Personaliti media sosial terkenal, Zach King, 31, khabarnya telah berdepan pertuduhan saman daripada bekas penerbitnya, Elisabeth Logan.
Menurut laporan Insider yang menerima salinan tuntunan laporan Mahkamah Tinggi Los Angelas, antara pertuduhannya yang dikenakan ke atas bekas majikannya itu adalah gangguan seksual, diskriminasi berasaskan jantina dan juga pemecatan yang salah.
Untuk pengetahuan, Elisabeth yang kini berusia 29 tahun mula bekerja di syarikat milik Zach iaitu King Studio LLC pada April 2015. Sebagai seorang pembantu eksekutif, antara tugas yang diberikan kepada Elisabeth merangkumi mengatur e-mel dan janji temu di syarikat yang dimiliki oleh ‘TikTok Creator’ kelima paling ramai followers itu.
Zach King kini mempunyai lebih daripada 66 juta pengikut di TikTok. Sumber: Tangkap Layar YouTube Zach King
Menurut aduan yang dikemukakan Elisabeth, skop tugasnya kemudian berkembang menjadi lebih banyak dan berorientasikan penerbitan termasuklah tugasan sebagai pembantu pengarah dan pengurus studio penerbitan syarikat.
Biarpun skop kerjanya bertambah dari semasa ke semasa, Zach masih membayar gajinya lebih rendah berbanding teman sepejabat lelaki walaupun mereka juga melakukan beban kerja yang sama. Selain itu, selama dia berkhidmat di King Studio LLC, Elisabeth juga dihalang untuk menyertai aktiviti syarikat yang melibatkan pekerja lelaki lain.
Elisabeth turut menuduh Zach mengamalkan kondisi kerja yang dirasainya bersifat ‘mendera’ kepadanya hanya disebabkan oleh perbezaan jantina. Bukan setakat itu, Elisabeth juga menyertakan pertuduhan berbentuk penderaan seksual di mana dia menuduh Zach pernah sengaja berbogel di ruang pejabat dan meninggalkan seluar dalam.
Untuk pengetahuan, Elisabeth telah dipecat pada Mei 2020 menerusi panggilan Zoom dan alasan yang diberikan adalah dia terlalu banyak merungut. Mengikut sumber, buat masa ini Zach masih belum membuat sebarang kenyataan umum mengenai kes ini melainkan satu respon balas yang diberikan oleh wakil Zach King kepada Daily Dot.
Ads
Mereka terkejut dengan pertuduhan Elisabeth dan musykil mengapa hanya sekarang baru pertuduhan ini muncul sedangkan dia tidak lagi bekerja di sana melebihi tempoh setahun setengah. Mereka juga berkata situasi yang diimbas semula oleh Elisabeth dalam pertuduhan tersebut adalah tidak tepat.
Sekiranya kesemua pertuduhan ini dapat dibuktikan adalah benar, adakah korang rasakan isu tingkah laku daripada pihak Zach King ini berpunca daripada persekitaran syarikatnya di mana majoriti pekerjanya adalah lelaki?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ekoran daripada pertambahan kes positif COVID-19, Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago berkata kerajaan perlu bertindak segera sebelum terlambat untuk mengisytihar darurat supaya masyarakat tidak keluar rumah, melainkan untuk membeli keperluan penting seperti makanan, ubat-ubatan mahupun sewaktu dalam kecemasan.
Menurut Ahli Parlimen itu, sesetengah negara seperti Sepanyol sudah menggiatkan sistem lockdown di negara mereka, sementara kanada telah mengumumkan pakej rangsangan untuk membantu warganya mengatasi perbelanjaan yang semakin meningkat. Tambahnya lagi, Singapura juga sudah menyeru untuk menghentikan solat Jumaat di masjid.
“Kami tidak melihat kenyataan dasar yang jelas dari Perikatan Nasional, selain kerajaan yang menggesa orang ramai untuk tidak berkumpul dalam banyak orang. Tetapi itu tidak menghalang orang daripada berbuat demikian kerana ia tidak wajib,”
“Kami memerlukan tindakan yang lebih keras yang akan membantu membendung kadar jangkitan dengan lebih cepat atau mungkin masyarakat akan melihat peningkatan drastik kes-kes positif COVID-19 pada minggu-minggu akan datang,” jelas beliau.
Sehingga semalam (15 Mac 2020), Malaysia mencatatkan 190 kes baru menjadikan jumlah tersebut menjadi 428. Menurut Santiago lagi, jumlah kes sudah meningkat namun masyarakat dilihat masih menjalankan perniagaan seperti biasa dan kita boleh lihat ramai yang masih berlegar-legar di restoran, kafe, pawagam dan pasar malam.
“Kita perlu memerhatikan bagaimana Itali mempunyai 200 kes tiga minggu lalu dan kini lebih daripada 20,000 jangkitan,” kata Santiago lagi.
What say you guys? Dah bersedia ke kalau Malaysia isytihar lockdown? Apa-apa pun, stay safe!
Papadom, memang enak bila dimakan bersama nasi kandar atau pun nasi briyani. Keropok ini sememangnya sinonim dijual di kedai-kedai mamak dan tidak sah tidak memakannya. Rasanya yang agak enak membuatkan papadom diterima sebagai penambah selera ketika menikmati nasi mamak!
Tapi pada penggemarnya, selepas ini, kenalah berhati-hati ya. Ini kerana ujian makmal yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati papadom sebenarnya sangat bahaya jika dimakan dalam kadar banyak.
Papadom antara keropok yang biasa dimakan dengan nasi setiap kali ke kedai mamak
Penggemar kerepek rangup yang dikenali sebagai papadom dinasihatkan agar mengurangkan pengambilannya kerana kandungan garam yang tinggi.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata, dalam ujian makmal yang dijalankan ke atas 11 sampel papadom, kesemuanya mengandungi lebih 1,000mg/100 gram garam.
Menurutnya, empat daripada sampel tersebut mengandungi lebih 2,000mg/100 gram garam.
“Pengambilan papadom yang banyak dalam makanan akan menyebabkan kandungan garam dalam badan tinggi. Ia akan menyebabkan tekanan darah tinggi, meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.
“Sekeping papadom mengandungi 260 mg garam. Bayangkan jika satu hidangan, anda mengambil lima keping papadom, maknanya kandungan garam yang diambil adalah 1,300mg,” katanya kepada media tadi.
Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendapati selepas ujian makmal dilakukan, papadom mengandungi garam yang tinggi
Jelasnya, walaupun papadom boleh dianggap tidak memudaratkan, pengambilan berlebihan akan menyebabkan sembelit dan perut berangin.
Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan menetapkan kadar garam dalam papadom agar pengambilan perasa itu dapat dikawal.
So korang, janganlah setiap kali makan nasi mamak, korang hentam ini ya, kalau dah sakit, nanti diri sendiri yang merana.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memang seramkan kalau kenderaan tiba-tiba hilang fungsi walau kereta dalam keadaan elok semuanya.
Bayangkan nak tekan brek, brek tak berfungsi, seolah-olah ada “benda” kawal kenderaan kita. Pengalaman dikongsi seorang gadis mengenai pengalaman seram ketika melalui Jalan Endau -Mersing bebeberapa hari lepas di mana kenderaan dipandunya hilang fungsi secara tiba-tiba merupakan satu pengalaman sukar dilupakan.
Lebih menakutkan saat keretanya terhoyang hayang, kenderaan di belakang dinaiki oleh ahli keluarganya menyaksikan semua peristiwa itu.Kata gadis ini, dia terasa ada “benda” memaut stereng keretanya dan mengawal kenderaan tersebut.
Baca pengalaman seramnya ketika melalui Jalan Endau – Mersing ini.
Kejadian 5 Sept 2020
Dari kampung dan on the way nak balik Pontian semalam. Sebab Ahad akak dah start mengajar. Seingat diri ni, sebelum kejadian tengah lalu sebelah lori sebab jalan dua hala.
Kemalangan ini jadi dekat Jalan Endau – Mersing dan masa tu dalam keadaan hujan renyai-renyai. Dan keadaan jalan raya lurus masa tu.
Ada “benda” paut dan kawal stereng ketika hujan renyai
Lillahitalla diri yang bawak kereta ni sendiri rasa dan nampak ada benda paut stereng kereta tu ke kiri. Dia paut habis dan memang rasa benda tu alih stereng ke kiri dekat jalan yang lurus.
Dah cuba paut balik stereng tu ke kanan dan kaki terus tekan brek automatik. Tapi semua tak function. Hanya mampu jerit adikkkkkk adikkk Allahhh Allahhh Allahhhhhh je masa tu.
Dah mengucap siap-siap. Teringat-ingat kereta terbalik banyak kali sebelum hentam tebing. Tangan pegang adik bongsu dekat sebelah. Fikir mati je. And fikir dah tak dapat jumpa mak dengan abah lagi .
Along dengan mak follow dari belakang guna kereta lain. Dorang nampak dengan mata sendiri keadaan kereta kita orang berpusing and terbalik beberapa kali sebelum hentam tebing.
Tak dapat imagine kalau kereta terbalik and stop tengah-tengah jalan mesti kena sodok dengan lori besar dekat belakang. Mesti sekarang aku dengan adik dah takde Allah. Takut sangat takut tak sempat mintak ampun dengan mak abah dengan Allah.
Syukur Allah masih beri peluang kedua atas diri ni dan adik bongsu. Allah masih lindungi keluarga kami. Sumpah trauma. Sumpah takut. Takut and takut. And trauma. Trauma sangat2. Kereta total lost.
*bila masuk kecemasan semalam MA tanya semua tentang kejadian. And dia cakap memang kebanyakan org yang accident dekat situ mesti meninggal. Yang hidup akan cerita ternampak benda ghaib.
Tak sangka terjadi dekat diri sendiri. Percaya atau tidak sebagai orang islam memang kena percaya kepada benda ghaib. Sampai skg aku trauma sebab jelas dan nyata ada benda paut stereng habis ke kiri secara tiba – tiba dekat jalan lurus . Wallahualam Kredit : Bella Huda
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!