31 Ogos ini, negara akan meraikan sambutan hari kebangsaan. Memilih tema Sayangi Malaysiaku, ini kali ke 61 negara mencapai kemerdekaan. Sebagai rakyat yang hidup dalam sebuah negara yang aman damai, seharuskan kemakmuran ini dikekalkan sampai bila-bila.
Sempena hari kemerdekaan yang bakal disambut dua hari lagi, SK Intan Baiduri, Kuala Lumpur terlebih dahulu menyambutnya demi menyemai semangat patriotik di kalangan pelajar sekolah. Ia juga sempena Ulang Tahun ke 15 Sekolah Kebangsaan Intan Baiduri yang menyambut jubli gangsanya.
Menurut Guru Besar SK Intan Baiduri Tuan Haji Ahmad Fuad Haji Ahmad, program sambutan bulan kemerdekaan ini bermatlamat melahirkan semangat patriotik dalam diri para pelajar.
Guru Besar, Tuan Haji Ahmad Daud menurunkan “cop tangan” di dinding sekolah sempena ulang tahun ke 15 Sk Intan Baiduri.
Barisan guru dan PIBG sama memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan ini
“Masa yang sama, ia menanam semangat jati diri dalam kalangan pelajar. Program sebegini juga mampu memupuk nilai kesyukuran dan bangga terhadap negara, menghargai jasa dan tokoh-tokoh terdahulu dan murid-murid dapat hidup bersatu padu dengan menghayati tema kemerdekaan sepenuhnya,”katanya ketika ditemui.
Ads
Pada majlis penuh meriah itu, bermula dari murid-murid pra sekolah diikuti perbarisan tahap satu mengikut kelas, masing-masing segak dengan gaya kemerdekaan, berbaris dan membuat lintas langsung hormat kepada para guru, ibu bapa, warga emas PPR Intan Baiduri, anggota keselamatan seperti bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, polis dari Balai polis trafik Kuala Lumpur serta Jabatan Pertahanan Awam Sentul (JPAM), mantan pentadbir SK Intan Baiduri yang turut berada di tapak sekolah. Hadir sama adalah Guru Besar St Mary yang juga merupakan jiran sekolah berdekatan pada majlis penuh kemeriahan ini.
Perarakan masuk pelajar dalam Pertandingan Perbarisan Tahap 1 dan Pra Sekolah
Masing-masing ceria dalam tema pakaian yang berwarna warni
Ads
Pertandingan basikal berhias disertai murid tahap 2
Ada yang memilih tema bendera Malaysia untuk dijadikan baju, ada tema tradisional. Tidak kurang juga penuh semangat dan gaya tersendiri anak-anak kecil ini dididik dan dipupuk untuk menanam semangat patriotik dalam diri pelajar.
Selesai perbarisan, diadakan pula acara pertandingan basikal berhias. Pelbagai acara diadakan termasuklah pertandingan nanyian koir, kelas paling patriotik serta tayangan filem patriotik kepada pelajar. Bukan itu saja, acara dipadatkan lagi dengan beberapa pertandingan lain seperti persembahan tarian tradisional, persembahan bercerita kemerdekaan, persembahan koir, persembahan sajak kemerdekaan, nyanyian lagu patriotik dan banyak lagi.
Ads
Majlis sambutan bulan kemerdekaan dan ulang tahun ke 15 SK Intan Baiduri diserikan dengan kehadiran persembahan pancaragam dari SMK St Mary serta “cop tangan” di dinding sekolah yang menjadi nilai untuk dikenang.
Barisan guru-guru dari Sk Intan Baiduri yang tampil dengan semangat patriotik
Di sebalik keriangan pelajar, iringan masuk kereta bomba, polis dan JPAM dengan lintas langsung memberikan keceriaan berganda untuk pelajar. Lebih menarik, pelajar diberi kesempatan menaiki kereta bomba, polis dan JPAM demi memupuk minat mereka dalam dunia pekerjaan apabila dewasa kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bella Hadid baru-baru ini mengumumkan bahawa dia ingin berehat sebentar dari dunia modelling .
Model selebriti yang terkenal dengan clean girl aesthetic itu menyatakan hasrat untuk lebih fokus pada kebahagiaan dan kesihatan diri selepas ini.
Kredit: Latinus Beauty
Selain itu, Bella Hadid juga mengaku bahawa dia berasa lebih gembira kerana tidak perlu wajah ‘fake’ di hadapan orang sekeliling lagi.
Walaupun telah menempa nama dalam industri sejak berusia 16 tahun, Bella mengaku bahawa kini dunia modelling bukan untuk dirinya lagi.
Melalui temubual bersama majalah Allure baru-baru ini, Bella juga berkongsi kisah kehidupannya bersama pasangan, Adan Banuelos setelah berpindah ke Texas.
Kredit: Vogue
Katanya, dia seperti menemukan jati diri selepas berpindah ke Texas. Berbeza daripada kehidupan sebelum ini di mana Bella tidak dapat merasakan keseimbangan hidup walaupun selepas meraih kejayaan dan populariti sebagai supermodel.
Kredit: Vogue
Bella yang juga kini bergelar usahawan, ingin fokus pada perniagaan produk wangian barunya iaitu Orebella. Produk ini merupakan inspirasi dari budaya keluarganya sendiri yang berketurunan Arab.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya kemelut rumah tangga antara pengarah terkenal tanah air, Syamsul Yusof dan isterinya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana masih belum berakhir apabila mereka dilihat saling membalas kenyataan di media sosial.
Terbaharu, Puteri Sarah menjawab kenyataan yang telah dibuat oleh suaminya mengenai tindakan pengarah itu menyekatnya di aplikasi WhatsApp.
Menurut Sarah, Syamsul memutar belit cerita berhubung konflik yang berlaku dalam rumah tangga mereka. Bukan itu sahaja, bahkan pelakon berkenaan turut meminta Syamsul untuk berhenti mencipta ‘drama’ seolah-olah dia adalah mangsa keadaan.
“Twistlah cerita selagi boleh. Tak apa lah nak minta lepas pun. Jangan lepas ini twist lagi cerita pula ‘Sarah yang minta lepaskan sangat, saya tak nak. Selama ini saya sayang dia. Cukuplah dengan ‘play victim’ (mangsa keadaan) dan menyalahkan,” tulisnya panjang.
Puteri Sarah tampil mencoretkan perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory, pada tengah pagi tadi.
Semalam, Puteri Sarah dalam satu perkongsian entri yang sama, meminta agar dirinya dilepaskan kerana dia tidak rela dimadukan dengan cara yang tidak mengikut syariah.
Pada hari sama, pengarah itu turut mendedahkan dia terpaksa menyekat aplikasi WhatsApp isterinya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan situasi hubungan mereka.
Jumaat lalu, pengarah filem Mat Kilau itu akhirnya menamatkan segala spekulasi apabila membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand. Pengakuan itu dibuat Syamsul menerusi satu video yang dimuat naik menerusi Instagramnya.
Sekadar informasi, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa sahaja tidak mengenali figura terkenal dalam industri penyampaian radio, Faizal Ismail yang lebih dikenali sebagai FBI. Pernah berkhidmat sebagai penyampai radio Hot FM selama hampir sedekad, beliau kini beralih ke radio ZAYAN.
Baru-baru ini beliau ditemui di acara World #QuranHour yang bersiaran secara langsung di Masiid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Turut teruja dengan kehadiran peserta program tersebut yang dikatakan berlipat ganda jumlahnya berbanding tahun-tahun sebelumnya, beliau turut mengakui akan kehebatan kitab suci Al-Quran dalam hidupnya.
“Dulu saya pernah dijemput tapi kali ini lebih bermakna kerana baru-baru ini, saya banyak mendalami maksud Al-Quran dengan lebih lagi. Saya juga ingin kongsikan rahsia di mana perubahan yang berlaku dalam hidup saya ini, asbabnya sebab Al-Quran juga,” ujar beliau kepada Remaja.
Menurut penyampai radio ZAYAN itu lagi, Allah SWT telah memberinya peluang untuk memuhasabahkan diri dan mengubah perjalanan hidupnya dari dunia yang dahulu kepada dunia yang lebih dekat dengan Allah SWT menerusi kehadiran kitab tersebut.
“Al-Quran ini adalah satu mukjizat yang sangat besar dan kita patut ambil kesempatan ini. Mukjizat ini relevan kepada kita sepanjang zaman dan dapat menjadi ‘healing’ kepada kita,” tambah beliau lagi.
Beliau turut berkesempatan menyampaikan sampul duit raya kepada hadirin yang menghadiri program World #QuranHour.
Sekadar info, bapa kepada empat cahaya mata itu pernah menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang industri kreatif di Universiti Cardiff, United Kingdom (UK) pada Ogos 2019. Namun disebabkan penularan wabak Covid-19, situasi itu memaksa semua pusat pengajian ditutup dan pembelajaran diteruskan secara dalam talian.
Akhirnya beliau mengambil keputusan pulang ke tanah air dan sekembalinya beliau di sini, FBI mengambil keputusan menyertai tabligh, bagi melakukan perubahan dalam diri selepas didekati jemaah terbabit sewaktu di UK.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Astro, Kosmo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!