Baru-baru ini, kumpulan K-Pop terkenal, IVE meraih perhatian apabila mencetuskan satu fenomena unik dalam industri hiburan Korea menerusi konsert mereka. Bukan sekadar persembahan biasa, ‘fan-concert’ yang berlangsung selama dua hari pada 21 dan 22 Mac lalu itu tampil dengan satu inisiatif yang jarang dilihat sebelum ini.
Menerusi sebuah perbincangan di forum atas talian, seorang warga internet berkongsi tentang kewujudan kawasan khas yang dijadikan sebagai “titik kumpul” untuk ibu bapa dan anak-anak selepas konsert berakhir. Perkara ini dianggap sebagai sesuatu yang baharu dalam dunia K-Pop, malah pertama kali diperkenalkan dalam acara melibatkan IVE.
Menerusi konsert ‘DIVE into IVE’ itu sememangnya menarik kehadiran peminat dari pelbagai lapisan umur. Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah jumlah peminat kanak-kanak dan remaja yang hadir dalam skala yang sangat besar.
Difahamkan, golongan peminat muda ini dikenali sebagai ‘Baby Dive’, dan mereka bukanlah sekadar kelompok kecil. Malah, kehadiran mereka dilihat mendominasi sebahagian besar daripada jumlah penonton sepanjang konsert tersebut berlangsung.
Disebabkan faktor usia peminat yang masih di bawah umur, pihak penganjur turut mengambil langkah proaktif dengan menyediakan ruang khas bagi memudahkan ibu bapa menjemput anak-anak mereka. Kawasan ini turut berfungsi sebagai tempat selamat untuk kanak-kanak menunggu penjaga masing-masing selepas acara tamat.
Inisiatif ini secara tidak langsung memperlihatkan tahap keprihatinan yang tinggi terhadap keselamatan peminat, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Ia juga menunjukkan bagaimana industri K-Pop semakin berkembang dengan mengambil kira keperluan peminat daripada pelbagai peringkat umur.
Suasana ruangan menunggu Baby Dive//Kredit foto: X @yujinprod
Untuk rekod, IVE cukup dikenali dengan lagu-lagu popular seperti ‘I AM’, ‘After LIKE’ dan ‘LOVE DIVE’. Populariti mereka yang meluas menyebabkan kumpulan ini mempunyai peminat daripada kalangan pelajar sekolah rendah hingga menengah, sekaligus menjadikan ‘fandom’ mereka terkenal apabila terdiri dari pelbagai golongan usia.
Sementara itu, di media sosial, ramai peminat K-Pop lain turut memberikan reaksi positif terhadap inisiatif tersebut. Ada yang menyifatkan situasi itu sebagai momen yang comel kerana melihat sokongan ibu bapa terhadap minat anak-anak mereka. Tidak kurang juga yang berharap agar IVE terus menjadi contoh yang baik kepada peminat muda serta menginspirasikan penyanyi lain untuk mengambil langkah serupa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi pop, Shawn Mendes menyifatkan spekulasi dan khabar angin selama ini berkenaan orientasi seksualnya sebagai sesuatu yang memberi tekanan mendalam kepadanya.
Sewaktu menjayakan persembahan konsert di Denver, Amerika Syarikat pada Isnin lalu, Shawn berkata khabar angin yang menyatakan dia berkemungkinan meminati kaum sejenis biarpun menjalin hubungan secara terbuka dengan pasangan wanita seperti Camila Cabello sebagai satu bentuk ‘pencerobohan’ terhadap kehidupan peribadinya.
Dalam hantaran video yang sempat dirakam oleh peminatnya itu, Shawn juga mengaku dirinya sedang bergelut dengan perihal seksualiti.
Penyanyi berusia 26 tahun ini belum berkesempatan untuk menerokai siapakah dirinya yang sebenar kerana telah sibuk bekerja sebagai seorang penyanyi sejak usia belasan tahun.
Shawn Mendes
“Saya rasakan ia adalah sesuatu yang mengarut kerana saya rasa seksualiti adalah sesuatu yang kompleks dan sukar untuk melabelnya.
“Yang sebenarnya mengenai hidup dan seksualiti saya adalah, man, saya masih cuba menerokainya seperti orang lain. Adakala saya tidak pasti (mengenai orientasinya) dan adakala saya pasti.
“Dan (perbuatan menyebarkan khabar angin) terasa seperti satu bentuk pencerobahan terhadap sesuatu yang amat peribadi bagi saya,” katanya ketika salah satu segmen pada konsert berkenaan.
Shawn kemudian meneruskan persembahannya menerusi lagu berjudul The Mountain yang belum pernah diperdengarkan kepada peminatnya. Menariknya, lagu berkenaan mengandungi lirik tertentu yang merujuk kepada spekulasi mengenai orientasi seksualnya.
Pihak yang mewakili Shawn buat masa ini belum memberikan respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Shawn itu.
Langkah dua peserta bervokal lantang, Zuana dan Pasya dalam program realiti nyanyian, Raise The Star yang memasuki episod kedua malam tadi terus kencang ke hadapan setelah mereka berjaya mengekalkan kedudukan Top 5 yang diperolehi sejak minggu pertama.
Turut mengiringi mereka mara ke minggu seterusnya ialah Didie Shazry, Harz Fahayet dan Max Brandon yang tidak kurang hebatnya.
Dalam pada itu, empat peserta lain yang menamatkan saingan di Raise The Star malam tadi ialah Erika Foo, Syaf Kahar, Nishman dan Bosswan. Ini setelah mereka tidak berjaya menyakinkan juri tetap; terdiri daripada Ajai, Shila Amzah, Audi Mok, Aina Abdul dan Ikhwan Fatanna serta penonton di rumah untuk mengundi mereka melalui persembahan masing-masing.
Menariknya, Bosswan berjaya meraih anugerah Gempak Star On Fire yang ditentukan menerusi undian peminat untuk minggu kedua berturut-turut. Bagaimanapun, itu belum cukup untuk menyelamatkan Bosswan pada pusingan penyingkiran.
Sebagai info, sistem pemarkahan Raise The Star menetapkan 80 peratus hadir daripada barisan juri tetap manakala undian peminat pula mewakili 20 peratus yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelik tapi benar. Ini yang berlaku kepada seorang pemuda berusia 32 tahun, Anthony Loffredo yang sanggup mengorbankan wajahnya semata-mata ingin melakukan pengubahsuaian untuk menjadi makhluk asing berwarna hitam.
Ha, biar betul?
Berasal dari Perancis, pemuda ini mendapatkan bantuan khidmat daripada individu dari Barcelona yang dikenali sebagai Oscar Marquez kerana aktiviti pengubahsuaian seperti ini tidak boleh dilakukan di negaranya.
Pakar bedah ekstrim telah melakukan prosedur yang dikenali sebagai “rhinotomy”, dimana Anthony memiliki lubang yang terbuka pada wajahnya.
Pemuda pelik itu turut memuat naik posting di Instagramnya dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Oscar Marques kerana telah merealisasikan impiannya.
Anthony juga telah melakukan pembedaan lain, termasuklah membuang kedua-dua telinganya, membelah lidah serta mencacah tatu pada bola mata walaupun berisiko menjadi buta.
Untuk mendapatkan penampilan yang luar biasa, lelaki ini juga melakukan implant kulit dan melakukan benjolan gaya reptilia di dahinya serta garis pahat di tulang pipi.
Fuh, dengar pun dah ngeri.
Menurutnya lagi, dia tidak pernah menyesal mengubah wajah asalnya kepada makhluk asing yang diidamkannya. Dia mendapat idea ini ketika menjadi pengawal keselamatan dan menyedari yang dirinya tidak menjalani hidup seperti yang dia mahu kan.
Hm, dah elok-elok jadi manusia, nak jadi alien pula. Pelik, memang pelik. Wajah asal lebih handsome kan? Hiks!
Guru wanita berusia 57 tahun bakal didakwa di Mahkamah Kota Bharu susulan insiden rempuh dua pelajar Tingkatan Satu di SMK Tanjong Mas hingga seorang maut.