Sudah sekian lama peminat Apple tempatan inginkan sebuah Apple Store rasmi dibuka di Malaysia. Perasaan iri hati semakin ‘membusung’ para pengguna peranti tersebut selepas melihat Apple Store telah dibuka di negara jiran iaitu Singapura dan Thailand, sementara Malaysia seakan ‘dilupakan’.
Baru-baru ini, foto yang didakwa adalah Apple Store pertama di Malaysia yang muncul di forum Skyscrapercity telah mencuri perhatian warganet.
Menerusi media sosial, lokasi tersebut dikatakan terletak di Tun Razak Exchange (TRX). Jelas bahawa logo Apple yang bercahaya sedang diuji oleh beberapa pekerja tapak pembinaan.
Bagaimanapun, foto yang tular tersebut tidak begitu jelas kerana terdapat banyak perancah besi yang menghalang ia untuk gambar berkenaan lebih jelas ‘ditangkap’ ekoran kerja-kerja pembinaan masih giat dijalankan.
Ads
Meneliti gambar tular itu lagi, jelas sekali logo Apple berlampu sedang diuji oleh beberapa pekerja tapak pembinaan.
Ads
Ura-ura Apple Store pertama di Malaysia yang bakal dibuka di TRX sudah lama didengari malah dikatakan berlaku penangguhan pembukaan pada tahun lalu ekoran sebab-sebab tertentu. Jika gambar ini sememangnya sahih, ia bermakna Apple Store akan dibuka pada tahun 2023 kelak.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagi Beliebers sekalian, pastinya korang mengikuti episod digital terbaru The Biebers on Watch yang menampilkan Justin Bieber dan isterinya, Hailey Biber. Setiap minggu, pasti ada saja cabaran dan aktiviti baru yang dilakukan oleh mereka berdua.
Minggu ini, tiba masa untuk Justin dan Hailey menghabiskan masa untuk – hhm – menyolek wajah pasangan sendiri! Ibarat cabaran ‘Boyfriend Does My Makeup’ yang popular di YouTube, Justin dicabar untuk menyolek Hailey menggunakan produk solekan milik Hailey.
Sambil Hailey menerangkan kepada Justin langkah-langkahnya, Justin turut belajar cara memegang dan mengguunakan alat-alat solekan.
Ini termasuklah bedak asas (foundation), concealer, blusher, lipstik dan pelbagai lagi untuk menyiapkan wajah Hailey. Dan surprisingly, Justin memang pandai menyolek isterinya itu!
Walaupun Justin cuba untuk mengambil langkah selamat dengan tidak mencampurkan beberapa warna bagi kelopak mata dan hanya kekal dengan 1 warna saja, namun hasilnya boleh dipuji.
“Saya sukakan warna itu (pembayang mata)… I don’t want it to turn out bad...” Pada pertengahan video itu, Hailey sempat memuji skil Justin. “ You ae good at this!”
Jadi, kalau Justin pun boleh melakukannya, penulis rasakan ramai lagi lelaki di Malaysia yang tidak kekok menggunakan alat solek. Sementara kita masih berada dalam musim PKPB pada Aidilfitri kali ini, why not korang cuba menyuruh adik lelaki atau abang sendiri untuk menyahut cabaran ‘Boyfriend Does My Makeup’ ini.
Selepas habis lakukan cabaran, cer try produk makeup remover pilihan REMAJA ini.
Banjir besar yang melanda beberapa negeri ini sememangnya antara yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.
Sumber Gambar : Harian Metro
Tentu sahaja dalam kesukaran mangsa-mangsa banjir menghadapi dugaan ini, nyawa yang terkorban, binatang ternakan, banyak harta benda mereka habis rosak dan termasuklah kitab suci Al-Quran yang rosak berikutan kediaman serta harta benda mereka musnah ditenggelami air.
Dipetik dari Sinar Harian, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan ada beberapa cara pelupusan yang boleh dilakukan mengikut syariat Islam.
Rendam dalam air
“Dakwat Al-Quran yang digunakan tidak kekal. Jadi, apabila direndam dalam air, tulisan ayat Al-Quran itu boleh tanggal.
Kertas muka surat juga akan musnah secara semula jadi melalui kaedah ini.
Cara pembakaran
Pembakaran yang menjamin kehormatan Al-Quran agar tidak dicemari. Antaranya ialah tempat pembakaran itu tertutup dan abunya tidak diterbangkan oleh angin.
“Kemudian, cara sesetengah pihak membentuk abu Al-Quran menjadi kiub-kiub kecil dan dibawa ke laut untuk ditenggelamkan juga boleh dilaksanakannya.
Satu lagi kaedah yang banyak diamalkan pada hari ini adalah membakar helaian kalam suci tersebut.
“Sebelum dibakar, helaian Al-Quran dipotong halus agar dapat dibakar hangus hingga menjadi abu. Abu itu kemudiannya ditenggelamkan di dasar laut. Bila abu masuk ke dalam air, ia akan larut. Maka, tiada isu orang hendak terlangkah dan sebagainya,” jelas Datuk Mohamad Shukri Mohamad lebih lanjut.
Menurut pendakwah Ustaz Hadi Talhah, pelupusan Al-Quran wajib berpandukan syarak.
“Ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Maka, sebab itu kalau ada Al-Quran yang sudah rosak atau koyak atau reput, ia perlu dilupuskan dengan cara yang betul. Ia bagi memastikan kalam suci itu tidak dibiar begitu sahaja atau dilangkah atau diletak di tempat yang tidak sepatutnya.
“Sebab itulah Al-quran dilupuskan dengan cara dibakar dan abunya dibuang ke laut,” terangnya.
Semoga penjelasan di atas terang dan mudah difahami dan semoga dipermudahkan mangsa-mangsa banjir dengan apa yang sedang dilalui.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Slogan #Malu Apa Bossku, Bukan Besha Besha dan lain-lain istilah yang popular di kalangan anak muda menjadikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak popular di kalangan anak muda sekalipun parti dipimpinnya kalah dalam pilihan raya tahun lalu.
Dilihat sering memberikan fakta tentang ekonomi negara dan sesekali mampu membuat orang lain ketawa dengan gelagat selamba, kehadiran DS Najib di setiap majlis menjadikan dirinya dikerumuni ramai terutama anak muda yang dahagakan trollnya.
Menurut MALAYSIA KINI, DS Najib begitu popular di media sosial jauh mendahului dengan 6.7 likes berbanding pemimpin sedia ada.
Populariti pemimpin politik utama negara di media sosial berubah secara drastik selepas PRU ke-14, dengan bekas perdana menteri Najib Razak kini mendahului jauh di depan.
Menurut kajian firma pengiklanan Nobleman Creations, ia diukur melalui analisis terhadap “perhubungan keseluruhan (total engagement)” dan peningkatan “likes” di laman Facebook mereka, dengan perbandingan data antara Mei 2018 dan Januari 2019.
Nobleman Creations memerhati laman Facebook Najib, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
“Dalam aspek reaksi keseluruhan, komen dan kongsian, laman Facebook Najib jauh lebih baik berbanding ahli politik utama yang lain.
“Sejumlah 6.7 juta reaksi, komen dan kongsian yang dikumpul Najib pada Januari lebih banyak daripada jumlah reaksi, komen dan kongsian diraih Mahathir sepanjang Mei lalu, ketika PRU diadakan,” kata firma itu.
Bagi Mahathir pula, “perhubungan keseluruhan” di laman Facebooknya telah menurun sebanyak 96.92 peratus pada Januari.
Ia juga mendapati peningkatan bilangan “likes” di laman Facebook Mahathir, Anwar dan Hadi telah berkurang secara dramatik, tetapi keadaan berbeza untuk Najib.
Personaliti berbeza berbanding semasa menjadi PM membuatkan DS Najib begitu popular di kalangan anak mudaForum tanyalah apa saja membuatkan istilah Malu Apa Bossku begitu popular
Ketika dihubungi, CEO Noblemen Creations Na’im Brundage berkata Pakatan Harapan (PH) yang dulunya menjadikan sesuatu perkara tular – seringkali dengan menggunakan kontroversi – kini tidak lagi boleh berbuat demikian kerana memegang kuasa.
“Kebanyakan pemimpin PH paling berpengaruh kini memegang jawatan kerajaan (maka) tugas pentadbiran mereka nampaknya mengalihkan tumpuan mereka daripada berkomunikasi dengan orang awam melalui ruang digital,” katanya.
Katanya lagi, ramai aktivis dan penyokong PH telah meninggalkan kegiatan atas talian mereka selepas PRU.
“Kebanyakannya berbuat demikian untuk melihat kerajaan bertukar. Kini PH sudah jadi kerajaan, mereka kembali kepada kehidupan masing-masing,” katanya lagi.
Berkenaan Najib, Na’im berkata bekas perdana menteri itu telah mengubah sama sekali gayanya dalam usaha untuk kelihatan sama seperti rakyat kebanyakan.
“Hantarannya sebelum pilihan raya dibuat secara berhati-hati untuk menunjukkan persona negarawan, manakala hantaran selepas PRU lebih bersahaja dan penggunaan perkataan lebih menggunakan bahasa tidak rasmi,” katanya.
Beberapa bulan ini, Najib menggunakan imej yang lebih santai serta jenaka dalam setiap kritikannya terhadap PH.
Januari lalu, Najib menobatkan dirinya sebagai ‘raja troll’ selain menggunakan tagline ‘Bossku’ – istilah yang sedia popular.
Brundage yang juga ketua pemuda PKR Wilayah Persekutuan berkata, PH perlu memperuntukkan lebih banyak sumber untuk kembali ‘menang’ di ruang digital sebelum keadaan semakin memburuk untuk mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah 24 tahun berada dalam industri muzik, penyanyi Misha Omar tetap menganggap dirinya sebagai seorang yang masih perlu banyak belajar.
Bagi pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta...