“Kalau saya dah buat yang paling sukar itu pun boleh dapat nombor last, jadi mungkin pada minggu hadapan saya buat yang biasa-biasa sahajalah. Boleh dapat nombor dua, tiga atau empat ke,” seloroh peserta The Hardest Singing Show, Kaka Azraff setelah beliau diletakkan di tangga tercorot pada episod pertama pertandingan itu, semalam.

Berbanding lapan lagi orang peserta, Kaka sekadar memperolehi 58.05 markah menerusi persembahannya menyanyikan lagu nyanyian asalnya sendiri, Gila dan Bukan Hal Aku.

Sewaktu ditemui pada sidang media semalam, Kaka mengakui masih sedang cuba memahami apa yang diinginkan oleh para juri dan produksi The Hardest Singing Show agar dirinya dapat memperbaiki kedudukan pada minggu-minggu seterusnya.

Sudah Pakai Abah-Abah Pun Masih Tercorot, Kaka Azraff Seloroh Minggu Kedua Buat ‘Biasa-Biasa’ Sajalah
Kaka Azraff

“Rasanya, sudah ada sedikit elemen ‘hard’ yang diminta dalam persembahan saya tadi. Tapi macam tak cukup.

“Kalau (persembahan minggu pertama Kaka) boleh dapat nombor tercorot, kita fikirkan yang lain. Kita kena ubah sedikit permainan kita ke apa. Tengoklah.

IKLAN

“Kita sebenar ikut flow of the show. Tak nak lah lama sangat (tergantung di udara). Kita nak ada elemen penceritaan sebenarnya.

“Tapi kalau kita tahu (juri dan produksi) nak (tergantung) lama, saya boleh sahaja nyanyi secara tergantung sehingga habis kalau itu yang diambil kira,” ulasnya.

IKLAN

Sudah Pakai Abah-Abah Pun Masih Tercorot, Kaka Azraff Seloroh Minggu Kedua Buat ‘Biasa-Biasa’ SajalahSudah Pakai Abah-Abah Pun Masih Tercorot, Kaka Azraff Seloroh Minggu Kedua Buat ‘Biasa-Biasa’ Sajalah

Kaka juga mendedahkan dirinya hanya dibekalkan satu hari latihan bersama abah-abah keselamatan atau harness. Baginya, di situlah cabaran dan elemen ‘hardest’ yang ditonjolkan oleh program tersebut.

IKLAN

Sebagai peserta, Kaka perlu berdepan tema dan konsep baharu yang diberikan pada setiap minggu untuk mara ke hadapan.

Janjinya, dia akan cuba dan memberikan yang lebih baik menggunakan elemen badminton dan berbasikal pula bagi persembahan minggu kedua yang bertemakan Revolu-Sihat.

FOTO: Astro/Azrul Rafie

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI