YG Entertainment telah mengesahkan bahawa pasangan Nam Joo Hyul dan Lee Sung Kyung memang benar tidak bersama lagi dan punca perpisahan tidak diberitahu kerana ia adalah hak peribadi mereka.
Pada 18 Ogos lalu telah dilaporkan pasangan selebriti Korea ini telah berpisah dan menurut orang-orang dalam industri, punca perpisahan adalah disebabkan jadual yang padat dan sibuk dengan aktiviti seni masing-masing.
Pasangan ini telah pun mengesahkan hubungan mereka pada 24 April lalu, ketika kedua-duanya membintangi siri TV Cheese in the Trap dan Weightlifting Fairy Kim Bok Joo.
Nam Joo Hyul kini sedang membintangi drama Bride of the Water God, manakala Lee Sung Kyung sedang menjalani filem terbarunya akan datang, Love Sling.
Nampaknya memang dua selebriti ni benar-benar busy dengan kerjaya masing-masing. Tak apa lah kalau dah jodoh tak ke mana kan? Mana tau tengah merajuk manja-manja je. Nanti-nanti okay la tu kot. Hehe
Doakan yang baik-baik.
Sumber: soompi.com
Peminat Bola Sepak Kecewa 21,000 Tempat Duduk ‘Hilang’, KBS Berjumpa Perbadanan Stadium
Selepas Harimau Malaya layak untuk perhitungan separuh akhir menentang juara bertahan, Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, keterujaan para penyokong sukar dibendung lebih lagi perlawanan itu bakal berlangsung pada cuti hujung minggu.
ARTIKEL BERKAITAN : Kenali Stuart Wilkin, Atlet Kacak Kacukan England-Malaysia. Jaring 2 Gol Bantu Malaysia Kalahkan Singapura
Namun, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan hanya 59,000 tiket ditawarkan daripada 80,000 kapasiti tempat duduk ditawarkan kepada peminat Harimau Malaya yang datang menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF 2022.
Difahamkan, sebanyak 21,000 tempat duduk terpaksa ‘dikorbankan’ gara-gara dihalang oleh struktur pentas konsert penyanyi Taiwan, Jay Chou yang akan berlangsung pada 15 Januari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
KBS Bertindak
Sementara itu, Menteri KBS Hannah Yeoh, menjelaskan update terkini tentang isu tersebut.
Kita masih dalam proses perbincangan.. ~ YB @hannahyeoh #BukitJalil#HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/OnaPLV2oZq
— Twt_BukitJalil 🏟 (@twt_bukitjalil) January 5, 2023
Hannah Yeoh menyatakan bahawa KBS sedang berbincang dengan pihak perbadanan stadium mengenai isu 21,000 tempat duduk yang terpaksa ditutup. Berdasarkan kenyataan beliau, para peminat berharap isu tersebut dapat diselesaikan segera agar Stadium Nasional Bukit Jalil “full house” dengan sokongan padu penyokong Harimau Malaya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jadikan KACANG GAJUS Snek Sihat, Ini Senarai Khasiatnya!
Kacang gajus adalah kacang yang berasal daripada biji buah gajus. Kacang ini sering dijadikan makanan snek ringan atau kudapan tak kira waktu.
Di sebalik keenakan rasa kacang gajus, ia mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan dikaitkan dengan penurunan risiko pelbagai penyakit. Kacang gajus mengandungi protein dan mineral penting termasuk tembaga, kalsium, magnesium, zat besi, fosforus, potasium dan zink.
Jom ikuti lanjut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad
INI KHASIAT KACANG GAJUS
Antaranya khasiat kacang gajus ialah :
1. Kesihatan otot dan saraf
Kacang gajus adalah sumber magnesium penting untuk pembentukan tulang, otot, tisu dan organ tubuh lain.
Kandungan magnesium membantu mengekalkan tekanan darah, meningkatkan imuniti, mengekalkan fungsi saraf dan mengekalkan tulang yang kuat.
2. Mengurangkan risiko diabetes
Kacang gajus mengandungi jumlah gula sangat rendah dan tiada kolesterol jahat. Ini membolehkan kacang gajus selamat diambil pesakit diabetes, malah membantu mengurangkan risiko diabetes Jenis 2.
3. Meningkatkan kesihatan tulang dan gigi
Kacang gajus membekalkan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Kandungan fosforus juga membantu dalam sistesis protein, menyerap lemak dan karbohidrat serta penyelenggaraan kesihatan sel.
4. Meningkatkan sistem imun
Kacang gajus mengandungi zink yang memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun menentang jangkitan mikrob dan menyembuhkan luka.
Ia juga sangat penting dalam tempoh kehamilan untuk pembesaran bayi dan perkembangan kanak-kanak bagi mengekalkan tubuh yang sihat.
Sumber: Dr Zubaidi Haji Ahmad
BACA LAGI : Adele Dedah Alami Anxiety Akibat Penceraian, Rutin Workout Bantu Kesihatan Mental – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Apologies To Malaysia And…”, Teruk Dikecam Wanita Rusia Panjat Merdeka 118 Mohon Maaf
Kecoh baru-baru ini apabila pasangan ‘daredevil’ dari Rusia, Ivan dan Angela terkenal dengan keberanian memanjat puncak bangunan pencakar langit di seluruh dunia memuat naik hantaran foto terbaru di puncak menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur.
ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan RUSIA Tawan Puncak Menara Merdeka 118, Warganet Skeptikal Mana Pegawai Keselamatan?
Malah, jika semalam pasangan ini membuat pendedahan bagaimanana dia menceroboh masuk ke Menara Merdeka 118, pendaki ekstrem wanita warga Rusia, Angela Nikolau tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia.
Permohonan maaf itu dilakukan Angela menerusi satu ciapan balas terhadap seorang pengguna Twitter yang tampil meluahkan beberapa sebab kenapa perbuatan wanita itu dan pasangannya dibenci rakyat Malaysia.
I appreciate you making a thread about it and I apologise if I offended the feelings of Malaysian people. That was never my intent.
I wish nothing but piece and art, and in no way am I interested in any kind of conflict or hatred.
Apologies to Malaysia and its people.
— Angela Nikolau (@AngelaNikolau_) January 5, 2023
“Saya menghargai anda membuat bebenang tentang itu (menceroboh) dan saya memohon maaf jika saya menyinggung perasaan rakyat Malaysia. Itu bukan niat sebenar saya,” kata Angela.
Hanya Berkarya Dan Kerja Seni
Dia dalam masa sama turut menjelaskan tindakan menceroboh dan memanjat menara itu hanyalah satu kerja seni dan karyanya.
“Saya tidak mengharapkan apa-apa selain hanya karya dan seni. Saya juga tiada niat untuk mencetuskan sebarang konflik atau kebencian. Minta maaf kepada Malaysia dan rakyatnya,” kata wanita itu lagi.
Terdahulu, wanita Rusia ini menerusi satu bebenang panjang lebar di Twitter berkongsi pengalamannya menceroboh masuk ke dalam menara kedua tertinggi di dunia itu. Malah lebih menjengkelkan apabila dia turut menyamar menjadi pekerja binaan dengan menyarung uniform pekerja, topi keselamatan dan juga tudung sewaktu membuat cubaan tersebut.
Dia turut menyifatkan perasaannya terhadap Menara Merdeka 118 umpama ‘jatuh cinta pandang pertama’.
Hmm…amacam guys nak maafkan tak ni?
Selain itu, REMAJA juga pernah berkongsi mengenai seorang pegawai wanita yang berani berkhidmat sebagai juruteknik akses tali di Menara Berkembar Petronas.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Malaysia Berani Takluki Bangunan Pencakar Langit Demi Tugas – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.