres meningkat naik, Amelia Christie Lim menzahirkan kesyukuran dan gembira apabila akhirnya berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama Jaecoo, pada usia 24 tahun.
Menerusi sebuah hantaran...