Kempen koleksi terbaharu syarikat label fesyen terkemuka, Zara yang dilancarkan pada Ahad lalu ternyata mengundang kemarahan dan kritikan ramai susulan didakwa menyindir insiden genosid yang sedang berlaku di Palestin.
Kempen yang dikenali sebagai ‘The Jacket’ merupakan sebuah koleksi pakaian edisi terhad yang diperkenalkan oleh syarikat fesyen Sepanyol itu.
Melalui siri gambar kempen tersebut, model Kristen McMenamy yang memperagakan koleksi Zara Atelier terlihat memegang patung yang dibalut dengan kain putih, manakala dalam gambar seterusnya, seorang model berdiri dalam kotak kayu.
Ini seolah-olah memberikan indikasi bahawa koleksi foto itu diilhamkan oleh kehancuran yang berlaku di Palestin akibat perang yang berlaku baru-baru ini.
Setelah menerima kritikan ramai, Zara dilaporkan telah menghapuskan gambar tersebut, meskipun gambar-gambar lain dari kempen tersebut masih kekal di laman sosial rasmi mereka.
Ads
Baru-baru ini, pihak mereka turut mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan isu terbabit dan sekaligus memberi penjelasan dengan lebih teliti secara menyeluruh untuk pemahaman pelanggannya.
“Selepas mendengar komen mengenai kempen terkini Zara Atelier “The Jacket”, kami ingin berkongsi perkara berikut dengan pelanggan kami.
“Kempen yang dirancang pada bulan Julai dan difoto pada bulan September ini mempersembahkan siri gambar patung yang belum siap di sebuah studio pematung, dan dicipta dengan tujuan tunggal untuk mempamerkan pakaian yang dibuat dengan seni.
“Malangnya, sesetengah pelanggan merasa terganggu dengan gambar-gambar tersebut, yang kini telah dikeluarkan, dan melihat sesuatu yang jauh daripada niat asal semasa pembuatannya.
“Zara menyesali kekeliruan tersebut dan kami ingin menjelaskan sekali lagi bahawa kami amat menghormati setiap pelanggan kami,” jelas pihak mereka menerusi perkongsian di laman Instagram sebentar tadi.
Ads
Namun, jelas sekali penjelasan yang diberikan tidak mencukupi untuk memadam api kemarahan para pelanggan yang masih merasakan pihak Zara tidak cukup sensitif dan bertimbang rasa dengan tragedi berdarah yang sedang dihadapi rakyat Palestin.
“Tiada permintaan maaf yang ikhlas di sini,” komen salah seorang warganet.
“Sesetengah pelanggan merasa terganggu? Ini bukan anda meminta maaf kepada teman lelaki anda. Tipulah kalau tiada seorang pun pekerja anda yang tidak perasan persamaan yang sangat tinggi terhadap genosid yang sedang berlaku menerusi gambar kempen tersebut! Ini bukan kenyataan yang mencukupi,” amuk pengguna lain.
“Mengolok-olok tragedi pembunuhan beramai-ramai termasuk bayi dan kanak-kanak bukanlah nilai seni artistik, tetapi sesuatu yang sangat kejam,” kata pelanggan lain.
Buat makluman, ini bukanlah kali pertama Zara terlibat dalam kontroversi membabitkan isu sensitif ini kerana sebelum ini, syarikat fesyen terkenal ini telah menjadi sasaran kemarahan selepas seorang wakil mereka didakwa membuat kenyataan retorik anti-Palestin.
Vanessa Perilman, Ketua Pereka Fesyen Wanita Zara, dituduh membuat kenyataan kontroversi tersebut sebagai respons terhadap entri pro-Palestin yang dimuat naik oleh seorang model, menyebabkan kecaman meluas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Awal minggu ini kita dikejutkan dengan berita kehilangan remaja berusia 15 tahun yang datang bercuti ke Malaysia bersama ahli keluarganya, Nora Anne Quorin di Negeri Sembilan.
Kehilangannya hanya disedari keluarga pada jam 8 malam dan bantuan media sosial turut digunakan untuk mencari Nora.
“Ini adalah Nora Quoirin. Dia hilang di Malaysia, sedang bercuti dengan keluarganya dan tinggal di hotel di Seremban.
“Dia berusia 15 tahun dan mempunyai masalah pembelajaran. Mereka kini tinggal di London, ibunya kini sangat risau. Tolong retweet ini,” pohon individu yang merupakan kawan kepada ibu Nora.
This is Nora Quoirin. She’s missing in Malaysia – was on holiday with her family, staying in a hotel in Seremban. She’s 15 amd has special needs. Her mum is an old friend from Belfast – they now live in London. They are frantic so pls retweet this. pic.twitter.com/RZo6L7HX67
Susulan itu juga, nama Nora Quoirin turut trending di laman Twitter bagi membantu mencari remaja tersebut.
Nafi Kes Culik
Dalam pada itu, memetik Bernama, Polis menafikan kes tersebut sebagai kes penculikan. Ketua Polis Negeri Sembilam, Mohamad Mat Yusop berkata setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikesan dam kes masih diklasifikasikan sebagai kes hilang.
“Kita tidak dapat elemen dan petunjuk menyatakan adat unsur jenayah dan sebagainya sebab itu kita masih yakin mangsa ini hilang dan kita perlu mencarinya. Tiada unsur-unsur jenayah didapati setakat ini.
“Kita juga percaya mangsa masih berada di kawasan sekitar sebab itu aset-aset kita tumpukan di sini seperti Pasukan Gerakan Am, helikopter, bomba, Angkatan Pertahanan Awam, dan Rela
“Sekiranya ada maklumat yang tepat, gunakan dengan saluran betul dan tidak menyebarkan ke saluran tidak betul sehingga media asing memetic sebarang kenyataan sebarangan melalui info tidak tepat.
“Kita boleh mengambil tindakan kepada mereka yang menyebarkan maklumat palsu,” katanya kepada pemberita, semalam.
Sementara itu, operasi pencarian masih tetap diteruskan dan dijalannkan di sekitar kawasan berhampiran. Dijangka, anggota pihak berkuasa akan ditambah untuk operasi tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru saja berlangsung konsert pertama Big Stage 2020 malam tadi, sudah mula wujud kontroversi dan menjadi bualan masyarakat. Bukan melibatkan peserta yang bertanding sebaliknya melibatkan juri iaitu komposer terkenal iaitu Ajai.
Dilihat begitu kedekut memberi markah kepada peserta Hafiz Zainal yang membawakan lagu Fly Me To The Moon nyanyian asal Frank Sinatra di mana Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas dilihat hanya memberikan dua markah saja kepada peserta tersebut.
Isu ini kemudian menjadi perdebatan panjang kerana penonton melihat Ajai kedekut dalam soal pemberian markah walau penonton merasakan Hafiz sudah membuat persembahan terbaik pada malam semalam.
Ekoran sikapnya yang dilihat agak tegas, wujud satu petisen yang mahukan Ajai berundur dari kerusi juri hingga menjadi trending di twitter.
Menerusi Remove Ajai as Jury member – Big Stage 2020 – Sign the Petition! http://chng.it/hmXM2pD4 via setakat ini seramai 5212 orang sudah menandatangani petisen tersebut (setakat artikel ditulis).
Fuhhh! Memang power netizen nie.
Tapi sebelum korang tandatangan petisen tu, bacalah dulu pandangan Ajai mengenai isu dikaitkan dengannya. Sebagai orang lama dalam industri seni ditambah ilmu dimiliki, Ajai pastinya lebih tahu berbanding kita yang hanya mendengar sedap atau tak nyanyian seseorang.
Ya, kita juga jujur! Kalau lagu sedap, suara sedap kita akan cakap sedap. Tapi kalau muka hensem tapi suara ke laut, mesti kena kritik. Betul tak?
Semasa sidang akhbar malam tadi, Ajai menjelaskan dia berhadapan masalah teknikal dalam sistem penguncian majalah.
Walau bagaimana pun kata Ajai, dia tetap harus memberikan markah kepada Hafiz.
“Jujurnya, saya nak bagi markah kosong kepadanya kerana bagi saya, itu adalah ABRSM sebab kalau kita pergi ke ABRSM, salah sedikit, kita out of tune kita dah dikira gagal semua," katanya semasa sidang media Big Stage yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sejurus berakhir konsert mingguan pertama itu.
ABRSM merupakan teori dalam pembelajaran seni muzik yang membantu membina kemahiran seseorang penyanyi dalam disiplin nyanyian.
Hah! Dengar abang Ajai dah bagi tahu. Jadi tak salahkan untuk dirinya menilai dan apa pun diharap semua peserta yang bertanding dalam Big State 2020 kali ini benar-benar bersedia dan boleh tahan kritikan. Lagi pun juri nak “mengajar”, bukan nak terus lemahkan semangat kita. Ambil positif setiap kata-katanya ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Budak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang dilaporkan hilang tengah hari semalam di Damansara Damai, ditemui di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya jam 10 malam tadi.
Mayat Zayn Rayyan berusia enam tahun itu ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari mangsa.
Mangsa ditemui terbaring di sungai yang terletak pada jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya, di Aparment Idaman, Damansara Damai di sini.
Setakat ini, pihak polis sudah menutup laluan belukar dari kawasan kediaman menuju ke lokasi mayat mangsa ditemui.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, yang berada di lokasi kejadian turut mengesahkan penemuan mayat mangsa.
“Saya tidak dapat mengulas lanjut kerana kita baru menemui mayat mangsa dan kini dalam peringkat menyiasat lokasi sekitar kawasan mayat ditemui,” katanya kepada sumber Berita Harian.
Zayn Rayyan, kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai.
Kanak-kanak itu disedari hilang ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartment berkenaan, kira-kira 12.30 tengah hari.
Ismanira Abdul Manaf, 28, berkata selepas kehilangan anaknya dia cuba mencari di kawasan sekitar tetapi gagal sebelum memaklumkan kepada suami dan penduduk setempat untuk membantu mencari Zayn.
“Pada petang semalam, ada beberapa budak yang baru balik dari sekolah beritahu melihat anak saya masuk ke kawasan belukar berhampiran.
“Tapi apabila pasukan bomba dan unit anjing pengesan (K9) polis cuba carinya di kawasan itu, mereka maklumkan tiada kesan tapak kaki atau sebarang petunjuk anak saya berada di situ,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!