Semua orang pasti impikan kesihatan mentaliti yang baik. Namun kadangkala, corak pemikiran kita boleh bertukar sama ada ke arah positif ataupun negatif. Jom cuba kuiz ini bagi memastikan adakah mentaliti kamu benar-benar sihat.
Terbaru, pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Do Hyun akhirnya berjaya menamatkan khidmat wajib ketenteraannya selama 1 tahun 9 bulan di bawah Band Tentera Udara, dan mengucapkan rasa terima kasih mendalam kepada semua pihak yang menyokongnya sepanjang tempoh tersebut.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram milik pelakon drama bersiri popular Sweet Home itu meluahkan bersyukur dan menghargai jasa semua pihak yang banyak mengajar dirinya selama berada di kem latihan.
“Terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyayangi dan menghargai saya, serta para pegawai dan rakan seperjuangan di Band Tentera Udara”
“Saya dapat selesaikan semua ini dengan penuh kenangan manis dan hati yang bersyukur,” tulisnya.
Kredit foto: Instagram Lee Do HyunKredit foto: Instagram Lee Do Hyun
Mengimbau kembali tempoh hampir dua tahun berkhidmat, pelakon filem Exhuma itu mengakui ia bukan masa yang mudah.
“Semasa saya menjalaninya, masa terasa begitu panjang. Tapi bila semuanya berakhir, rasa ia berlalu dengan begitu pantas. Ada rasa sedih, tapi saya juga lega kerana saya telah lakukan yang terbaik tanpa penyesalan,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, tidak mahu membiarkan peminat menantikan kemunculannya lebih lama, Do Hyun turut berkongsi berita gembira bahawa beliau sedang merancang untuk bertemu mereka dalam satu acara istimewa.
“Saya mahu berkongsi kisah yang tak dapat saya luahkan sebelum ini. Sekarang saya sedang merancang satu sesi istimewa untuk bertemu anda semua secara langsung. Saya akan sangat berterima kasih kalau awak (peminat) boleh hadir dan jadikan acara itu lebih bermakna,” tambahnya lagi.
Kredit foto: Instagram Lee Do HyunKredit foto: Instagram Lee Do Hyun
Sementara itu, agensinya, Yuehua Entertainment, turut tampil dengan kenyataan rasmi mengenai perjalanan kerjaya Lee Do Hyun selepas tamat latihan tentera dan memaklumkan bahawa pelakon berusia 30 tahun itu sudah menerima pelbagai tawaran menarik dari beberapa pengarah.
“Lee Do Hyun telah menerima banyak tawaran untuk drama dan filem. Bukan itu sahaja, beliau juga menjadi buruan beberapa jenama untuk iklan komersial,” ujar Yuehua Entertainment.
Pada masa yang sama, pihak agensi tersebut turut memohon kepada para peminat agar menantikan kemunculan semula bintang kesayangan ramai itu.
Sekadar info, Lee Do Hyun yang terkenal dengan lakonan emosinya dan wajah yang tenang, mula mencipta nama melalui pelbagai drama seperti Youth of May, 18 Again, The Good Bad Mother, Prison Playbook dan Hotel del Luna.
Melalui semangat baru dan sokongan padu dari peminat, Do Hyun sudah pasti bersedia untuk kembali aktif dan tampil menerusi karya-karya berkualiti di layar skrin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat filem aksi yang mendebarkan, kami ingin mencadangkan sebuah lagi filem yang korang boleh tonton iaitu Ambulance arahan pengarah tersohor Michael Bay.
Mengisahkan tentang dua bersaudara yang merompak bank akhirnya berlaku kacau bilau apabila rancangan mereka untuk melarikan diri telah menyebabkan mereka merampas sebuah ambulan.
Sumber: United International Pictures
Will dan Danny harus melarikan diri daripada penguatkuasaan undang-undang yang melakukan pencarian besar-besaran di seluruh bandar. Mereka perlu memastikan untuk tidak membunuh antara satu sama lain.
Dalam filem yang berdurasi selama 2 jam 16 minit ini, penonton bakal disajikan dengan adengan penuh aksi lakonan Jake Gyllenhaal, Yahya Abdul-Mateen II, Eiza Gonzalez, Garret Dillahunt dan A Martinez. Bermula dengan agak perlahan, namun sedikit demi sedikit penceritaan jalan cerita berkembang dan membuatkan penonton ‘tidak senang duduk’.
Sumber: United International Pictures
Filem ini juga penuh dengan aksi kejar mengejar antara penjenayah dan polis, tetapi apa yang lebih mendebarkan apabila orang tebusan mereka adalah seorang pegawai polis yang cedera di tembak dan seorang jururawat yang bertungkus lumus memastikan agar anggota polis itu terus hidup.
Jadi, Ambulance bukan sahaja hanya sekadar menyaksikan babak-babak berlawan tetapi turut memaparkan adengan paramedik yang berusaha keras membantu menyelamatkan nyawa.
Sumber: United International PicturesSumber: United International Pictures
Nah, kami tak mahu nak cerita panjang lagi kerana lebih baik korang tonton sendiri di pawagam kerana ia menjanjikan sebuah filem aksi terbaik tahun ini. Ambulance bakal menemui penonton bermula 24 Mac 2022 di seluruh pawagam tanah air.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa baru-baru ini memohon orang ramai untuk berhenti mengecam adiknya, Ameera Khan dan pelakon kontroversi, Jefri Nichol yang kini difahamkan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta.
Permintaan itu dibuat selepas ada pihak yang meluahkan rasa kurang senang dengan pasangan itu terlalu kerap mempamerkan kemesraan mereka di media sosial, selain kisah peribadi Jefri yang dikatakan penuh dengan kontroversi.
Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor (37) berkata, beliau sudah menjalankan tanggungjawab sebagai kakak dengan memberi nasihat kepada Ameera, namun enggan berkongsi secara terperinci mengenai perkara itu.
“Saya tidak boleh berkongsi dengan orang luar apa yang saya lakukan. Cuma sebagai kakak, saya sudah melakukan bahagian saya dan tahu apa yang sesuai untuk dilakukan terhadap adik saya”
“Pada masa sama, saya mahu minta semua, jangan mengecam atau tulis yang buruk-buruk. Sekalipun kamu suka atau tidak suka, tolong selitkan doa yang baik,” katanya.
Tambahnya, beliau percaya dengan takdir Allah dan setiap perancangan boleh diubah menjadi sesuatu yang baik jika ramai yang mendoakan hal baik serta menegaskan bahawa dirinya juga mahu yang terbaik untuk dirinya dan adik-beradik.
Walaupun kisah percintaan Ameera terus menjadi topik hangat dan bualan orang ramai, Neelofa menjelaskan bahawa dia tidak terganggu dengan kecaman yang dilemparkan.
“Alhamdulillah tak mengganggu saya langsung. Namun tak bermakna saya tak peduli apa yang orang tegur dan nasihat. Kita ambil cakna dan benda itu saya rasa tak patut kita kongsikan kepada khalayak mengenai apa yang kami buat atau bincangkan,” jelasnya.
Jelas bekas pengacara rancangan MeleTOP itu lagi, keluarganya mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan setiap isu yang berlaku dengan berhemah dan beradab.
“Walaupun di mata orang belum cukup bagus, tapi InsyaAllah kita tahu apa yang terbaik untuk dia,” katanya.
Terdahulu, Ameera Khan meraih perhatian warga internet apabila dilihat duduk di riba Jefri Nichol sambil berpelukan mesra dalam satu hantaran di media sosial. Apa yang lebih mengejutkan, aksi spontan Jefri yang mengucup pipi Ameera sambil merangkul erat dalam pelukannya mengundang rasa kurang senang orang ramai.
Sebelum ini, Jefri pernah berdepan kecaman selepas membuat pendedahan pernah meniduri lebih 20 wanita, selain berlaku curang terhadap pasangannya. Ameera dan Jefri dilapor pernah menjalin hubungan cinta dan hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas wanita itu tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram.
Namun, pada penghujung Mac tahun 2024, percintaan mereka dikatakan kembali bertaut selepas pelakon itu menghubungi Ameera menerusi satu panggilan video.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...