Semua orang pasti impikan kesihatan mentaliti yang baik. Namun kadangkala, corak pemikiran kita boleh bertukar sama ada ke arah positif ataupun negatif. Jom cuba kuiz ini bagi memastikan adakah mentaliti kamu benar-benar sihat.
Sebenarnya Watak Black Widow Milik Emily Blunt. Scarlett Johansson Bersyukur Biarpun Dia Pilihan Kedua
Siapa sangka sebenarnya watak Natasha Romanoff atau Black Widow yang diperkenalkan dalam filem Iron Man 2 bukanlah diberi kepada Scarlett Johansson terlebih dahulu. Namun pengarah Jon Favreau menawarkan watak tersebut kepada pelakon terkenal menerusi filem A Quiet Place , Emily Blunt setelah beberapa sesi ui bakat dilakukan.
Walaubagaimanapun ketika itu Emily tidak dapat memberikan komitmen terhadap rangkaian filem tersebut kerana sudah mengikat kontrak untuk berlakon dalam sebuah filem komedi, Gulliver’s Travel. Dalam satu sesi temubual dalam The Howard Stern Show, aktres tersebut berkongsi cerita.
Dia menjelaskan, “Saya telah terikat dengan kontrak untuk Gulliver’s Travel. Saya tidak mahu melakukan Gulliver’s Travel sebenarnya. Itu agak memilukan bagi saya kerana saya sangat bangga dengan keputusan yang saya buat dan sangat bermakna bagi saya untuk filem yang saya lakonkan. Jadi situasi tersebut sangat sukar.”
Scarlett Johansson pula berkongsi kisahnya apabila dia mendapat tahu yang dia pada mulanya tidak terpilih untuk memegang watak Black Widow yang menaikkan namanya ke satu tahap yang lebih tinggi.
“Saya adalah peminat tegar filem Iron Man. Bekerja bersama Jon Favreau dan Robert Downey Jr merupakan salah satu impian saya. Namun setelah diberitahu yang saya tidak mendapat watak tersebut, saya terkejut. Namun perkara seperti ini berlaku setiap masa,” ujarnya tentang perasaan apabila diberitahu yang watak tersebut telah diberikan kepada orang lain.
.
Namun siapa sangka, memang sudah ditakdirkan yang dia akan menjadi Natasha Romanoff atau Black Widow yang dinanti-nantikan dalam rangkaian fiem superhero itu. Bagai orang mengantuk disorong bantal, apabila pengarah Iron Man 2, Jon mahu bertemu dengannya semula dan kemudiannya menawarkaan watak tersebut kepadanya, tanpa ragu dia terus bersetuju.
Bercerita tentang peluang kedua yang diperolehinya, Scarlett menegaskan, “Setiap peluang adalah peluang untuk bekerja. Tiada panggilan yang lebih baik dari panggilan kedua yang pada mulannya anda sudah hilang pekerjaan yang dimahukan. Saya sangat teruja dengan peluang kedua itu”
***P/S- Jadi apa pendapat korang? Kalau Emily Blunt yang pegang watak Black Widow adakah akan lebih diingati berbanding Scarlett?
Alert Marvel Fans! ‘LOKI’ Kini Boleh Ditonton Di Disney+ Hotstar
Setelah melancarkan klip teaser sempena acara Disney Investor Day pada Disember tahun lalu, akhirnya drama bersiri pendek paling dinanti-nantikan oleh peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) menemui kita semua.
Enam buah episod istimewa bagi siri original ‘LOKI’ kini boleh ditonton setelah ia menemui penonton pada 9 Jun, semalam.
Ditayangkan khas di platform Disney+ Hotstar, tiba sudah masanya untuk God of Mischief ini keluar dari bayangan abangnya, Thor dan tumpuan sepenuhnya diberikan kepada – as he deserves!
Seperti dijangka, kami sukar untuk move on daripada episod pertama yang ditayangkan semalam. Bukan hanya disebabkan oleh kemunculan LOKI sebagai watak utama yang dilakonkan oleh Tom Hiddleston, tetapi ada tiga sebab utama yang menyebabkan siri ‘LOKI’ ini wajib ditonton.
01
Episod pertama bermula dari babak filem Avengers: Endgame apabila Loki yang masih berada pada tahun 2012 meloloskan diri ke Tesseract. Di sana, Loki berdepan cabaran untuk survive di bawah kuasa Time Variance Authority (TVA)
02
Jika korang rasakan siri original ini adalah bergenre komedi disebabkan karakter LOKI serta teaser pertamanya dahulu, well – you are wrong.
Memang ada elemen komedi yang dimasukkan, tetapi ia juga menyelitkan elemen crime thriller, emosi dan adventure. Loki ingin membantu menyiasat siapakah sebenarnya yang bersalah.
Di sini, Loki bergabung tenaga dengan Ejen Mobius dan ia membuatkan dinamik siri ini lebih menarik.
03
Tentulah disebabkan oleh kehadiran para pelakon yang berbakat! Tom Hiddleston ditemani nama-nama besar seperti Owen Wilson, Gugu Mbatha-Raw, Sophia Di Martino, Wunmi Mosaku dan Richard E. Grant.
*
Jangan lupa untuk menonton episod baharu LOKI pada setiap hari Rabu di platform Disney+ Hotstar ataupun di aplikasi Disney+ Hotstar di Android serta iOS.
Langgan selama tiga bulan untuk RM54.90 saja.
SK Intan Baiduri Rai Sambutan Bulan Kemerdekaan & Ulangtahun Ke 15
31 Ogos ini, negara akan meraikan sambutan hari kebangsaan. Memilih tema Sayangi Malaysiaku, ini kali ke 61 negara mencapai kemerdekaan. Sebagai rakyat yang hidup dalam sebuah negara yang aman damai, seharuskan kemakmuran ini dikekalkan sampai bila-bila.
Sempena hari kemerdekaan yang bakal disambut dua hari lagi, SK Intan Baiduri, Kuala Lumpur terlebih dahulu menyambutnya demi menyemai semangat patriotik di kalangan pelajar sekolah. Ia juga sempena Ulang Tahun ke 15 Sekolah Kebangsaan Intan Baiduri yang menyambut jubli gangsanya.
Menurut Guru Besar SK Intan Baiduri Tuan Haji Ahmad Fuad Haji Ahmad, program sambutan bulan kemerdekaan ini bermatlamat melahirkan semangat patriotik dalam diri para pelajar.
“Masa yang sama, ia menanam semangat jati diri dalam kalangan pelajar. Program sebegini juga mampu memupuk nilai kesyukuran dan bangga terhadap negara, menghargai jasa dan tokoh-tokoh terdahulu dan murid-murid dapat hidup bersatu padu dengan menghayati tema kemerdekaan sepenuhnya,”katanya ketika ditemui.
Pada majlis penuh meriah itu, bermula dari murid-murid pra sekolah diikuti perbarisan tahap satu mengikut kelas, masing-masing segak dengan gaya kemerdekaan, berbaris dan membuat lintas langsung hormat kepada para guru, ibu bapa, warga emas PPR Intan Baiduri, anggota keselamatan seperti bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, polis dari Balai polis trafik Kuala Lumpur serta Jabatan Pertahanan Awam Sentul (JPAM), mantan pentadbir SK Intan Baiduri yang turut berada di tapak sekolah. Hadir sama adalah Guru Besar St Mary yang juga merupakan jiran sekolah berdekatan pada majlis penuh kemeriahan ini.
Ada yang memilih tema bendera Malaysia untuk dijadikan baju, ada tema tradisional. Tidak kurang juga penuh semangat dan gaya tersendiri anak-anak kecil ini dididik dan dipupuk untuk menanam semangat patriotik dalam diri pelajar.
Selesai perbarisan, diadakan pula acara pertandingan basikal berhias. Pelbagai acara diadakan termasuklah pertandingan nanyian koir, kelas paling patriotik serta tayangan filem patriotik kepada pelajar. Bukan itu saja, acara dipadatkan lagi dengan beberapa pertandingan lain seperti persembahan tarian tradisional, persembahan bercerita kemerdekaan, persembahan koir, persembahan sajak kemerdekaan, nyanyian lagu patriotik dan banyak lagi.
Majlis sambutan bulan kemerdekaan dan ulang tahun ke 15 SK Intan Baiduri diserikan dengan kehadiran persembahan pancaragam dari SMK St Mary serta “cop tangan” di dinding sekolah yang menjadi nilai untuk dikenang.
Di sebalik keriangan pelajar, iringan masuk kereta bomba, polis dan JPAM dengan lintas langsung memberikan keceriaan berganda untuk pelajar. Lebih menarik, pelajar diberi kesempatan menaiki kereta bomba, polis dan JPAM demi memupuk minat mereka dalam dunia pekerjaan apabila dewasa kelak.