Situasi susah untuk mencari kerja di kalangan lepasan institut pengajian tinggi tidak pernah reda.
Apabila ekonomi kurang memberansangkan, ramai remaja dan belia yang mengeluh tiada peluang pekerjaan terutamanya dalam bidang pilihan masing-masing.
Apabila ekonomi bertukar baik pula, ramai yang mengeluh tentang trend semasa banyak syarikat korporat yang sudah menukar sistem pekerja kepada sistem digital dan tak lama lagi, robotik.
Ads
Jadi bagaimana dengan sumber pekerja baru yang semakin lama semakin disisihkan?
Ads
Sempena istiadat pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini, Editor Eksekutif Astro Awani Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro Awani Cynthia Ng diperkenan masuk mengadap di Istana Negara baru-baru ini, untuk mencari sisi lain raja kelahiran Pahang itu.
Baginda ditanya mengenai senario tenaga kerja manusia bakal diganti dengan robot dalam masa lima atau enam tahun akan datang. Ini respon Baginda terhadap isu tersebut.
Ads
“Saya pernah baca mengenainya. Tetapi, ia tertakhluk kepada bidang tertentu seperti high technology atau heavy industries.
Bukan secara keseluruhannya. Kalau sesebuah negara mempunyai labour force yang besar, tak sesuai untuk mereka mengguna robot kerana rakyat tidak akan mempunyai pekerjaan.
“Pihak kerajaan juga harus tahu di mana dan bila robot is applicable or not,” titah Baginda lagi.
Keharmonian rumah tangga pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin, 33 dan Nur Fazura Sharifuddin, 41 yang hangat dipersoalkan di media sosial beberapa bulan kebelakangan ini terjawab pada Jumaat, 13 September.
Ini setelah Fazura difahamkan memfailkan penceraian terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari dekat Shah Alam, pagi tadi.
Pelakon, Fattah Amin.
Menurut sumber yang mengesahkan perkara tersebut kepada BH Online, Fazura bagaimanapun tidak menghadiri mahkamah.
Sebaliknya, pemilik jenama Tudung Fazura dan Fazbulous itu diwakili oleh peguamnya untuk menguruskan pemfailan tersebut.
“Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi,” kata sumber berkenaan.
Namun, butiran terperinci termasuklah punca penceraian tidak didedahkan untuk pengetahuan khalayak.
Pelakon, Nur Fazura.
Sebagai info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, pengunaan pulse oximeter sering disebut kerana ia merupakan antara alatan penting di rumah bagi mengukur tahap oksiden dalam badan dan kadar denyutan jantung.
Lebih-lebih lagi kepada pesakit COVID-19 yang dikuarantin di rumah, penggunaan alat ini dapat mengetahui sama ada keadaan mereka baik atau tidak.
Oleh yang demikian, penting untuk korang mengetahui cara menggunakan pulse oximeter ini dengan betul bagi mengelakkan bacaan yang tidak tepat.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat tiga kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari. Contohnya, tiga kali sehari mengikut waktu makan.
Lakukan pengukuran tambahan jika korang merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan. Berikut adalah cara penggunaan pulse oximeter dengan betul.
1. Tanggalkan pewarna kuku/kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk
2. Berehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum melakukan pengukuran
3. Letakkan tangan korang di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan pada paras tersebut
4. Hidupkan pulse oximeter dan pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada
5. Kekalkan posisi tangan korang dengan pulse oximeter sekurang-kurangnya 1 minit atau sehingga bacaan menjadi stabil
6. Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berubah selama 5 saat
Gambar hiasan
Pastikan setiap pengukuran dilakukan dengan berhati-hati dan sekiranya tahap oksigen kurang daripada 95 peratus, korang dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan.
Satu lagi pesanan kami, sebelum membeli pulse oximeter ini, pastikan ia dari jualan yang sah kerana sudah banyak pulse oximeter palsu dijual secara online.
Tahniah kepada Han Byul yang telah menjuari Big Stage.
Seperti acara konsert dan anugerah lain, pasti ada banyak komen yang hadir dari penonton di lokasi dan di rumah.
Korang perasan tak 10 perkara yang berlaku ini, sepanjang malam finale tadi?
01
Kembar!
Ramai yang beranggapan bahawa juri Big Stage musim pertama, Faizal Tahir akan dijemput sebagai juri jemputan. Tetapi Misha Omar membuat kejutan pada malam tadi.
Ada suara-suara nakal yang menyamakan stail rambut kak Mitch dengan Han Byul. Hehe, kembar ke?
02
Markah Sama
Bukan sekali tetapi dua kali markah sama diberikan oleh dua juri tetap Big Stage 2019 iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.
Ia berlaku semasa persembahan Neeta (I Want To Dance With Someboday – 82 markah) dan Dinda Permata (Simalakama – 80 markah).
Bincang eh, hehe..
03
Single Baru Yang Sedap!
Seriously, lagu-lagu baru yang dinyanyikan oleh finalis Big Stage semalam memang ada kualiti dan tak bosan didengari berulang kali.
Antara yang mendapat pujian ialah lagu Picisan nyanyian Adzrin. Lagu ciptaan Amylea ini juga mendapat pujian daripada juri jemputan Misha Omar, yang mencemburui Adzrin kerana mendapat lagu tersebut.
Selain itu, lagu Ruang Mimpi (Neeta) dan Luka & Bahagia (Han Byul) juga dianggap mempunyai kualiti ‘lagu bagi sang juara’.
04
Kemunculan Nabil
Seperti kebiasaan, konsert finale seperti Big Stage 2019 akan diselitkan dengan slot promosi untuk program seterusnya. Minggu depan, Gegar Vaganza (GV) akan membuat kembali dengan musim terbaru pada hari Ahad dan siapa lagi yang muncul semalam untuk melakukan promosi selain pengacara tetapnya, Nabil.
Namun lain pula jadinya semasa berada di atas pentas. Semuanya kelihatan dan kedengaran kelakar di dewan MBSA tetapi penonton di rumah pula tidak berpuas hati dengan ‘lawak tipikal’ yang dibawakan oleh Nabil.
Antara yang ‘terkeluar’ semalam adalah lawak Jihan Muse perlu renovate muka sebelum GV bermula, komen body shaming (uh yes it was!) dan mempermainkan nama juara Big Stage 2019, Han Byul menjadi Han(g) Biol.
Ramai yang berpendapat lawak seperti ini tidak lagi relevan, tambahan pula kita sudah nak memasuki tahun 2020.
Insiden suara terlari pitch yang berlaku kepada Adzrin semalam adalah normal bagi penyanyi. Walaupun kak Mitch yang diberikan mandat memberi komen, Cakra meminta izin untuk menyentuh isu tersebut kerana bahagian teknikal adalah salah satu kriteria penjurian.
Penonton di rumah tidak mengecam, malah kasihan apabila insiden itu berlaku. Iyalah, Adzrin merupakan antara peserta underdog yang konsisten sepanjang musim ini dan dilihat mempunyai masa depan cerah.
06
Soprano Han Byul
Minggu lalu, ramai tak faham mengapa Han Byul memilih lagu ‘Lose Yourself’ nyanyian Eminem kerana berpendapat ia sukar untuk dibawakan.
Tetapi penyanyi Korea Selatan itu membuktikan dia mampu memberikan persembahan yang meremang apabila ia dimulakan dengan bahagian soprano! Penonton juga membandingkannya dengan beberapa persembahan ber-soprano yang pernah dicuba penyanyi Malaysia di Anugerah Juara Lagu, baru-baru ini.
07
Lagu Haqiem Rusli
Single baru, Luka & Bahagia nyanyian Han Byul memang 100% mempunyai DNA ciptaan Haqiem Rusli. Tak beritahu pun, dah tahu siapa yang menciptanya.
Sedap!
08
Jelapang Padi
Props daun-daun ala lalang yang dibawakan oleh Dinda Permata semasa persembahan keduanya dianggap sebagai semak-samun oleh Tok Ti. Apabila persamaan itu dibuat, berdekah penonton di auditorium dan rumah.
Namun, you have to give the girl credit. Dinda mempunyai potensi ke hadapan.
09
Mana Santesh
Apabila peserta lain menyertai rakan finalis mereka di atas pentas, kelibat Santesh tak kelihatan. Hhm..
Malah di ruang Insta Story pun, dia tidak memuat naik apa-apa update.
10
Markah Tinggi Tok Ti
Menurut Tok Ti, markah tinggi diberikan kepada Han Byul semasa membawakan lagu Lose Yourself kerana variasi yang diberikan oleh penyanyi Korea Selatan. Malam semalam, dia juga keluar daripada forte dan menjiwai lagu itu.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.