Bintang K-Pop terkenal, Lisa daripada kumpulan BLACKPINK baru-baru ini dikhabarkan mengambil langkah menjauhkan diri daripada agensi Wasserman Music susulan kontroversi yang kembali hangat diperkatakan. Hal tersebut timbul selepas dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein yang didedahkan semula pada Januari 2026 mengaitkan nama kepimpinan tertinggi syarikat berkenaan.
Memetik laporan Bandwagon Asia, Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manobal (29) dipercayai telah memadam pengumuman terdahulu mengenai kerjasama jelajah global bersama agensi itu daripada platform milik syarikat pengurusannya, LLOUD. Walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini, tindakan tersebut mencetuskan spekulasi bahawa penyanyi berkenaan sedang menilai semula hubungannya dengan pihak terbabit.
Difahamkan, kontroversi ini berpunca daripada dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang merujuk kepada surat-menyurat lama antara pengasas dan CEO Wasserman Group, Casey Wasserman, dengan Ghislaine Maxwell. Maxwell sebelum ini disabitkan kesalahan pada 2021 atas pertuduhan pemerdagangan seks dan konspirasi yang berkaitan dengan Jeffrey Epstein.
Ads
Dokumen berkenaan memperincikan pertukaran emel berunsur godaan sejak 2003, selain pengakuan Wasserman bahawa beliau pernah menaiki pesawat peribadi Epstein sekali pada 2002 bagi tujuan perjalanan kemanusiaan yang dianjurkan oleh Clinton Foundation.
Bagaimanapun, beliau menafikan sebarang hubungan lanjut dan menyatakan kekesalan terhadap komunikasi tersebut, dengan menjelaskan ia berlaku sebelum jenayah Maxwell diketahui umum.
Susulan pendedahan itu, sebahagian industri muzik dilaporkan memberi reaksi negatif terhadap agensi berkenaan pada awal 2026. Beberapa artis turut memilih untuk menamatkan kerjasama atau secara terbuka menyuarakan kritikan terhadap syarikat tersebut sebagai tanda pendirian masing-masing.
Ads
Sebelum ini, penyanyi Chappell Roan mengesahkan pemergian beliau daripada agensi berkenaan atas faktor nilai peribadi. Selain itu, beberapa nama lain seperti Laufey, Orville Peck dan Weyes Blood turut dilaporkan memutuskan hubungan atau sedang mempertimbangkan semula kerjasama mereka dengan Wasserman.
Ads
Untuk rekod, Lisa menandatangani kontrak bersama Wasserman Music pada tahun 2025 bagi perwakilan jelajah seluruh dunia, sekaligus dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh kerjaya solonya di peringkat global. Perjanjian tersebut dimeterai menerusi LLOUD, syarikat pengurusan bebas yang dilancarkannya pada 2024 selepas beliau menamatkan kerjsama eksklusif bersama YG Entertainment bagi aktiviti solo.
Sehingga setakat kini, laman rasmi Wasserman masih menyenaraikan BLACKPINK sebagai antara artis di bawah naungan mereka, sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai status sebenar perancangan jelajah solo Lisa. Tanpa pengesahan rasmi daripada kedua-dua pihak, situasi ini kekal menjadi perhatian peminat dan pemerhati industri hiburan antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi versatil, Marsha Milan meluahkan hasrat untuk bergabung dalam sebuah karya istimewa bersama dua lagi figura vokal hebat tanah air iaitu Aina Abdul dan Ernie Zakri pada masa akan datang.
Menurut Marsha, keinginan tersebut hadir susulan dirinya bersama Aina dan Ernie sering menjadi perbandingan dalam kalangan peminat serta pemerhati industri muzik tempatan.
“Saya teringin untuk ada satu karya dengan Aina Abdul dan Ernie Zakri. Walaupun pernah berduet dalam persembahan, tetapi lagu bersama masih belum ada lagi.
“Saya mahu duet dengan Aina dan Ernie sebab suara kami bertiga sering dibanding-bandingkan. Kalau ingat kembali, ada suatu ketika dahulu kami memang kerap dibandingkan.
“Bila orang sering membandingkan, perkara itu ‘triggered’ saya dan terfikir, kalau bergabung mengapa tidak,” katanya.
Marsha berkongsi perkara tersebut ketika ditemu bual dalam satu program stesen radio tempatan yang dihoskan oleh Radin.
Gabungan Tiga Vokal Berbeza, Satu Keunikan
Mengulas lanjut, pelantun lagu popular Hening Rindu itu mengakui Aina dan Ernie masing-masing memiliki kelebihan tersendiri selain kekuatan vokal yang sememangnya tidak perlu disangkal.
“Aina dan Ernie, kedua-dua penyanyi ini sangat berbakat. Saya pasti dari arah muzik juga kami mempunyai sedikit persamaan walaupun tona suara berbeza.
“Tetapi saya rasa ia akan jadi sesuatu yang unik sekiranya kami benar-benar digabungkan. Soal lagu pula saya tidak kisah, kalau lagu rancak pun mengapa tidak, asalkan sesuatu yang baharu,” tuturnya lagi.
Hasrat tersebut sekali gus mengundang perhatian peminat yang turut berharap kolaborasi tiga suara besar ini dapat direalisasikan pada masa akan datang.
Jika benar menjadi kenyataan, gabungan tiga nama ini pastinya bakal mencipta satu momen luar biasa dalam industri muzik tempatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi mereka yang lahir sekitar tahun 80 dan awal 90-an, pastinya korang sangat mengenali suara ngilai dan susuk yang menakutkan yang sering menghiasi muka depan VCD pada suatu ketika dahulu. Siapa lagi kalau bukan Mak Lampir.
Walaupun kisah Mak Lampir ini berasal dari Indonesia namun ia cukup dekat bagi masyarakat Malaysia kerana penjualan VCD Mak Lampir pada ketika itu sangat memberangsangkan.
Namun, ada berita tidak baik untuk peminat Mak Lampir ini apabila beliau dikhabarkan sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir baru-baru ini pada usia 68 tahun.
Perkara itu dimaklumkan oleh cucunya, Ify Alyssa yang juga merupakan seorang penyanyi menerusi laman Instagram.
Mak Lampir atau nama sebenarnya, Farida Pasha juga merupakan pelakon popular di Indonesia. Pernah memegang watak dalam sinetron popular Misteri Gunung Merapi dilaporkan telah meninggal dunia disebabkan pandemik Covid-19.
Takziah kami ucapkan buat semua ahli keluarga Farida Pasha dan Al-fatihah buat pelakon ini.
Nampaknya, masyarakat kita rata-rata masih belum mengikis sentimen panik sehinga mengakibatkan beberapa situasi ‘panic buying’ ataupun belian panik terjadi di pasaraya sekitar Lembah Klang.
Untuk pengetahuan korang, sebentar tadi Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri telahpun mengumumkan bahawa negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan diletakkan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula 14 Oktober ini.
Ini sejurus nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang melihat situasi kes positif Covid-19 yang semakin meningkat di Lembah Klang.
Pengumuman tersebut disambut dengan pendapat berbeza di kalangan rakyat. Ada yang menyokong demi keselamatan masyarakat yang lebih terjamin. Tidak kurang juga ada yang membantah kerana enggan situasi ekonomi negara bertambah teruk walaupun Datuk Seri Ismail Sabri memberi jaminan syarikat akan dibenarkan untuk terus beroperasi.
Apapun, yang jelas adalah perasaan panik masyarakat Lembah Klang mengenai persiapan barangan keperluan mereka. Menerusi tinjauan di media sosial, beberapa pengguna akaun Twitter telahpun memuat naik situasi belian panik yang terjadi sebelum waktu pejabat tamat lagi pada hari ini!
Kami faham perasaan yang dilalui oleh kalian memandangkan kami juga menetap dan beroperasi di Lembah Klang. Namun situasi panic buying ini hanya akan meningkatkan peratus wabak Covid-19 merebak and that does not help with the current situation.
Lagipun, kerajaan sudahpun menetapkan piawaian agar hanya 2 orang isi rumah saja dibenarkan untuk mendapatkan barangan keperluan di pasaraya. Jadi, korang ADA masa lagi untuk membeli apa yang patut okay.
*
Ini sebahagian lagi larangan yang dikenakan sempena PKPB kali ini.
“Kaki aku jadi lemah saat melihat Kaabah.” Kisah menyentuh tentang perjalanan hidayah seorang wanita yang pernah hidup sebagai pengkid sebelum berubah selepas menunaikan umrah di Mekah.