Bukan satu, bukan dua atau tiga tapi lima tarikh khas dibuka bagi penjualan tiket Coldplay. Memang another level lah orang kata!

ARTIKEL BERKAITAN: Coldplay ‘Berkampung’ 4 Malam Di Stadium Nasional Singapura Januari Ini! Peminat Dah Boleh Tarik Nafas Lega

Wow! Tak Cukup 4 Hari, Coldplay Tambah 1 Lagi Tarikh Bagi Konsert Di Singapura

Penganjur acara Live Nation Singapore mengumumkan bahawa Coldplay akan mengadakan pertunjukan tambahan Singapura pada 30 Jan 2024, menjadikan jumlah keseluruhan pertunjukan di sini kepada lima hari.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas laporan dikeluarkan berkaitan barisan untuk pra-jualan kumpulan tersebut telah pun mencecah lebih dari satu juta pembeli.

 Turut dilaporkan, tiket untuk pertunjukan kelima akan mula dijual pada pukul 10 pagi (20 Jun), bersama-sama dengan jualan am empat pertunjukan yang diumumkan sebelum ini.

IKLAN

Harga untuk tiket bermula pada 68 SGD sehingga 298 SGD, tidak termasuk yuran tempahan dan boleh dibeli melalui laman web Ticketmaster dan Singpost.

Wow! Tak Cukup 4 Hari, Coldplay Tambah 1 Lagi Tarikh Bagi Konsert Di SingapuraStadium Nasional Singapura bakal menjadi tempat konsert Coldplay berlangsung.

Menarik sekali apabila kumpulan ini turut mengeluarkan jualan tiket khas yang dipanggil tiket Infinity di mana ianya merupakan satu inisiatif dari mereka bagi membantu peminat untuk berpeluang menyaksikan mereka secara langsung dengan harga yang mampu milik,

IKLAN

Setiap tiket Infinity tersebut hanya dijual dengan harga lebih kurang 27 SGD. Namun, tiket tersebut mesti dibeli secara berpasangan dan setiap pembeli hanya boleh membeli maksimum dua tiket.

Wow! Tak Cukup 4 Hari, Coldplay Tambah 1 Lagi Tarikh Bagi Konsert Di Singapura

Penjualan tiket tersebut turut menunjukkan perbandingan tahap kecekapan penjualan tiket di Singapura dan Malaysia. Iyalah katanya jauh beza macam langit dengan bumi. Betul ke? Apa kata kalian?

IKLAN

BACA LAGI: ‘Menang’ Hadiah Cabutan Bertuah iPhone 12 Pro Max, Remaja Kena Scam RM26,200

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: The Star

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI