
Terbaru, seorang pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Highlands, Yoshnaa Logenthiran mencuri perhatian selepas berjaya meraih Anugerah Emas dalam kategori bawah 13 tahun pada pertandingan tarian antarabangsa The Dance of Asia 2026 di Chengdu, China.
Memetik laporan Bernama, Yoshnaa yang kini berusia 11 tahun membawa pulang Anugerah Perak bagi persembahan keseluruhan selepas tiga hari pertandingan, menewaskan penari berbakat dari seluruh Asia Pasifik.
Lebih menarik lagi, ini merupakan penampilan sulung Yoshnaa di pentas antarabangsa. Menurut ibu Yoshnaa, B. Mohanaeswary berkata anaknya mula menari sejak usia lima tahun dan telah melalui enam tahun latihan intensif yang membentuk asas kemahirannya.

“Yoshnaa mula menari sejak usia lima tahun dan banyak mendedikasikan masanya untuk menyempurnakan teknik dan rutin. Pencapaian ini benar-benar ganjaran kepada kerja keras serta ketekunannya,” kata Mohanaeswary.
Di samping itu, jurulatih peribadi Yoshnaa, Yee Woan Tyng dari Acrobatic Arts dan ERA Dance Academy, turut memainkan peranan penting dalam kejayaan ini. Mohanaeswary mendedahkan bahawa guru tersebut sanggup menanggung kos sendiri untuk hadir ke Chengdu bagi memberi sokongan kepada Yoshnaa.
“Pengorbanan itu sangat besar dan kami amat menghargainya. Tanpa bimbingan dan sokongan mereka, sukar untuk Yoshnaa berada di tahap ini,” tambahnya.

Sementara itu, bapa Yoshnaa, ASP S. Logenthiran yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, turut melahirkan rasa bangga dan terharu dengan pencapaian anaknya.
“Saya sangat terharu melihat semua usaha kerasnya membuahkan hasil. Ia antara saat paling membanggakan dalam hidup kami,” katanya.
Untuk pengetahuan, The Dance of Asia ialah platform antarabangsa yang meraikan pergerakan dan ekspresi seni dengan pelbagai kategori termasuk balet, tarian perut, hip hop, K-pop dan tarian Latin. Kejayaan Yoshnaa bukan sahaja mengangkat namanya, malah turut mengharumkan nama Malaysia di persada seni tarian antarabangsa.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

![[MAHIR BAHASA MELAYU] “K” atau “KK” 10 [MAHIR BAHASA MELAYU] “K” atau “KK”](https://cdn.remaja.my/2021/06/371368.jpeg)





