Terbaru, penyanyi terkenal, Doyoung kembali mencuri perhatian apabila tampil dengan satu tindakan penuh bermakna menerusi sumbangan besar bagi menyokong usaha kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri di Korea Selatan. Idola yang dikenali dengan sifat penyayang terhadap peminat itu dilihat menggunakan pengaruhnya ke arah yang cukup positif demi membantu golongan memerlukan.

Menerusi sebuah kenyataan yang dimaklumkan oleh Korea Foundation for Suicide Prevention pada 29 Mei, Doyoung atau nama penuhnya Kim Doyoung dilaporkan telah menyumbangkan sebanyak 100 juta Korea Won (kira-kira RM310,000). Difahamkan, dana tersebut akan digunakan bagi membantu anggota tentera yang berisiko mengalami masalah kesihatan mental selain menyokong kanak-kanak dan remaja yang kehilangan ahli keluarga akibat bunuh diri.

Sumbangan berkenaan sekaligus membuktikan bahawa pelantun lagu ‘Little Light’ itu bukan sahaja berjaya dalam karier seni, malah turut prihatin terhadap isu sosial yang semakin membimbangkan dalam masyarakat hari ini.

Doyoung NCT Derma 100 Juta Won, Sokong Kesihatan Mental & Usaha Pencegahan Bunuh Diri

Ads

Tindakannya turut menerima pujian ramai peminat dan warga internet yang menyifatkan Doyoung sebagai seorang figura awam yang menggunakan platformnya dengan cara terbaik.

BACA: Latihan Tentera Bukan Halangan, Doyoung NCT Sumbang 100 Juta Won Bantu Golongan Belia

Ads

Dalam pada itu, Doyoung turut berkongsi kata-kata yang cukup menyentuh hati mengenai harapan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan walaupun berdepan hari-hari sukar. Beliau sentiasa percaya bahawa hari esok mampu membawa sinar yang lebih baik buat setiap individu.

“Antara perkara yang saya selalu katakan kepada peminat ialah, ‘Hari esok pasti akan lebih bahagia daripada hari ini.’ Walaupun ada masanya satu hari terasa terlalu berat dan sukar untuk dilalui, saya percaya akhirnya hari esok akan membawa anda ke arah yang lebih hangat dan lebih bahagia berbanding hari ini,” katanya.

Doyoung NCT Derma 100 Juta Won, Sokong Kesihatan Mental & Usaha Pencegahan Bunuh Diri

Ads

Pada masa yang sama, beliau berharap sumbangan tersebut dapat menjadi simbol sokongan moral kepada mereka yang sedang bergelut dengan cabaran hidup dan memerlukan kekuatan untuk bangkit semula.

Sementara itu, pengerusi Korea Foundation for Suicide Prevention, Jung Yoon Soon menyifatkan bantuan yang diberikan Doyoung sebagai satu sumbangan yang cukup bermakna kepada golongan yang memerlukan sokongan emosi dan mental. Malah, beliau turut percaya keikhlasan penyanyi tersebut mampu menjadi sinar harapan buat individu yang sedang merasa hilang harapan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads