Penyanyi, Aepul Roza dinobatkan sebagai bintang yang menduduki tempat pertama di minggu kedua dalam pertandingan The Hardest Singing Show (THSS) dengan tema Revolu-sihat.
Mempersembahkan lagu kumpulan Gigi Nakal dengan penuh tenaga, Aepul membawa tema semangat solidariti untuk pemain bola sepak negara iaitu Faisal Halim.
Sebelum ini, tempat pertama dimiliki Ayda Jebat tetapi kali ini ia dirampas oleh Aepul dengan markah sebanyak 90.40%.
Ayda Jebat pula mendapat kedudukan kedua dengan markah 88.51% malam tadi dengan menyanyikan lagu I’m Sexy and I know It nyanyian LMFAO dan What Does The Fox Say? oleh Ylvis.
Ads
Sementara itu, Aisha Retno peroleh markah sebanyak 88.34% dan menempatkan di tempat ketiga untuk minggu kedua THSS.
Bagi Stacy dan Putera Muhammad pula, walaupun telah memberi persembahan yang terbaik malam tadi. Keduanya, hampir kecundang dengan perbezaan markah sebanyak 2.88% sahaja.
Meskipun tiada penyingkiran yang berlaku pada minggu kedua, Datin Alyah bagaimanapun mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada rancangan THSS atas alasan menunaikan haji pada 12 Jun ini. Berita itu dikongsi oleh Alyah menerusi siaran langsung pada Ahad.
The Hardest Singing Show (THSS) bakal berlangsung selama 10 minggu dan dihoskan oleh pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad dan penyanyi Indonesia, Rina Nose. Kerusi juri pula terdiri dari barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang berpengalaman dalam industri hiburan dan muzik seperti Edry Abdul Halim, Datuk Seri Rossa, dan Zizan Razak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Itulah ayat yang ditulis oleh personaliti digital ikutan khalayak ini, Bretman Rock, di salah sebuah gambar yang dimuatnaiknya ke laman Instagram beliau, dimana gambar itu menunjukkan beliau sedang memberi ‘posing’ terbaik beliau untuk acara karpet merah di majlis MTV & Movie Awards pada malam Isnin, 17 Mei 2021.
Bretman Rock, di karpet merah MTV & Movie Awards. Sumber: Instagram
Bretman melahirkan rasa syukurnya dan berterima kasih kepada semua peminat beliau. Bretman pada mulanya hanyalah seorang beauty influencer dimana beliau banyak memuatnaik video-video kecantikan dan juga makeup tutorial, dan dari situlah beliau menerima banyak sokongan daripada peminat-peminatnya, dengan sikapnya yang sangat bersahaja, ramai pengikutnya juga telah mengikut gayanya dan cara beliau bercakap.
Selain daripada itu, beliau juga telah menghasilkan sebuah web seriesbersama MTV dan episod pertamanya telah dimuatnaik dan ditayangkan di Youtube channel MTV pada Februari yang lalu. Bretman Rock yang mempunyai 16 juta pengikut di laman Instagramnya dan juga 8.43 juta subscriber di Youtube ini, faham akan apa yang beliau bakal tempuhi setelah beliau berjaya ke peringkat ini.
Sumber: Instagram Bretman Rock
“I would like to thank everyone that watched me grow up on the internet. It’s probably the most traumatizing [thing] I’ve ever done in my entire life”
Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Asian American, Pacific Islanders dan komuniti LGBTQ yang telah menerima kehadirannya dalam bidang yang diceburinya ini. Daripada beliau bermula dengan video yang biasa-biasa sahaja, hinggalah beliau berkolaboratif dengan produk-produk kosmetik seperti Morphe, dan Wet N Wild, dan juga menghasilkan web seriesnya yang pertama.
Selain daripada perwatakannya yang bersahaja, beliau juga diminati ramai kerana beliau juga merupakan seorang yang sangat rendah diri walaupun kadang-kadang ayatnya agak kasar dan pedih, tetapi teguran dan nasihat yang beliau selalu kongsikan bersama pengikutnya amat memberi kesan dan menjadi inspirasi buat mereka semua.
Pelakon terkenal, Bront Palarae baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila berjaya dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Baan Nang Klag Lakorn ke-21 yang berlangsung di Thailand baru-baru ini.
Melalui sebuah gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya, Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin (47) berkongsi khabar gembira itu dan meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang diraih menerusi filem seram Thailand berjudul ‘The Cursed Land’ arahan pengarah Panu Aree.
“Alhamdulillah! Berlakon dalam filem Thailand terasa seperti mimpi dan kini, pengiktirafan ini sangat gila,” tulisnya.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan The Cursed Land dari lubuk hati saya. Kerja keras anda menjadikan ini sangat bermakna,” katanya.
Kredit foto: Instagram Bront PalaraeKredit foto: NST
“Terima kasih kepada Panu Aree dan Kong Rithdee, Nonzee Nimibutr, Chankit, dan Suraphi atas kesabaran dan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi”
“Berkongsi skrin dengan pelakon berbakat seperti Ananda Mathew Everingham, Jennis, mendiang Sida Puapimon, Han Zalini, dan Firdaus Karim merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” ujarnya lagi.
Pada masa yang sama, Bront turut berharap agar suatu hari industri perfileman Thailand dapat mengangkat lebih banyak cerita tentang masyarakat Melayu khususnya di wilayah Selatan negara itu.
“Saya berharap suatu hari nanti pawagam Thailand akan menceritakan lebih banyak cerita tentang suara-suara kecil dan kekayaan sejarah masyarakat Melayu di selatan. Kisah yang patut didengari dan diraikan,” ujarnya menerusi perkongsian yang sama.
Kredit foto: Tatler
Difahamkan, Bront memegang watak Heem dalam filem tersebut dan berjaya menewaskan empat calon lain iaitu Benjamin Joseph Varney, Arak Amornsupasiri, Aelm Bhumibhat Thavornsiri dan Sanya Kunakorn.
Sekadar info, filem ini memulakan tayangan pada 11 Julai 2024. Ia telah ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa seperti Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) di Belanda, Festival Filem Antarabangsa Ho Chi Minh City di Vietnam, Festival Filem Asia di Itali, Festival Filem Hebat Antarabangsa Bucheon (BiFan) di Korea Selatan, dan Festival Filem Asia New York (NYAFF) di Amerika Syarikat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai di antara kita menghabiskan hari minggu dengan hanya lepak di rumah sambil menonton movie. Selepas seminggu penat bekerja/belajar, rasanya bila sampai hari cuti mestilah kita memilih untuk berehat.
Maka, ramailah yang memilih Netfilx untuk mengisi masa lapang semasa bercuti. Betul tak?
Apa yang lebih menarik bila portal himpunan filem dan siri berbayar ini kini sudah pun menayangkan beberapa buah filem tempatan.
Berikut merupakan 7 filem Malaysia yang ditayangkan di Netflix.
1. Rise: Ini Kalilah
Pengarah: Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha, M.S. Prem Nath
Pelakon: Remy Ishak, Mira Filzah, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Shashi Tharan, Jenn Chia
Sinopsis: Filem ini mengandungi enam cerita yang mempunyai kaitan antara satu sama lain. Ia menceritakan mengenai hari-hari cemas sebelum pilihan raya umum paling penting dalam sejarah Malaysia. Ia memaparkan perjalanan rakyat yang bersatu untuk satu cinta: negara mereka. Setiap cerita akan memperlihatkan makna sebenar menjadi rakyat Malaysia.
Sinopsis: Diinspirasikan daripada kisah sebenar yang berlaku di Malaysia pada tahun 40an. Ia menceritakan mengenai pasangan suami isteri Othman dan Thom. Othman telah membuat keputusan untuk berlayar ke seluruh dunia dengan harapan dapat menjadi kaya, dan berjanji kepada isterinya yang dia akan pulang. 61 tahun kemudian, Thom masih menunggu kepulangannya.
Sinopsis: Filem arahan Nam Ron ini berkisarkan tentang kisah di sebalik tabir pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia, yang mana ia memaparkan sisi gelap segelintir anggota yang sanggup mengkhianati amanah dengan mengambil rasuah dan terjebak dalam kegiatan jenayah.
4. Rembat
Pengarah: Shamyl Othman
Pelakon: Ah Niu, Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sam Chong, Zara Zya
Sinopsis: Dua orang lelaki bernama Chin Chye dan Malik mempunyai latar belakang dan juga cita-cita yang berbeza. Namun mereka mempunyai satu persamaan, iaitu mereka adalah penyokong tegar pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya. Mereka juga mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk berada di perlawanan bola sepak antara Thailand dan Malaysia sebelum malapetaka melanda.
Sinopsis: Lima sahabat baik (Alif, Sofea, Ana, Kamarul dan Nipis) sedang bergembira pada sambutan tahun baru di Lembah Klang dan tidak semena-mena salah seorang daripada mereka telah digigit anjing bervirus.
Virus zombie tersebut bukan sahaja telah merebak dari punca yang tidak diketahui malah sudah sampai ke Sarawak dan seluruh Malaysia. Dalam penularan wabak zombie itu, Nipis mencadangkan mereka berpindah ke Putrajaya kerana dia percaya kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.
6. Adnan Sempit 3
Pengarah: Ismail Bob Hasim
Pelakon: Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin
Sinopsis: Mengisahkan tentang Adnan dan Nadia serta Bobby dan Wawa yang sudah pun melangsungkan perkahwinan. Adnan juga sudah mula pandai berjinak-jinak dengan bisnes. Apa yang lebih menarik, Nadia dan Wawa didapati mengandung dan pelbagai konflik yang muncul dalam melayari alam rumah tangga mereka.
7. Aku Terima Nikahnya
Pengarah: Eyra Rahman
Pelakon: Ady Putra, Nora Danish
Sinopsis: Filem ini menceritakan tentang seorang isteri setia bernama Arlisa (Nora Danish) yang remuk hidupnya apabila suami tercinta, Johan (Adi Putra) terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya. Akibat kemalangan tersebut, Johan mengalami hilang ingatan yang memberikan satu cabaran dan kesukaran terhadap hubungannya dengan Arlisa.
Oleh kerana enggan berputus asa dengan cintanya terhadap suami, Arlisa tekad untuk menjaga Johan walaupun Johan tidak mengenalinya sama sekali, dengan harapan agar Johan dapat mengingati kisah silam mereka bersama.