Pempengaruh media sosial terkenal, Ameera Khan, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dikatakan memadam semua foto-fotonya bersama kekasih, pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol, di laman Instagram miliknya.
Perkara itu turut dilakukan oleh Jefri Nichol, yang dilihat mengambil langkah sama dengan memadam gambar bersama Ameera dalam akaunnya sendiri. Tindakan serentak kedua-dua figura ini mencetuskan tanda tanya besar di kalangan peminat adakah hubungan cinta lintas negara ini sudah berakhir?
Netizen Perasan Perubahan Drastik Antara Ameera Khan & Jefri Nichol
Ramai pengguna media sosial mula membuat spekulasi selepas mendapati tiada lagi gambar mereka berdua di laman Instagram masing-masing.
“LMK (singkatan nama Ameera) sudah putus dengan Jefri ke? Gambar masing-masing dah padam,” tulis seorang pengguna Threads yang turut mendapat pelbagai respon daripada netizen lain.
Ads
Lebih mencurigakan, kedua-dua mereka juga dilihat sudah berhenti mengikuti akaun Instagram masing-masing, seolah-olah mengesahkan bahawa hubungan mereka sedang dilanda badai. Namun, yang menarik perhatian ialah apabila Jefri Nichol masih lagi mengikuti akaun kakak Ameera iaitu Neelofa dan Noor Nabila, menimbulkan persoalan sama ada mereka berpisah secara baik atau sekadar memberi ruang antara satu sama lain.
Pasangan Popular Malaysia–Indonesia Yang Disukai Ramai
Sebelum ini, Ameera Khan dan Jefri Nichol sering menjadi tumpuan ramai bukan sahaja kerana rupa paras menarik, tetapi juga kerana dianggap pasangan ‘it couple’ Malaysia–Indonesia. Kemesraan mereka sering terpancar di Instagram menghadiri acara minggu fesyen luar negara, bercuti bersama, malah Jefri pernah berkunjung ke rumah keluarga Ameera dan kelihatan cukup mesra dengan ibu serta adik-beradik selebriti itu.
Gabungan personaliti Ameera yang bergaya dan karisma Jefri sebagai pelakon menjadikan mereka pasangan idaman ramai remaja. Namun, di sebalik kemanisan yang ditonjolkan, hubungan selebriti sememangnya tidak pernah terlepas daripada perhatian umum.
Bukan Kali Pertama Spekulasi Putus Antara Ameera & Jefri
Ini bukan kali pertama pasangan ini dikaitkan dengan berita perpisahan. Beberapa bulan lalu, Ameera Khan dan Jefri Nichol pernah dikhabarkan putus selepas mereka berhenti berinteraksi di media sosial, namun kemudiannya tampil bersama semula dalam beberapa hantaran romantik.
Disebabkan itu, ramai peminat berpendapat bahawa situasi kali ini mungkin hanya ‘drama kecil’ dalam hubungan mereka, bukan perpisahan mutlak. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Ameera mahupun Jefri bagi menjelaskan perkara sebenar.
Ads
Cinta di Era Digital
Fenomena “unfollow” dan “padam gambar bersama” bukanlah perkara asing dalam dunia selebriti masa kini. Dalam era digital, setiap tindakan di media sosial mudah ditafsir sebagai simbol sesuatu termasuk hubungan cinta. Namun, realitinya, setiap pasangan berhak menjaga privasi masing-masing. Memadam gambar tidak semestinya bermaksud perpisahan, sebaliknya mungkin sekadar langkah untuk memberi ruang, menjaga imej, atau fokus pada kehidupan peribadi.
Ameera Khan & Jefri Nichol Perlukan Ruang?
Walaupun belum ada pengesahan rasmi, tindakan Ameera Khan dan Jefri Nichol sudah cukup untuk mencetuskan gelombang perbincangan di kalangan peminat kedua-dua negara. Sama ada benar-benar putus atau hanya berselisih faham, peminat tetap mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
Dalam dunia hiburan yang penuh tekanan dan perhatian umum, mungkin sedikit ruang peribadi adalah hal yang mereka perlukan.
Ya, kafe Starbucks Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis merchandise yang dijual di raknya.
Setiap satu mempunyai rekaan unik dan fungsi berbeza seperti cawan, botol air, cawan tinggi dan paket serbuk minuman.
Terbaru, Starbucks Malaysia telah memperkenalkan satu lagi merchandise baru untuk korang kumpul. Better yet, ia sesuai dihadiahkan kepada kawan yang suka membawa bekal pada setiap hari.
Ia adalah set sudu, garfu dan penyepit besi tahan karat (stainless steel) yang disimpan di dalam pouch linen.
Serius comel!
Menariknya ia tidak boleh dibeli begitu saja. Korang perlu berbelanja di Starbucks sebanyak RM80 dalam satu resit untuk memperolehinya. Pembelian RM80 itu bagaimanapun tidak sah dengan diskaun atau promosi lain.
***
Dalam pada itu, semalam Starbucks Malaysia juga merasmikan 3 jenis minuman baru bermula 26 Mac ini. Ia adalah bersempena kempen Springtime Favourites. Iyalah, satu duniakan sedang bersiap sedia untuk menyambut musim bunga.
Cuba jawab kuiz di bawah untuk mengetahui minuman jenis apa yang bersesuaian dengan selera korang.
Jom cuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selebriti Hollywood terkenal dengan insuran tubuh badan yang mereka letakkan sebagai aset mereka dalam mencari rezeki. Kaki supermodel berasal dari Jerman, Heidi Klum turut diinsuranskan sebanyak AS$2 (RM6.1 juta).
Hadir sebagai bintang jemputan di The Ellen DeGeneres Show, Heidi Klum mendedahkan kakinya mempunyai nilai insurans sehingga USD 2 juta tetapi kaki kanan lebih berharga daripada kaki kiri.
Bekas model pakaian dalam Victoria Secret yang berkahwin dengan penyanyi kulit hitam, Seal bagaimanapun perlu menjalani pemeriksaan kakinya dulu sebelum harga ditetapkan.
Foto Via The Mirror
“Ketika saya masih muda, saya terjatuh dan terkena kaca sehingga meninggalkan parut yang besar,” katanya seperti dipetik People.
Madonna (Payudara)
Foto Via Alphabeatic.com
Penyanyi popular ini meletakkan insuran untuk payudaranya sebanyak 2 juta dolar Amerika. Sesetengah orang terkejut dengan tindakan insuran Madonna ini kerana kebanyakan wanita Hollywood sering dikaitkan dengan surgeri silikon payudara. Namun sebenarnya tidak bagi Madonna kerana miliknya adalah asli dan tiada sebarang pembedahan yang dilakukan.
Daniel Craig (Seluruh tubuh)
Daniel Craig terkenal dengan aksi ekstrem di dalam filem-filem antarabangsa. Dia meletakkan insuran sepenuh tubuh dengan nilai 9.5 juta dolar Amerika. Kebanyakan majalah antarabangsa mempamerkan susuk tubuh badan Daniel yang sasa dan menarik perhatian ramai, jadi sudah pasti strategi untuk meningkatkan penjualan filem turut laris dan berkesan dengan adanya Daniel sebagai salah satu watak.
Julia Roberts (Senyuman)
(Photo by Anthony Harvey/FilmMagic)
Pelakon wanita ini meletakkan insuran pada senyumannya yang ternyata manis dan memukau dengan nilai sebanyak 30 juta dolar Amerika. Bukan hanya insuran yang tinggi, malah Julia juga merupakan antara selebriti yang dibayar dengan amaun pendapatan yang tinggi.
Cristiano Ronaldo (Kaki)
Foto Via The Guardian
Pemain bola sepak dunia ini bukan hanya tangkas bersukan, malah mempunyai rupa yang kacak dan diminati ramai wanita. Ronaldo meletakkan insuran pada kedua-dua belah kakinya sebanyak 144 juta dolar Amerika demi mempertahankan asetnya yang paling berharga dalam dunia sukan bolasepak.
Jennifer Lopez (Punggung)
Penyanyi hebat ini sememangnya terkenal dengan punggungnya yang serba sempurna di Hollywood. Dia memfailkan insuran punggung pada nilai 300 juta dolar Amerika untuk melindungi dari sebarang perkara yang tidak diingini.
Mariah Carey (Kaki)
(Photo by Terence Patrick/CBS via Getty Images)
Sama seperti Heidi, Mariah Carey juga merasakan kakinya sangat berharga. Bermulanya insuran kaki Mariah sejak memenangi anugerah ‘Legs Of A Goddess’ yang dianugerahkan oleh Gilette. Aset anggota tubuhnya itu diinsurankan dengan nilai 1 billion dolar Amerika.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada zaman moden hari ini, masyarakat kita semakin melupakan tradisi yang selama ini mengangkat dan membentuk peradaban bangsa.
Ingatkah kita dengan sejarah kerajaan melayu melaka, Legenda Hang Tuah dan sahabat serta banyak lagi merupakan kegemilangan tradisi bangsa melayu itu sendiri.
Berita baik buat korang yang merupakan peminat institusi Diraja dan penggemar barang-barang warisan Melayu, korang patut berkunjung ke Istana Budaya sekarang ni!
Ini kerana di situ berlangsungnya pameran replika tanjak terbesar iaitu tanjak Pahang ‘Lang Menyongsong Angin’ hiasan kepala yang digunakan Sultan Pahang untuk istiadat Diraja negeri.
Pemilihan tanjak tersebut bersesuaian dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berasal dari Pahang.
Tanjak yang berketinggian 3.66 meter itu dihasilkan oleh 15 ahli Persatuan Bentan Malaysia dan Istana Budaya dan memakan masa lebih 3 jam dengan menggunakan kain broked petang semalam.
Selain tanjak Pahang, turut dipamerkan tanjak Destar Sunda Menggamit, Tengkolok Belalai Gajah, Destar Datuk Bija Diraja dan Setanjak Balung Raja.
Pameran ‘Tanjak Terbesar’ yang diadakan hingga Mac ini bertujuan mengangkat kembali warisan kegemilangan Melayu ke tempat yang sewajarnya dan mendedahkan kepada generasi muda adat memakai tanjak, selain bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Menurut pihak penganjur, selepas pameran itu, kain tanjak akan dipotong menjadi helaian kain untuk dijadikan tanjak biasa dan akan diberikan kepada golongan asnaf dan anak-anak yatim sebagai cenderahati bagi memperkasakan budaya, adat dan warisan Melayu.
So jom serbu Istana Budaya dan kenali budaya kita sendiri di pameran tanjak terbesar tu okay!
Muhammad Izzahan Isman, bekas pelajar tahfiz tajaan MARA, menamatkan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Amerika Syarikat dengan CGPA 3.72 serta meraih pelbagai anugerah akademik dan kepimpinan.