Pelakon berusia 22 tahun, Zarif Ghazzi beranggapan populariti luar biasa yang diterimanya setelah membintangi projek drama dan filem hit, KUDRAT 1968 bukanlah alasan untuknya mendongak tinggi.
Sebaliknya, populariti yang diterima menerusi watak Abbas lakonannya itu perlulah seiring dengan kualiti yang diberikan dalam setiap naskah lakonannya agar dirinya kekal relevan dalam industri seni untuk jangka waktu yang lama.
Enggan Terpalit Dengan Episod ‘Kejutan Budaya’
“Alhamdulillah disebabkan doa daripada keluarga saya, saya kini menjadi semakin sibuk selepas menamatkan KUDRAT 1968.
Walaubagaimanapun, saya tetap cuba untuk berpijak di bumi nyata dengan menghubungi ibu dan ayah setiap hari bagi bertanyakan khabar mereka. Saya tetap mengawal diri agar tidak mudah masuk ke zon ‘kejutan budaya’
“Saya cuba elakkan perasaan ibarat diri ini sudah terkenal. Saya paling takut bila ada perasaan seperti semua orang perlu dengar cakap kita,” katanya kepada REMAJA.

Zarif berkata demikian ketika ditemui di sidang media pengenalan dirinya sebagai duta baharu jenama Toujours yang dikendalikan oleh pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha di Cheras, baru-baru ini.
Pada masa yang sama, Zarif tidak mengenepikan fakta bahawa setiap insan mempunyai ego masing-masing. Cuma bagaimana cara seseorang itu mengendalikan ego yang membuatkan dirinya berbeza berbanding insan lain.
” Saya percaya bila seseorang merasakan dirinya bebas daripada ego, sebenarnya dialah manusia yang paling mempunyai ego.
“Oleh itu, setiap kali ada sesiapa yang memarahi atau menegur saya, saya akan fikir terlebih dahulu kesalahan saya dalam situasi tersebut.
“Terima kasih atas segala nasihat, DM, maklum balas, komen, kritikan dan juga pujian. Terima kasih atas semua sokongan anda,” ujarnya lagi.
Zarif Ghazzi Terbiasa Dengan ‘Method Acting’
Kejayaan Zarif menjelmakan karakter Abbas yang dianggapnya 98 peratus berbeza daripada personaliti sebenarnya dilihat berkait rapat dengan teknik ‘method acting’ yang dipraktikkan Zarif selama bergelar anak seni.
Akui Zarif, dia akan cuba menjarakkan setiap projek lakonan demi membantu ‘menanggalkan roh’ watak terdahulu sebelum menjiwai watak baharu. Proses berkenaan boleh mengambil jurang masa dari beberapa hari sehingga dua minggu lamanya dan ia nyata bukanlah satu rutin yang mudah.
“Tidak mudah untuk menjadi seorang pelakon. Bila saya terlalu ‘method’, memang kena ambil masa untuk buang. Tak semudah hari ini tamat satu projek, esok boleh masuk ke set projek baru. Bila tidak cukup jurang masa, itulah yang akan terjadi (terbawa-bawa watak sebelum ini).
“I am a studying kind of person. I like to design my own character – bagaimana tingkah lakunya, cara senyum dia – saya suka perincian pada setiap karakter yang saya bawa. Sebab itulah sejak drama KUDRAT 1968, saya tidak akan ambil dua karakter berbeza pada masa yang sama,” katanya.
BACA: Remaja Edisi Digital September 2026: Kudrat 1968 Menampilkan Mierul Aiman Sebagai Kuda & Zarif Ghazzi Sebagai Abbas
Anda mungkin berminat dengan
Fizikal Berubah Demi Abbas
Untuk projek KUDRAT 1968, Zarif khabarnya diberikan masa empat bulan untuk persiapkan diri menjiwai watak Abbas, seorang pelajar baharu di Kolej Ungku Deramat yang hadir dengan ‘vendetta’ peribadi.
“This is the toughest character pernah saya bawakan. For me, it is the most unrealistic personification. Hampir 98 peratus berbeza berbanding diri saya.
“Bahkan Abbas memberikan sedikit efek kepada fizikal muka saya. Normal untuk manusia mempunyai penampakkan urat pada dahi tetapi saya tersedar urat itu sampai ke bahagian atas telinga sewaktu ‘menjadi’ Abbas. Namun, saya percaya jika kita ikhlas bawakan watak yang diberi, ia akan memberikan hasil yang baik,” tambahnya lagi.
Filem KUDRAT 1968: High Council yang masih baru sahaja ditayangkan di pawagam sejak minggu lalu turut dibintangi pelakon muda lain termasuklah Mierul Aiman, Evertts Gomes, Dai Fuad, Akmal Asyraf dan Chech Harith.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Pada 26 Mei lalu, McDonald’s Malaysia telah melancarkan menu istimewa kolaborasi bersama penyanyi k-pop popular dunia, BTS dengan hidangan The BTS Meal. Menu tersebut disertakan dengan 10 ketul chicken McNuggets, kentang goreng bersaiz sederhana, minuman Coca Cola bersaiz sederhana berserta sos sweet chili dan sos cajun.
BACA: Sejam ‘Bertarung’ Di McDelivery, Sesak Di Pandu-Lalu Demi BTS Meal
Kebanyakan daripada peminat BTS membeli The BTS Meal ini kerana ingin memiliki set bungkusan istimewa yang tertera logo BTS dengan tema warna ungu. Namun, bagi kelab peminat kumpulan k-pop ini, Army mengambil peluang untuk menghadiahkan set hidangan istimewa tersebut kepada barisan petugas hadapan di PPUM.
Sebanyak 99 set The BTS Meal diberikan kepada frontliners PPUM dan 25 set lagi kepada petugas di Wad Kanak-Kanak HUSM, Kota Bharu untuk pembahagian batch pertama.
Bagi batch kedua pula, mereka menyerahkan 150 set The BTS Meal kepada ‘superhero’ di MAEPS, Serdang. Dan seterusnya untuk batch ketiga khabarnya akan diagihkan kepada Wad Kanak-Kanak Hospital Cheras.
Pembelian ini dibuat secara kutipan daripada ahli-ahli Army yang ikhlas menyalurkan sumbangan bagi setiap pembelian BTS Meal untuk petugas barisan hadapan.
Walaupun sumbangan ini mungkin nampak kecil di mata orang lain, namun inisiatif yang dilakukan mereka wajar diberikan pujian dan menjadi contoh untuk sentiasa berbuat baik kepada masyarakat.
Semoga lebih ramai lagi anak muda dapat memberikan sumbangan bukan hanya daripada segi wang ringgit, namun berikan semangat buat frontliners untuk terus berjuang merawat pesakit COVID-19.
Sumber: (1)
∞
Bagi yang sedang menonton perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2018 melalui saluran Astro Arena ataupun TV2, korang selamat kerana dapat menonton sejak awal lagi.
Namun bagi yang ‘cuba’ menonton dari saluran TV2 di Unifi TV (HyppTV), mesti ada yang keliru mengapa saluran tersebut menyiarkan drama Melayu pula sedangkan RTM dijadualkan untuk menjadi penyiar di Malaysia?
Beberapa kali jugalah kami cuba off dan on kembali televisyen, drama tersebut masih ke udara!

Akhirnya pertanyaan kepada rakan kami di Unifi TV menjelaskan bahawa mereka tidak akan menyiarkan perlawanan Piala Dunia di TV1 dan TV2 (melalui Unifi TV) atas isu hak penyiaran Free-To-Air yang dimiliki oleh RTM. Unifi TV pula menggunakan format IPTV.

Dari perspektif bisnes untuk Unifi TV pula, mereka perlu membayar kepada RTM jika ingin menyiarkan perlawanan Piala Dunia. Dan ia dilihat sebagai redundant kerana rakyat Malaysia boleh je menonton secara percuma di RTM.
Jadi, tak kiralah kalau korang cuba untuk menonton menggunakan Set Top Box Unifi TV atau Unifi Play TV apps, memang tak adalah jawabnya.

Walaupun ramai pelanggan Unifi TV yang kecewa, ada betulnya alasan mereka ini. Jika korang tak berkesempatan nak balik ke rumah untuk menonton di TV, why not layari saja myklik.rtm untuk siaran live streaming.
Buat masa sekarang, Unifi TV akan menggantikan siaran perlawanan bola sepak dengan “program hiburan top-rated” dari RTM, seperti drama Melayu tadi.
∞
Penyanyi versatil, Mimi Fly menzahirkan keterujaan apabila mengumumkan bahawa single raya terbaharunya yang berjudul Serumpun bakal menemui peminat pada hari ini.
Selain itu, Mimi juga meluahkan rasa syukurnya kerana dapat merasai semula ‘gelora’ kreativiti dalam dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri Cipta Sejarah Lagi, Lagu Masing-Masing Tercalon Dalam Music Awards Japan!

“Saya sangat gembira, awak semua telah buat saya sangat gembira. Insya-Allah, lagu terbaharu saya akan menemui anda minggu ini juga.
“Seronok, saya rasakan sekarang seperti ‘my creative juice is back’. Jadi sementara dia ada, kita teruskan. Kerana ini semua datang dari Dia,” katanya kepada Remaja.

Menurut penyanyi lagu popular Angkat itu, dia percaya bahawa setiap inspirasi yang datang harus diteruskan dengan usaha yang penuh.
Mimi turut berkongsi rasa teruja dengan penerimaan peminat terhadap karya-karyanya.
“Bila inspirasi itu dah datang, kita usaha dan jalankan teruskan. Alhamdulillah, dengan sokongan semua peminat lagu saya juga.
“Itu membuatkan saya amat gembira kerana kita sebagai penyanyi tak tahu rezeki lagu itu boleh pergi sampai mana kan.
“Tapi bagi saya, dah sampai tahap ini yang saya nak buat sahaja sampailah kita puas,” tuturnya lagi.
Sekadar info, Serumpun bakal dilancarkan pada malam ini, Jumaat, tepat jam 11.11 malam.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞