Baru-baru ini kecoh apabila dakwaan bahawa kemaskini polisi privasi yang akan dilakukan oleh apliksi WhatsApp bakal memaksa pengguna untuk berkongsi data peribadi bersama Facebook.
Berita ini dihangatkan lagi apabila ciapan Elon Musk yang mencadangkan kepada masyarakat umum untuk bertukar kepada aplikasi Signal yang disifatkan lebih peribadi dan selamat. Hasilnya, minggu lalu sahaja 7.5 juta aplikasi tersebut telah dimuat turun dan menjadi aplikasi paling unggul di Apple dan Google Store.
Ads
Selain itu ramai juga yang mula menggunakan aplikasi telegram yang mana platform tersebut menerima sembilan juta pengguna baru yang mana ia merupakan peningkatan sebanyak 91 peratus berbanding minggu sebelumnya.
PENANGGUHAN
Ads
Penangguhan kemaskini polisi baru ini dilakukan berikutan kekeliruan maklumat dan informasi berkenaan polisi baru tersebut. Mengikut pihak WhatsApp kemaskini polisi baru hanya memasukkan pilihan baru untuk pengguna mengurus perniagaan mereka di aplikasi tersebut dan bukanlah membolehkan pihak mereka berkongsi data kepada Facebook.
Facebook kini merupakan pemilik WhatsApp sejak tahun 2014. Sumber gambar: britannica.com
Tarikh kemaskini polisi baru akan ditangguhkan sehingga 15 May 2021, pihak WhatsApp juga menegaskan bahawa tidak ada akaun akan digantung atau dipadam pada 8 Februari ini.
Telefon pintar pada hari ini bukanlah menjadi peranti untuk berhubung atau menjadi alat komunikasi sahaja. Ia kini sudah menjadi sebagai salah satu gaya hidup yang tak dapat dipisahkan daripada kehidupan seharian kita.
Boleh dikatakan semua perkara seharian yang kita lakukan seharian berkait rapat dengan penggunaan telefon pintar. Mahu mendapatkan teksi atau Grab Car? Mahu memesan makanan? Atau mahu membeli tiket perlawanan bola sepak pasukan Harimau Malaya yang bakal berentap Sabtu ini dengan Myanmar? Dengan menggunakan telefon pintar sahaja ia dapat direalisasikan dengan mudah.
Semakin banyak telefon pintar maka semkain banyak jugalah cabaran perisian yang harus kita sebagai pengguna hadapi. Antara ancaman utama kepada pengguna telefon pintar menggunakan sistem operasi Android ialah serangan virus. Malah dari hari ke hari semakin banyak kes serangan malware terhadap telefon pintar berlaku tanpa disedari oleh penggunanya.
Ketahuilah bahawa serangan malware sangat ganas dan boleh menyerang pelbagai masalah serta rangkaian data peribadi. Dalam kes yang lebih parah data peribadi juga boleh dicuri. Bagaimana nak kesan sama ada telefon pintar terkena jangkitan virus? Jom lihat 8 petanda ini!
POP UPS
Jika menyedari telefon pintar kerap muncul iklan pop ups secara tiba-tiba sedangkan korang tidak menggunakannya. Ini merupakan petanda awal ia dijangkiti malware atau adware. Iklan merapu ini biasanya akan melakukan muat turun atau install aplikasi dengan adware. Ingat, jangan sesekali korang klik iklannya. Cuba ingat apalah apps terakhir yang korang install dan segeralah uninstall secepat mungkin.
DATA MENDADAK
Salah satu petanda lain ialah penggunaan data yang secara tiba-tiba naik mendadak. Ia menggunakan data korang untuk menampilkan iklan atau mengirim maklumat keluar daripada telefon Android korang. Jika berlaku abnormaliti ini segeralah periksa penggunaan data di telefon. Jika ia kelihatan meragukan besar kemungkinan ia dijangkiti malware. Perhatikan aplikasi yang manakah menggunakan Internet paling tinggi dan meragukan.
NILAI KREDIT BERKURANG
Terdapat virus yang lebih bahaya di mana ia menggunkan nilai pra bayar di telefon untuk membuat panggilan dan mengirim teks ke nombor premium. Jika perasan nilai kredit menurun dengan pelik periksa segera bahagian SMS untuk mencari penyebabkan. Kes langganan tanpa diketahui ini yang ‘memakan’ kredit telah lama berlaku dan ia boleh dihentikan dengan menghubungi syarikat penyedia telekomunikasi.
Entah mengapa secara tiba-tiba telefon Android korang cepat sangat kehabisan bateri. Ini merupakan salah satu petanda berlakunya serangan virus. Sil ke bahagian setting periksa aplikasi yang manakah menggunakan bateri paling banyak.
PANGGILAN & SMS ANEH
Salah satu petanda infeksi virus pada Android ialah penerimaan panggilan telefon dan juga SMS yang aneh dan tidak dapat dipastikan di manakah panggilan tersebut berasal. Selain itu panggilan daripada nombor telefon korang ke telefon rakan-rakan atau senarai contact juga merupakan petanda bahawa serangan virus berlaku.
TELEFON CEPAT PANAS
Jika telefon pintar Android terkena malware seperti virus, worm atau adware besar kemungkinan telefon pintar korang akan menjadi cepat panas. Cara terbaik untuk hindari masalah ini ialah dengan melakukan install antivirus terkini.
APLIKASI ASING
Antara ruang utama malware menyerang telefon pintar ialah menerusi aplikasi yang di muat turun ke dalam telefon pintar. Selepas ia berjaya menceroboh ke telefon pintar, malware ini biasanya akan melakukan duplikasi dan menyerang sistem operasi. Salah satu petanda awal wujudnya aplikasi di telefon pintar korang walaupun ia tidak pernah di muat turun. Silah delete aplikasi aneh itu dengan segera.
Sebenarnya perkara paling penting untuk mengelak serangan seperti ini ialah jangan mengetik mana-mana link yang mencurigakan atau jauhi daripada memasuki laman web pelik-pelik. Jika kamu memasuki laman web yang mempunyai jumlah pop up yang banyak, hindarilah dengan seberapa segera. Dan yang paling penting lakukan pemeriksaan terhadap telefon pintar Android korang dari semasa ke semasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak beberapa hari lalu ramai yang memperkatakan tentang kad Touch ‘n Go baharu dengan sokongan NFC dan apa yang menariknya kad ini boleh ditambah nilai menerusi aplikasi TNG eWallet.
Kad ini dilengkapi dengan teknologi “Near Field Communication” untuk menambah nilai kad dengan Touch ‘n Go eWallet melalui teknologi NFC. Manakala kad versi lama tidak mempunyai teknologi ini.
Kad ini kini telah dijual secara rasmi melalui harga yang sama dengan kad TNG biasa iaitu RM10 di aplikasi TNG eWallet dan dikenakan caj sebanyak RM5 bagi kos penghantaran. Selain itu juga, korang boleh mendapatkan kad yang telah dinaik taraf ini di stesen Petronas dan Shell terpilih seluruh negara. Namun begitu, kad ini masih belum dijual di stesen-stesen LRT.
Berdasarkan senarai di laman web TNG, sebanyak 153 stesen minyak (klik sini) di seluruh negara telah menjual kad berkenaan dan dikatakan ia mempunyai tempoh hayat penggunaan selama tujuh tahun. Pengguna boleh merujuk pada tarikh luput yang tertera pada kad tersebut.
Untuk pengetahuan korang, kad ini juga ada waranti 30 hari selepas pembelian. Korang hanya perlu mengemukakan bukti resit pembelian jika terdapat sebarang masalah ketika menggunakannya. Kad Touch ‘n Go baharu ini pastinya akan mendapat permintaan yang tinggi dan sekiranya korang berminat, boleh mendaftar untuk mendapatkan notifikasi apabila stok ditambah semula.
Dengarnya memang kad ini ‘laku keras’. Mana tidaknya, ia lebih mudah kerana boleh ditambah nilai menerusi aplikasi TNG eWallet sahaja. Namun diingatkan telefon pintar korang perlulah mempunyai sistem NFC okay?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tidak dinafikan aplikasi WhatsApp antara yang popular dijadikan sebagai medium komunikasi peribadi mahu pun urusan di tempat kerja. Penggunaan grup WhatsApp dilihat sangat membantu memudahkan komunikasi secara berkumpulan kerana mesej dapat disampaikan secara menyeluruh.
Bukan hanya atas urusan pekerjaan, boleh dikatakan apa sahaja perkara yang disertai oleh kita pasti wujudnya sebuah grup komunikasi di WhatsApp. Sebuah grup WhatsApp boleh disertai sehingga 256 ahli dan diselenggara oleh admin, iaitu individu yang mencipta grup tersebut dan beberapa admin tambahan yang dipilih oleh mereka.
Walau bagaimanapun, dek kerana terlalu ramai ahli dalam grup tersebut, pelbagai tingkah laku yang sukar dikawal, ada yang sehingga menggangu kehidupan orang lain dengan memberikan mesej-mesej ‘spam’ dan tidak penting.
Namun khabarnya WhatsApp kini sedang menguji ciri yang membolehkan admin kumpulan memadam mesej semua ahli, bukan mesejnya sahaja. Walaupun masih ada pengesahan rasmi mengenai ciri baharu tersebut namun difahamkan ia kini sedang dalam pertimbangan Meta.
Fungsi baharu itu mungkin akan muncul dalam versi beta WhatsApp yang akan datang untuk Android dan juga iOS. Selepas ciri baharu itu bersedia, admin akan dapat memadam mesej yang dikongsi oleh mana-mana ahli kumpulan. Sebaik sahaja ia dipadamkan, mesej berikut dipaparkan – “This was deleted by an admin.”
Wah, lepas ni makin banyaklah pula ‘kerja’ admin kan. Hiks! Tapi, korang rasa ciri baharu ini membantu atau pun tidak?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.