Namun, baru-baru ini seluruh dunia dikejutkan dengan berita pencemaran udara toksik di Amerika Syarikat yang begitu teruk sehinggakan langit New York City bertukar jingga.
Negara tersebut dilaporkan mengalami pencemaran udara toksik yang teramat teruk hasil daripada asap kebakaran hutan di Kanada. Hal ini menyebabkan rakyat Amerika Syarikat didedahkan kepada udara toksik setelah hampir sekian lama negara itu tidak dilanda pencemaran udara sebegitu teruk.
Ads
Penyelidik turut mendapati penduduk di New York terdedah kepada tahap pencemaran lima kali ganda melebihi standard kualiti udara negara tersebut. Shocking kan?
Selain itu, para penyelidik Stanford membuat pengiraan bahawa purata orang Amerika pada Rabu lepas telah terdedah kepada 27.5 mikrogram setiap meter padu bahan zarahan kecil yang dibawa dalam kepulan asap.
Serpihan jelaga, habuk dan serpihan lain yang terbakar ini dikenali sebagai PM2.5 akan tertimbus di dalam paru-paru manusia apabila disedut dan berkemungkinan menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Ads
Di New York, di mana langit berubah daripada putih susu kepada jingga terang sepanjang hari telah memaksa sekolah dan taman permainan untuk mengehadkan aktiviti luar dan menggalakkan pemakaian topeng apabila berurusan di luar kawasan tertutup.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kalau dulu penyakit berkaitan kolestrol tinggi kerap kita dengar kalangan orang tua, tapi kini ramai pula golongan muda mengalaminya. Mungkin juga ia berpunca dari pemakanan dan juga gaya hidup kita.
Kolesterol tinggi bukanlah penyakit, tetapi berpotensi menyebabkan pelbagai penyakit. Di antaranya ialah penyakit jantung, stroke, diabetes dan hipertensi atau tekanan darah tinggi.
Menurut Pakar Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr Beni Isman Rusani, kolesterol boleh meningkat dalam tubuh sesiapa sahaja, termasuk golongan muda.
“Kolesterol dalam badan bermula rendah ketika lahir, namun akan meningkat apabila dewasa. Malah, sejak tahun pertama kehidupan sehingga mencapai usia dewasa, paras kolesterol akan bertambah,” katanya dalam temu bual AWANI Pagi pada Rabu.
Mitos Badan Kurus Selamat Dari Kolestrol
Dr Beni turut menafikan mitos bahawa individu berbadan kurus terselamat daripada risiko kolesterol tinggi.
Beliau menjelaskan, walaupun individu obes lebih mudah mengalami masalah kolesterol tinggi, orang kurus juga tidak terkecuali daripada risiko tersebut.
Tambah beliau, kolesterol tinggi tidak menunjukkan sebarang simptom yang ketara, berbeza dengan penyakit lain seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis.
“Kolesterol adalah ‘pembunuh senyap’. Kebiasaannya, tiada tanda-tanda jelas kecuali dalam kes yang sangat tinggi,” ujarnya
Cara Menurunkan Kadar kolesterol
Dalam jumlah tertentu tubuh memerlukan kolesterol untuk menjaga tubuh tetap sihat. Hanya bila jumlahnya yang berlebihan, keadaannya dikenali dengan hiperkolesterolemia akan timbul masalah. Penurunan kolesterol satu persen saja dapat mengurangi risiko serangan jantung dua sampai tiga peratus.
Beberapa tip di bawah ini diharapkan dapat memperbaiki kadar kolesterol Anda :
1. Atasi lemak tepu
Lemak tepu, biasanya mengacu pada lemak yang berasal daripada haiwan, terutama pada produk susu, daging merah dari lembu. Sebaiknya pengambilannya ini dibatasi, karena dapat memacu produksi kolesterol dan meningkatkan jumlah kolesterol dan kolesterol jahat (LDL). Dengan memilih diet yang mengandungi rendah kolesterol ini, anda sebenarnya sudah mengambil salah satu langkah yang bijak untuk memperbaiki kadar kolesterol anda. Pada diet Mediteranian, pengambilan daging merah ini hanya disyorkan satu kali dalam satu bulan. Ternyata diet ini dapat menurunkan angka kematian akibat penyakit kardiovaskuler yang bermakna.
2. Elak lemak trans (trans fat)
Trans fat, kemungkinan mempunyai akibat yang lebih berbahaya daripada lemak jahat kerana dapat meningkatkan kadar kolesterol buruk (LDL) dan menurunkan kolesterol baik (HDL). Kajian juga menunjukkan bahawa trans fat juga dapat meningkatkan risiko. Oleh itu kurangilah makanan yang banyak mengandungi trans fat seperti makanan yang diolah melalui penggorengan.
3. Kekalkan berat badan normal
Pada kebanyakan orang, kadar kolesterol juga menjadi baik seiring dengan menurunnya berat badan. Ini tidak hanya disebabkan kehilangan berat badan, tetapi juga akibat diet yang lebih sihat, dan olahraga yang dilakukan. Dengan kata lain, perubahan gaya hidup yang diperlukan untuk mempertahankan berat badan normal atau menurunkan berat badan juga membantu memperbaiki kadar kolesterol. Mengurangi berat badan 5-10 peratus dapat menurunkan kadar kolesterol yang bermakna
4. Olahraga
Olahraga yang cukup dan berkelanjutan, paling tidak 30-40 minit setiap hari, lima kali dalam seminggu, seperti jalan, jogging, berenang Ialah pilihan yang sangat baik untuk memperoleh kadar kolesterol yang normal. Apakah anda gemuk atau tidak, olahraga dapat menurunkan kadar kolesterol anda. Olahraga moderat yang anda lakukan secara teratur dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kolesterol buruk (LDL)
5. Berhenti Merokok
Di samping sebagai faktor risiko penting untuk penyakit jantung, rokok juga dapat mengakibatkan penurunan kadar kolesterol HDL. Jika anda perokok, berhenti merokok saja dapat menaikkan kolesterol baik (HDL) hingga 10 peratus. Tidak hanya itu, 20 minit setelah anda berhenti merokok, tekanan darah anda akan turun. Dalam waktu 24 jam, risiko anda mengalami serangan jantung akan menurun dan setelah satu tahun risikonya hanya tinggal setengahnya dibandingkan perokok. Dan, dalam 15 tahun sama dengan mereka yang tidak pernah merokok.
6. Jumpa doktor
Bila gaya hidup yang anda lakukan ternyata belum membantu menurunkan kadar kolesterol anda, atau anda mempunyai riwayat keluarga dengan kolesterol tinggi atau sakit jantung, Anda mungkin perlu bantuan doktor. Doktor akan membantu, pilihan ubat yang tepat untuk anda
Bukan mudah untuk bergelar pereka fesyen yang berjaya kerana kerjaya tersebut tidak hanya berbekalkan glamor semata-mata. Tambahan lagi, mereka yang berjaya dalam kerjaya ini terpaksa bekerja keras, sabar, tabah, berpengetahuan luas dan mempunyai kefahaman yang mendalam tentang bagaimana industri itu berkembang serta bergerak. Trend hari ini mungkin tidak bernilai esok.
Bagitu juga yang dilalui oleh anak muda bernama Muhd Ridduan Al Bukhari atau lebih mesra dikenali sebagai Duan ini. Pernah melalui kegagalan dalam perniagaan ternakan keli dan cacing, namun itu semua tidak mematahkan semangatnya. Lantas, terus bangkit membina jenamanya sendiri.
Menurut laporan SinarPlus, bekas graduan jurusan kejuruteraan mekanikal ini lari dari apa yang dibelajar dan mahu bergelar seorang pereka fesyen. Kata anak jati Klang itu, dunia fesyen dan pembikinan baju sebenarnya terlalu dekat dengan jiwanya.
Boleh jadi disebabkan pendedahan sejak kecil oleh ibu tersayang yang juga tukang jahit membuatkan beliau lebih mengimpikan profesion tersebut.
Masakan tidak, seawal usia 10 tahun, Duan sudah memiliki kemahiran jahitan tangan seperti silang pangkah, sembat, jelujur halus dan banyak lagi.
“Semua teknik itu emak yang ajar. Sebabnya kalau banyak sangat tempahan terutama pada musim raya, saya akan bantu siapkan part yang mudah.
“Nak kata dulu saya suka menjahit tak juga tapi minat itu ada. Cuma masa itu, saya tak terfikir nak jadikan ia sebagai kerjaya,” katanya akhirnya membina jenama House of Duan Buhari.
DUGAAN
Menceritakan lebih lanjut tentang House Of Duan, lelaki itu berkata, beliau memfokuskan tempahan busana pelbagai desain bertaraf eksklusif, pernikahan dan perkahwinan.
“Antara tempahan yang paling saya susah nak buat ialah baju seorang VVIP yang menggunakan fabrik yang mahal. Kena buat dengan penuh berhati-hati.
“Dua minggu saya siapkan tempahan tersebut dengan penuh teliti dan itulah tempoh paling lama sepanjang pembikinan baju,” ungkapnya sambil memberitahu, pengalaman sebagai pereka fesyen sejak tahun 2014 membuatkan beliau berupaya menyiapkan tempahan mematuhi waktu yang ditetapkan.
Sentuhan Pakaian Selebriti Popular
Pencapaian terbaik yang pernah dicapai lelaki itu adalah mereka pakaian Datuk Seri Vida untuk diperagakan sempena sebuah rancangan hiburan realiti terkenal. Selain itu, antara artis yang pernah mendapat sentuhan beliau ialah Syura, Shiha Zikir, Elly Mazlein dan ramai lagi.
Sebelum menutup perbualan, Duan sempat berpesan kepada anak muda yang ingin menceburi bidang seni reka fesyen dinasihatkan supaya jangan putus asa.
“Anda perlu ada minat yang mendalam selain kreatif menghasilkan signatur rekaan tersendiri. Itulah yang membuatkan anda lain daripada lain,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, negara Emiriah Arab Bersatu ataupun UAE dikenali sebagai salah satu negara majoriti Islam memperlihatkan pembangunan serba moden dan bangunan tinggi melangit kian dibina. Menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa juga dibina di Dubai.
Burj Khalifa merupakan mercu tanda Dubai yang juga menara tertinggi di dunia dengan bilangan 160 tingkat. Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010.
Mengikut laporan, firma arkitektur Znera Space telah menghasilkan satu konsep baru yang diberi nama Downtown Cicrle, satu cincin gergasi yang bakal melengkapi Burj Khalifa.
Berada pada ketinggian 550 meter dengan lilitan berukuruan 3000 meter, ditampung oleh 5 tiang yang akan menyokong 5 aras yang mengandungi perumahan, pusat komersial dan juga ruangan budaya.
Bulatan itu akan dibentuk dengan dua cincin yang dicantumkan. Berada di antara dua cincin tersebut, terdapat satu taman yang diberi nama Skypark. Satu taman hijau yang mengandungi air terjun, tumbuhan tropika dan pelbagai jenis flora.
Downtown Circle Skypark juga bakal menggunakan air hujan, sistem solar, dan juga satu sistem penstoran karbon, untuk menapis segala pencemaran alam dalam usaha menjaga ekosistem urban ini.
Agrikultur dan Pengangkutan
Bukan itu sahaja, ,menerusi konsep ini, Znera Space berharap dengan ruangan yang tersedia dapat membantu industri agrikultur di Dubai. Selain itu, perkhidmatan tram bakal dijadikan pengangkutan utama untuk pengunjung di Downtown Circle dengan kelajuan 100 kilometer sejam.
Hebatkan? Sebelum ini, UAE secara perlahan-lahan mengubah negara mereka untuk menjadi lebih moden dengan membenarkan kaum wanita mendapatkan lesen memandu dan dibenarkan memandu berseorangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.