That’s hot!

Frasa ikonik itu mungkin akan kembali tular pada era digital ini setelah dua pempengaruh OG, Paris Hilton dan Nicole Richie mengumumkan bakal bergabung semula untuk sebuah program realiti baharu di platform streaming yang masih belum diketahui lagi.

Memetik laporan TMZ, Paris dan Nicole yang pernah membina kerjaya mereka menerusi program realiti The Simple Life 21 tahun lepas telahpun sama-sama merancang untuk melakukan comeback ini sejak beberapa bulan yang lalu.

Paris Hilton & Nicole Richie Bergabung Semula Untuk Program Realiti Baru Selepas 17 Tahun
Antara babak The Simple Life bersama Paris Hilton (kiri) dan Nicole Richie.

Kata TMZ lagi, ia bukanlah program ‘reboot’ The Simple Life. Sebaliknya, ia mempunyai konsep baharu yang bersesuaian dengan status dan usia mereka berdua.

ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton Bergelar Ibu Di Usia 41 Tahun Dengan Kaedah Ibu Tumpang – REMAJA

BACA LAGI: Paris Hilton Kecewa, Kecil Hati Bayi Sulungnya Jadi Bahan Ejekan & Cemuhan Segelintir Netizen – REMAJA

IKLAN

Buat masa ini, masih belum ada sebarang maklumat lanjut mengenai nama program tersebut, konsep di sebalik dan bila ia akan ke udara di platform penstriman.

Begitupun, hantaran Instagram yang dimuat naik oleh Paris dan Nicole bersama beberapa foto kolaj semalam sudah cukup untuk mengiyakan bahawa mereka berdua akan kembali bersama tidak lama lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Paris Hilton (@parishilton)

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NICOLE RICHIE (@nicolerichie)

Syarikat produksi Fulwell yang dimiiliki bekas pengacara Late Night Show, James Corden juga khabarnya telah bersetuju untuk menerbitkan program tersebut.

Sebagai info, The Simple Life pernah ke udara di kaca televisyen selama lima musim dari tahun 2003 hingga 2007 dan ia memaparkan Paris dan Nicole yang meninggalkan dunia sosialit dan glamor mereka buat sementara waktu untuk bersama-sama mencuba kehidupan golongan pertengahan di lokasi rawak.

IKLAN

Selepas 2007, baik Paris mahupun Nicole masih berkawan akrab dan meneruskan kehidupan sebagai sosialit serta usahawan berjaya bagi jenama masing-masing. Malah, Nicole juga dijemput ke perkahwinan Paris pada tahun 2021.

Paris Hilton & Nicole Richie Bergabung Semula Untuk Program Realiti Baru Selepas 17 Tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Cantik Dan Sopan Gaun Pengantin Paris Hilton, Rupanya Inspirasi Grace Kelly – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI