Hiburan

“#Womanprotectwoman” -Wajah Ruhainies Di ‘Censored’ Jenama Produk Kecantikan

Share

Jenama produk kecantikan, Kitsui tampil dengan sebuah hantaran dimana mereka tidak menyokong perbuatan pelakon sensasi, Ruhainies yang merupakan salah seorang ambassador bagi kempen Ramadan mereka pada tahun ini.

Lantaran kontroversi yang tular melibatkan pelakon itu, pihak Kitsui Malaysia bertindak meletakkan censored pada wajah Ruhainies dalam iklan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pakailah ‘Braces’ Kalau Nak Diet…” -Aisha Retno Tepis Dakwaan Ambil Bahan Terlarang

Menerusi kempen berkenaan, pihak mereka menampilkan Ruhainies bersama penyanyi Wany Hasrita serta pelakon Hisyam Hamid bagi iklan Ramadan mereka.

Dalam pada itu, syarikat itu turut mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu menerusi semua akaun media sosialnya.

Selain itu, pihak Kitsui juga memberitahu, bersempena bulan Ramadan ini, mereka akan menginfaqkan sebahagian keuntungan mereka kepada pihak-pihak yang memerlukan terutamanya rumah anak-anak yatim.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Kitsui Malaysia

IKLAN