Pasangan romantik, penyanyi Zayn Malik dan model Gigi Hadid telahpun menyambut kelahiran anak sulung perempuan mereka menerusi media sosial pada hari ini.
Bagaimanapun, hari kelahiran sebenarnya adalah pada hujung minggu lalu, seperti yang dispekulasikan oleh banyak pihak.
Foto pengumuman tersebut menunjukkan Zayn sedang membelai anaknya sambil Gigi memuat naik caption berbunyi, “Anak perempuan telah dilahirkan ke dunia pada hujung minggu lepas dan dia telahpun mengubah dunia kami. So in love”.
Zayn juga tak melepaskan peluang untuk berkongsi berita gembira tersebut menerusi foto comenl seperti di bawah.
“Inilah anak perempuan kami, sihat dan cantik. Sukar untuk saya menggambarkan perasaan saya buat masa ini.
“Kasih yang saya terima hanya daripada tangan bayi kecil yang saya genggam ini amatlah hebat. (Saya) bersyukur untuk mengetahuinya, saya bangga untuk memanggilnya anak saya dan saya bersyukur terhadap kehidupan yang kami ada bersama.”
Seperti yang dijangka, ramai selebriti Hollywood mulai mengerumuni bahagian komen dan status untuk mengucapkan tahniah kepada Zayn dan Gigi.
Hailey Bieber
Ads
Olivia Culpo
Halima Aden
Ads
Patrick Schwarzenegger
Kourtney Kardashian
Ads
CHLOE x HALLE
Ashley Tisdale
Tambah comel sangat ayah kepada Gigi, Mohamed Hadid juga melontarkan ucapan tahniah. “Tahniah … Kasih Jido (panggilan datuk) akan selalu menjadi milik kamu, baby girl.”
Bagaimanapun, ucapan tahniah daripada ahli kumpulan One Direction seperti Harry Styles, Niall Horan, Liam Payne dan Louis Tomlinson masih tidak kelihatan. Besar kemungkinan mereka telahpun mengucapkannya secara private.
*
Ini cara Zayn dan Gigi mengekalkan hubungan mereka.
Kita selalu mendengar bahawa perempuan dinasihatkan untuk mengelak diri mereka daripada jatuh cinta terhadap lelaki kacak demi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa curang dan kecewa di kemudian hari.
But guys, bukan semua lelaki kacak itu sebenarnya bersifat buaya dan akan mengakhiri hubungannya disebabkan orang ketiga. Rasa cinta itu lahir dari dalam, bukannya berasaskan rupa luaran semata-mata.
Buktinya, 8 orang pelakon terkenal dan yummy kacak ini telah berjaya mempertahankan perkahwinan masing-masing untuk tempoh yang cukup lama.
Denzel Washington
Sebagai seorang suami yang berjaya mempertahankan perkahwinannya untuk bertahan selama 4 dekad, pelakon filem Flight & The Equalizer ini kekal bersama isterinya, Pauletta Pearson. Mereka bertemu di set penggambaran filem Wilma pada tahun 1977 dan sejak itu memiliki empat orang anak yang sedang mengikut jejak langkah Denzel.
Tahun Perkahwinan : 1983
Dato’ Rosyam Nor
Mereka sememangnya sweet! Dato’ Rosyam Nor mengahwini teman wanitanya, Runika Mohd Yusoff pada waktu beliau baru 3 tahun bertapak dalam industri seni dan membuktikan bahawa status sebagai pelakon lelaki yang sudah berkahwin tidak sesekali akan merudumkan kerjaya seni sesiapa. Sehingga kini, mereka telah dikurniakan 5 orang anak perempuan.
Tahun Perkahwinan : 1989
Tim McGraw
Oh such country sweethearts! Duo hebat dalam industri muzik Country iaitu Tim McGraw dan Faith Hill bertemu semasa sama-sama menjayakan jelajah konsert Spontaneous Combustion pada tahun 1996 dan terus berkahwin pada tahun yang sama! Sejak itu, masing-masing tidak dapat menidakkan rasa kasih sesama mereka selama 25 tahun dan kini mempunyai 3 anak perempuan. Tim dan Faith masih aktif berkolaborasi dan pernah melancarkan album bersama berjudul The Rest of Our Life pada tahun lalu.
Tahun Perkahwinan : 1996
Hisyam Hamid
Wajah kacak Hisyam yang menghiasi skrin televisyen Malaysia dan Singapura sering membuatkan ramai orang percaya dia seorang yang masih single. Namun memasuki 2021, Hisyam dan isterinya Rosmawati Hanafi telahpun mempertahankan perkahwinan yang dibina selama 15 tahun!
Ada masanya, Hisyam mengakui hubungan mereka diuji. Dia lebih selesa duduk berbincang dengan isteri berbanding mencari pertolongan orang lain. Agak sedih apabila Hisyam yang kini berkerja di Kuala Lumpur sudah terpisah selama beberapa bulan dengan keluarga di Singapura disebabkan wabak COVID-19.
Tahun Perkahwinan : 2006
Kevin Bacon
Tiga tahun bukanlah tempoh masa yang sekejap, namun pasangan selebriti Kevin Bacon dan Kyra Sedwick berjaya mengharungi segala cabaran sebagai pasangan. Menariknya, pada mulanya Kyra tidak begitu tertarik dengan Kevin setelah mereka berlakon bersama-sama menerusi filem Lemon Sky. But hey, love is blind.
Kevin pernah berkongsi tip bersama majalah People berkenaan rahsia mereka berdua masih bersama. “Dia tidak bersifat kompetitif apabila melihat graf karier saya. Kami sama-sama adalah pelakon tetapi kami tidak cuba untuk bertanding. She takes my successes as hers; I am the same way.”
Tahun Perkahwinan : 1988
David Beckham
Okay, ‘Power Couple’ ini pernah berdepan dengan pelbagai skandal termasuklah satu dakwaan bahawa David pernah mencurangi Victoria sekitar tahun 2004. Ingat lagi dengan bekas pembantu peribadi David, Rebecca Loos?
Namun, masing-masing belajar daripada insiden yang hampir meruntuhkan rumah tangga mereka itu dan sehingga kini, Posh dan Becks masiih bertahan selama lebih 22 tahun dan memiliki 4 orang cahaya mata. Malah, David juga dikatakan cukup sentimental dan masih menyimpan tiket penerbangannya di mana tercatat nombor telefon yang diberikan oleh Victoria.
Tahun Perkahwinan : 1999
Won Bin
Banyak sebenarnya selebriti kacak dari Korea Selatan yang telah memilih untuk berkahwin seperti Rain, Yeon Jung Hoon, Taeyang Big Bang, Lee Sang Woon dan ramai lagi. Namun kami merasakan perkahwinan pelakon popular, Won Bin kepada Lee Na-young setelah 3 tahun bercinta adalah sesuatu yang istimewa.
Masing-masing lebih selesa untuk menjaga privasi hubungan mereka. Won Bin juga sudah lama tidak muncul dengan projek baru sejak memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik bagi filem The Man From Nowhere dan dikatakan menolak peluang membintangi produksi K-drama premium pada tahun lalu. Namun dia masih aktif menjadi duta jenama dan dipercayai dibayar sehingga USD806,000 bagi satu iklan!
Tahun Perkahwinan : 2005
Datuk Aaron Aziz
18 tahun membina bahtera perkahwinan, pelakon Datuk Aaron Azizi dan Datin Diyana Halik sememangnya merupakan di antara sweet couple dalam industri hiburan negara. Kata Aaron dalam satu temu ramah tak lama dahulu, beliau menganggap ketiga-tiga orang anaknya merupakan sebab utama mereka berdua boleh bertahan.
Hubungan mereka tidak pernah diganggu orang ketiga kerana kuota berkahwin untuk tiga lagi itu sudah dipenuhi oleh anak-anaknya. “Saya berpegang pada 3 prinsip iaitu cinta, kasih dan amanah yang dipertanggungjawabkan.”
Tahun Perkahwinan : 2003
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
2021 bakal melabuhkan tirai tidak sampai dua bulan lagi. Biarpun kebanyakan perancangan kita pada tahun ini banyak tersasar dek pandemik COVID-19 yang tidak berkesudahan, dalam diam ramai je sebenarnya yang meneruskan perancangan mereka biarpun perlu diadakan dalam skala yang lebih kecil.
Bukan seorang dua selebriti yang telah menamatkan zaman bujang mereka pada tahun ini. Sama ada selebriti dalam negara mahupun antarabangsa, masing-masing giat melangsungkan majlis perkahwinan biarpun hanya dihadiri oleh sebilangan kecil tetamu saja.
Contohnya semalam apabila dunia hiburan ‘kecoh’ dengan foto daripada acara akad nikah rapper terkenal, Caprice bersama pilihan hati bernama Farra Inalis yang merupakan seorang gadis kelahiran Kelantan berusia 26 tahun.
Selepas Caprice, nampaknya seorang lagi selebriti lelaki tanah air dikhabarkan telah memilih seorang gadis kelahiran Kelantan sebagai bakal isterinya.
Umum mengetahui penyanyi berbakat, Haqiem Rusli bakal berkahwin pada hari Jumaat ini setelah empunya badan sendiri mengumumkan berita gembira itu di pentas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Sabtu lalu sewaktu menerima trofi bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular.
Selama Haqiem bergelar seorang anak seni, penyanyi berusia 23 tahun ini sentiasa kekal dengan pendiriannya untuk tidak sesekali berkongsi perihal peribadi terutamanya kisah cinta. Hanya soalan mengenai soal kerjaya dan produk seninya saja yang akan dilayan.
Lantas, apabila Haqiem sendiri yang mengeluarkan kenyataan bakal berkahwin pada 19 November ini sekerap DUA KALI iaitu semasa di atas pentas menerima trofi dan semasa di belakang pentas bersama pengacara segmen khas Sissy Iman; maka jelaslah Haqiem sedikit-sebanyak ingin berkongsi mengenai tarikh istimewa itu bersama seluruh rakyat Malaysia.
Ramai pantas tertanya-tanya siapakah gerangan gadis bertuah yang bakal dijadikan suri hatinya itu.
Gadis yang dikenali sebagai Wan Anis Sofea Wan Zamzuri ini mesra dikenali sebagai Anis Sofea dan baru berusia 19 tahun. Menariknya, Anis juga berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.
Menjengah ke akaun rasmi Instagram Anis Sofea, kini hanya tinggal satu foto saja yang dibiarkan di sana biarpun jumlah pengikut Anis tidak kurang hebatnya iaitu seramai 58,000 orang ketika artikel ini dikarang.
Gadis berimej manis ini merupakan pengasas dan rakan kongsi perniagaan restoran Santhai Village bersama penyanyi lagu Tergantung Sepi itu. Difahamkan, mereka mengenali di antara satu sama lain sejak hampir dua tahun lalu dan mula tampil berhijab baru-baru ini sekali gus bertindak memadamkan foto dan video berimej lama dahulu.
Sempena menyambut hari bahagia nanti, Haqiem atau nama penuhnya Ridzuan Haqiem Rusli bakal menghadiahkan sebuah lagu istimewa untuk isterinya itu dan ia berjudul Hitam Saksi Putih.
Wah, sweet betul Haqiem dan Anis! Tak sabar kami nak lihat foto-foto daripada majlis akad nikah Haqiem nanti.
Lebih romantik dan penyayang antara salah satu sebab mengapa gadis Melayu lebih memilih lelaki berbangsa Cina sebagai kekasih hati. Maklumlah, baru-baru ini tular di laman Tiktok apabila ramai wanita Melayu tampil mendedahkan suami dan kekasih mereka yang bermata sepet ini.
Klip-klip tular itu turut menayangkan layanan manis dari jejaka-jejaka tersebut kepada pasangan mereka. Hal ini mengundang perhatian ramai wanita solo yang merasakan mungkin selama ini mereka tersalah pilih pasangan dari bangsa yang sama.
Sean Lee yang ditemui di pelancaran koleksi jam tangan terbaru dari jenama Alba semalam turut berkongsi pendapatnya tentang isu hangat ini.
“Pada pendapat saya, kami (lelaki Cina) bila bercinta memang akan kejar wanita idaman kami sampai dapat dan jaga dia sebaik mungkin,
“Kami juga tak suka beri janji kosong kepada kekasih hati. Kalau abang cakap abang delete, memang betul abang delete,” selorohnya kepada media.
Beliau yang turut akui bahawa dirinya pernah bercinta dengan gadis Melayu suatu ketika dahulu turut memberi pendapatnya tentang perbezaan apabila menjalinkan hubungan dengan wanita Melayu dan wanita Cina.
“Berdasarkan pemerhatian saya, wanita Melayu kebanyakannya dibesarkan dengan penerapan sifat lemah lembut, keayuan dan cara menjadi isteri yang solehah. Manakala, wanita yang dibesarkan oleh Chinese family akan lebih cenderung untuk fokus dengan karier dan pendidikan mereka,
“Bagi saya kedua-dua cara dibesarkan tiada salah. Masing-masing ada kelebihan tersendiri,” jelasnya lagi.
Baginya, perkara itu terserah kepada citarasa lelaki tersebut kerana jika mereka inginkan pasangan yang lemah-lembut dan manja, gadis Melayu mungkin pilihan terbaik.
Namun sekiranya mereka mahukan pasangan yang lebih berdikari dan sentiasa sibuk mengejar impian, majoriti gadis berbangsa Cina mempunyai kriteria tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.