Kalau hendak diikutkan, lambakan jenama antarabangsa sebenarnya telahpun bertapak di Malaysia dengan pembukaan butik dan stor rasmi di lokasi strategik.

Malaysia dikatakan menjadi lokasi pilihan mereka memandangkan kuasa pembeli di negara kita cukup kuat. Malah, rantau Asia Pasifik juga merupakan salah satu rantau terpenting dan terbesar untuk jenama antarabangsa kukuhkan penjenamaan dan keuntungan masing-masing.

Cuma sehingga kini, jenama elektronik terkenal, Apple masih belum bertapak di Kuala Lumpur menerusi Apple Store mereka biarpun sudah memiliki tiga buah Apple Store di Singapura dan dua lagi di Thailand.

Selepas Pembukaan 2 Stor Di Korea, Barulah Apple Store Malaysia Akan Dibuka Pada 2024?
Apple Store di Marina Bay Sand, Singapure.

Selepas Pembukaan 2 Stor Di Korea, Barulah Apple Store Malaysia Akan Dibuka Pada 2024?

Selepas Pembukaan 2 Stor Di Korea, Barulah Apple Store Malaysia Akan Dibuka Pada 2024?
Apple Store di Bangkok, Thailand.

Selepas Pembukaan 2 Stor Di Korea, Barulah Apple Store Malaysia Akan Dibuka Pada 2024?

REMAJA sebelum ini pernah melaporkan mengenai ura-ura pembukaan Apple Store pertama Malaysia di hub perniagaan, The Exhange TRX (TRX) Kuala Lumpur susulan penawaran beberapa jawatan peruncitan (retail) bersama Apple Malaysia menerusi laman sesawang rasminya, tidak lama dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Apple Buka Peluang Pekerjaan Sempena Pembukaan Apple Store Pertama Di Malaysia – REMAJA

IKLAN

Namun sejak 2021 lagi, tidak pula kedengaran apa-apa berita baharu mengenai tarikh pelancaran Apple Store ..

.. sehinggalah sekarang!

Baru-baru ini, penganalisa Apple di Bloomberg iaitu Mark Gurman telahpun berkongsi jangkaannya mengenai pembukaan Apple Store di TRX itu seawal bulan Februari 2024.

Menerusi laporan Bloomberg itu, Apple kini sedang bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Asia apabila benua ini menguasai jumlah Apple Store baharu yang bakal dibuka mereka iaitu sebanyak 15 buah stor; diikuti 5 stor di Eropah dan Timur Tengah serta empat lagi di Amerika Utara.

IKLAN

Kesemua ini merupakan sebahagian daripada perancangan Apple sehingga tahun 2027 dan menariknya, Malaysia khabarnya tidak perlu menunggu terlalu lama.

Pada April 2023, Apple Store pertama di India telah dibuka dan pada bulan Disember kelak pula, dua buah stor baru akan dibuka di Korea Selatan.

Hanya selepas itu, cawangan pertama di Malaysia akan menyusul.

IKLAN

Setakat ini, masih belum ada gambaran jelas mengenai rupa stor berkenaan, berapa keluasannya dan apakah kelainan yang akan ditawarkan oleh Apple Malaysia.

Cuma REMAJA pasti, ia akan tampil unik dan truly Malaysian berdasarkan kepada corak penjenamaan beberapa jenama antarabangsa lain yang telah bertapak di Malaysia sebelum ini. Tak sabarnya!

SUMBER: (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI