Pelakon jelita, Zahirah MacWilson sekali lagi tampil memohon maaf secara terbuka kepada penganut agama Kristian susulan kenyataannya yang didakwa menyinggung perasaan ramai berhubung sambutan Halloween, Krismas dan Easter.

Menerusi satu hantaran di Instagram semalam, aktres berusia 31 tahun itu mengakui kesilapannya apabila menyamakan tiga perayaan berbeza berkenaan.

Zahirah turut menegaskan bahawa dia tidak pernah berniat untuk melabelkan sambutan Krismas dan Easter sebagai sesat atau bersifat syaitan.

Akui Kenyataan Tidak Sensitif, Terus Padam Hantaran

Menurut Zahirah, dia menyedari hantaran yang dimuat naik itu telah menyinggung perasaan orang ramai selepas menerima beberapa mesej daripada pengguna media sosial.

Malah, pelakon itu mengambil tindakan segera dengan memadam hantaran berkenaan sebaik menyedari kesilapan yang dilakukan.

“Saya memohon maaf seikhlas-ikhlasnya dan tanpa sebarang syarat terutamanya kepada penganut Kristian yang sangat tersinggung dan terluka dengan kandungan yang telah dimuat naik.

“Tidak lama selepas memuat naiknya semalam, saya menerima satu atau dua mesej (DM) dalam masa sejam dan terus memadamnya kerana sedar sudah menyinggung perasaan orang ramai.

“Saya sama sekali tidak berniat begitu,” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Zahirah MacWilson Mohon Maaf Secara Terbuka, Akui Khilaf Sentuh Sambutan Halloween, Krismas & Easter

Ads

Tegaskan Sentiasa Menghormati Kepelbagaian Agama

Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu mengakui kenyataannya sebelum ini tidak sensitif terhadap budaya dan kepercayaan agama lain.

Zahirah turut menegaskan bahawa dia sentiasa menghormati kepelbagaian agama, budaya dan kepercayaan yang wujud dalam masyarakat.

“Saya amat menghormati kepelbagaian budaya, agama, dan kepercayaan yang menjadikan masyarakat kita indah.

“Saya faham bahawa kenyataan itu salah dan tidak sensitif terhadap budaya serta tidak patut diperkatakan langsung.

“Sebagai seorang figura awam, saya sepatutnya lebih berhati-hati terhadap perkara yang saya katakan terutamanya apabila menyentuh perihal agama dan tradisi,” ujarnya.

Jadikan Kesilapan Sebagai Pengajaran

Mengulas lanjut, Zahirah mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kenyataan yang telah dikeluarkan dan menganggap perkara tersebut sebagai satu pengajaran besar buat dirinya.

Ads

Dia juga menyatakan komitmen untuk terus belajar, mendengar serta memperbaiki diri agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah dikatakan dan saya benar-benar, benar-benar memohon maaf atas kejahilan saya.

“Saya komited untuk mendengar, belajar, dan merenung kembali agar saya boleh menjadi lebih baik.

“Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah menegur dan menghantar mesej positif mahupun negatif, saya terima semua.

“Dan sekali lagi, saya benar-benar memohon maaf atas kenyataan tersebut dan ini adalah satu pengajaran yang besar buat saya,” jelasnya.

Zahirah MacWilson Mohon Maaf Secara Terbuka, Akui Khilaf Sentuh Sambutan Halloween, Krismas & Easter

Ads

Hantaran Mengenai Perayaan Undang Perhatian Ramai

Terdahulu, media sosial kecoh apabila Zahirah mempersoalkan beberapa amalan yang dikaitkan dengan sambutan Halloween, Krismas dan Easter.

Antara perkara yang disentuh termasuk kanak-kanak memakai kostum, meminta gula-gula atau coklat serta duduk di atas pangkuan lelaki yang lebih berusia.

Hantaran tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi dan kecaman daripada pengguna media sosial yang mendakwa kenyataannya itu menyinggung kepercayaan penganut agama Kristian.

Susulan kontroversi berkenaan, Zahirah tampil memohon maaf dan mengakui dirinya masih dalam proses mendalami ilmu berkaitan agama serta kepercayaan.

Pelakon itu turut menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menyinggung perasaan atau memperlekeh kepercayaan mana-mana pihak.

Zahirah MacWilson Mohon Maaf Secara Terbuka, Akui Khilaf Sentuh Sambutan Halloween, Krismas & Easter

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads