Lagu-lagu penyanyi terkenal kelahiran New Zealand, Lordedilaporkan telah dibuang daripada platform penstriman Apple Music Israel pada minggu ini selepas tindakannya melaungkan kata-kata, “Free F-king Palestine semasa persembahan konsert Ultrasound World Tour di Madison Square Garden, New York.
Insiden ini mengejutkan ramai peminat kerana lagu-lagu Lorde masih kekal boleh didengarkan di Apple Music di negara lain termasuk Amerika Syarikat dan Eropah. Namun, ramai yang percaya langkah Apple Music Israel itu berpunca daripada pendirian tegas penyanyi tersebut terhadap isu Palestin.
Lorde Lantang Suara Sokongan Kepada Palestin
Penyanyi berusia 28 tahun itu sememangnya dikenali sebagai seorang selebriti yang lantang menyuarakan pandangannya terhadap isu global. Tindakan berani Lorde melaungkan “Free Palestine” di hadapan ribuan penonton dianggap satu bentuk solidariti kepada rakyat Palestin yang terus ditindas.
Sejak awal kerjayanya, Lorde tidak gentar menggunakan platform muziknya untuk menyuarakan keadilan dan kemanusiaan. Sikap vokalnya terhadap isu Palestin ini mendapat pujian daripada pelbagai pihak termasuk aktivis dan peminat di seluruh dunia.
Pada tahun 2017, Lorde pernah membatalkan konsertnya di Tel Aviv sebagai tanda protes terhadap penindasan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin. Keputusan itu dibuat selepas menerima gesaan daripada gerakan Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) yang menyeru artis antarabangsa supaya tidak menyokong industri hiburan Israel.
Langkah berani itu menjadikan Lorde sebagai salah seorang penyanyi arus perdana yang tidak takut kehilangan sokongan komersial demi prinsip kemanusiaan. Ia turut memperkukuh reputasinya sebagai penyanyi pro-Palestin yang komited terhadap perjuangan kebebasan rakyat Palestin.
Bersama Gerakan No Music For Genocide
Lorde turut menyertai gerakan No Music For Genocide bersama ratusan pemuzik antarabangsa lain yang menolak pengedaran karya mereka di platform digital Israel. Gerakan ini menyeru industri muzik global agar tidak berkompromi dengan sebarang bentuk penindasan.
Ads
Selain isu nasib rakyat Palestin, Lorde juga aktif memperjuangkan kempen kelestarian alam sekitar. Album studionya Solar Power yang diluncarkan pada tahun 2021 tidak dikeluarkan dalam bentuk CD fizikal kerana kebimbangan terhadap impak alam sekitar. Sebaliknya, album itu hanya diterbitkan melalui platform digital dan dalam format vinyl.
Reaksi Peminat Dan Dunia Hiburan
Walaupun tindakan Apple Music Israel dianggap satu bentuk sekatan terhadap ekspresi artis, ia menjadikan nama Lorde lebih relevan dalam perbincangan global mengenai kebebasan bersuara dan sokongan terhadap Palestin. Di media sosial, ramai peminat melahirkan rasa kagum atas keberanian penyanyi itu yang tidak tunduk kepada tekanan politik.
Ads
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan Lorde berhubung pengguguran lagu-lagunya di Apple Music Israel. Namun, penyanyi itu sempat memuat naik satu klip pendek di Instagram, menzahirkan rasa cinta dan penghargaan kepada para peminat yang terus menyokongnya.
Tindakan Lorde membuktikan bahawa muzik bukan sekadar hiburan — ia juga boleh menjadi medium perjuangan untuk keadilan dan kemanusiaan. Dunia kini menyaksikan bagaimana seorang artis muda berani berdiri bersama Palestin melalui karya seni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berbaki sebulan lebih sebelum memasuki bulan Ramadan, kami pasti ramai yang telah atau sedang mencari-cari baju Raya bagi tahun ini.
Dan dengan kehadiran pelbagai pertunjukan fesyen Aidilfitri yang berlangsung sepanjang bulan Mac dan April, kita mempunyai pelbagai pilihan dan idea untuk baju Raya masing-masing.
Salah satu daripada ialah jenama Behati yang menyediakan koleksi Raya PERTAMA mereka sempena pertunjukan fesyen Lebaran Daramera 2019.
The thing is, ia bukanlah baju Raya konvensional korang kerana kebanyakan daripadanya adalah bersaiz besar (oversized). Hhm, ada bran ke tak nak pakai? Jom tengok beberapa pilihan yang ada.
Potongan baju Melayu lelaki diambil sebagai konsep bahagian top ini. Dengan penambahan kolar Mandarin dan bahagian lengan baju flair, ia adalah top yang bagi kami sopan untuk korang gayakan.
Okay, ni adalah pemilihan fesyen berisiko dan memerlukan daya confident tinggi. Namun kami dapat bayangkan seseorang menyarungnya sebagai pieces berlainan. Seluar itu boleh dipadankan dengan turtleneck polos hitam / pastel. Bahagian baju itu pula bersama seluar slack dengan juntaian hijab di bahagian kiri.
Sesuai bagi korang yang mempunyai sosok pemakai yang tinggi, pemakaian outerwear terbelah ini sebenarnya adalah olahan baru pada pemakaian jubah mahupun kardigan labuh.
Wow, poncho sebagai item fesyen raya!
Walaupun look ini kelihatan agak over-the-top (ya kami faham perasaan korang bila melihat foto ini) tetapi ia sebenarnya boleh dipadankan dengan pakaian berbeza. Contohnya, top poncho bersama seluar skinny putih. Seluar 2 lapisan ini pula pasti menjadikan T-shirt putih yang dimasukkan ke dalam kelihatan chic.
Yes! Ini adalah salah satu potongan baju kurung klasik yang kelihatan cantik pada banyak jenis tubuh pemakai. Bahagian skirt potongan duyung dipadankan dengan bahagian top persis baju Melayu. Potongan baju seperti ini baik mampu membuatkan korang kelihatan lebih tinggi.
So, korang berani tak? Mungkin, tetapi bukan di hadapan nenek dan datuk pada pagi Raya kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal, Dua Lipa baru-baru ini mencuri perhatian selepas mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat teknologi gergasi Korea Selatan, Samsung Electronics berhubung dakwaan penggunaan imejnya tanpa kebenaran pada kotak pembungkusan televisyen di Amerika Syarikat.
Difahamkan, pelantun lagu ‘Dance The Night’ dan ‘Levitating’ itu menuntut ganti rugi sebanyak AS$15 juta (kira-kira RM64.5 juta) selepas mendakwa wajahnya digunakan bagi tujuan pemasaran produk Samsung.
Memetik laporan CNN, penyanyi berusia 31 tahun itu mendakwa beliau tidak pernah memberikan sebarang persetujuan atau menandatangani perjanjian dengan Samsung untuk membenarkan penggunaan gambarnya pada pembungkusan TV. Malah, pasukan guaman beliau turut mendakwa tindakan tersebut seolah-olah memberi gambaran bahawa Dua Lipa mempunyai kerjasama rasmi dengan jenama berkenaan.
Menurut dokumen mahkamah yang difailkan di California, imej yang digunakan itu dipercayai diambil ketika persembahan Dua Lipa di Austin City Limits Festival pada tahun 2024. Pasukan penyanyi itu juga mendakwa Samsung gagal mematuhi beberapa permintaan supaya syarikat berkenaan menghentikan penggunaan imej tersebut walaupun notis sudah diberikan berulang kali.
Lebih mencuri perhatian, peminat di media sosial mula memanggil pembungkusan tersebut sebagai “Dua Lipa TV Box” selepas gambar kotak televisyen itu tular di beberapa platform. Malah, ada beberapa pengguna yang mengakui mahu membeli televisyen tersebut hanya kerana wajah Dua Lipa terpampang pada kotaknya.
Sementara itu, menurut Samsung Electronics, imej Dua Lipa digunakan bagi mempromosikan kandungan daripada rakan pihak ketiga yang tersedia menerusi platform Samsung TV Plus. Pihaknya menjelaskan gambar tersebut dibekalkan oleh rakan kandungan mereka dan digunakan hanya selepas menerima jaminan bahawa kebenaran rasmi telah diperoleh termasuk untuk kegunaan pada kotak jualan runcit.
Dalam kenyataan sama, Samsung turut menafikan dakwaan salah guna secara sengaja terhadap imej penyanyi itu.
“Samsung mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Ms. Lipa dan hak harta intelek semua artis. Kami kekal terbuka untuk mencapai penyelesaian yang konstruktif bersama pasukan beliau,” jelas kenyataan tersebut.
Untuk rekod, Dua Lipa merupakan antara selebriti antarabangsa yang aktif menjalinkan kerjasama komersial bersama jenama terkenal dunia seperti Puma, Versace dan Yves Saint Laurent. Malah, beliau juga pernah bekerjasama dengan Apple, Porsche dan Chanel selain kini menjadi duta global untuk Nespresso.
Selain itu, kes saman ini sekali lagi membuka perbincangan mengenai hak penggunaan imej selebriti dalam dunia pemasaran moden, lebih-lebih lagi apabila nama besar seperti Dua Lipa terlibat. Buat masa ini, kedua-dua pihak masih belum mencapai sebarang penyelesaian rasmi dan kes tersebut dijangka terus menjadi perhatian ramai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hankook Ilbo melaporkan pelakon Kim Bo Kyung telah meninggal dunia pada usia 44 tahun Isnin lalu setelah bertarung dengan kanser selama 11 tahun. Berita kematiannya telah disahkan sendiri oleh keluarga terdekat.
Pelakon lulusan Seoul Institute of the Arts itu meula membabitkan diri dalam bidang lakonan ketika berusia 22 tahun dalam antara filemnya yang hit adalah Friend, ketika dia memegang watak Jin Sook sebagai vokalis untuk kumpulan Rainbow. Kim Bo Kyung juga pernah muncul dalam filem-filem lain seperti “RU Ready?”, “Sword in the Moon,” “My Little Bride,” “Blue Sky,” “Epitaph,” “Paju,” dan “The Day He Arrives.”
Difahamkan, pelakon wanita ini telah dikebumikan di tempat kelahirannya di Busan semalam.